azlyn kata

.

Monday, December 28, 2009

2 Toyol + 1 Anak Dara Sopan Santun = ?

AWAS!
Dalam rumah aku sekarang kelihatan 2 ekor toyol bergerak sana sini dalam rumah aku. Yang peliknya mereka tidak mencuri duit tetapi makanan dalam rumah aku. Barangkali mereka kebuluran di dunia mereka. Siapa punya kerja la tak kasi makan kat toyol-toyol nih. -.-'

ITU HANYA GURAUAN

Hari ni niece dan nephew aku datang ke rumah bersama nenek mereka. Kira aunty aku la tu. Dulu aku memang anti dua anak buah aku ni. Mana tak nya. Dari kecil mereka dibesarkan oleh nenek mereka. Ibu mereka tidak berapa mampu untuk menjaga. Mungkin sebab mereka terlalu dimanjakan perangai mereka.....*tidak terkata* ..nakal ya ampunnnnnnnn @.@

Yang perempuan semua panggil kakak. Yang lelaki pula kami panggil dia adik. Yang kakak ni kalau time dia gelak malam-malam silap-silap lari satu kampung ingat pontianak mana la mengilai. Tinggi sungguh. Kalau resonance berlaku, memang pecah lah gelas kat dapur. Yang adik nya pulak perwatakannya agak lembut tapi nakal. Sangat annoying.

Mana tak nakal. Aku ingat dulu dia datang ke rumah. Lepas makan chewing gum sedap dia sapukan sambil tarik atas sofa warna kuning. Memang syok habis bapak aku tengok. Teruja dia >0<
Time balik kampung pulak cousin berempat duduk kat tempat televisyen. Dalam bilik ada satu remote control, empat cousin dan ...2 toyol . >.< Remote control Astro didominasi oleh si adik. Semua cousin suruh aku rampas remote dari dia. Aku jenis yang garang dengan budak-budak. Dulu aku tak mcm tu. Kalau baby datang ke rumah bukan main lagi aku volunteer nak dukung, tapi dengan diaorang ni lain sikit pendekatan. Aku tak beri muka. Time nak merampas remote memang aku bengang dengan adik ni walaupun dia masih kecil sebab kerja dia tengok kartun je. Aku tak kisah dia demam tak demam. Hari tu aku buat dia sampai menangis. Bertuah tak bertuah dia dapat aunty mcm nih? kejam sungguh aku bila fikir balik T_T

Sekarang mereka dah lain. Masing-masing dah besar. Yang kakak nak masuk Darjah 4 tapi badan dia sekeping sangat. Mulut dia tak boleh berhenti bercakap. Aku tension time di meja makan. Aku duduk di sebelah dia. Yang adik pulak pantang mendapat pujian. Dia makan sayur. Mak aku puji dia suka makan sayur. Dia dah habis makan sayur dia mintak lagi. Mak aku puji lagi. Tersenyum lebar dia. Yang kakak melihat pun jealous. Mintak merasa. Agak-agak nak minta dipuji jugak >.< . Mak aku kutuk aku di depan mereka >.< Aku malas makan sayur dan buah. Kalau orang tak kupaskan memang aku tak makan. Adik dan kakak yang mendengar komen ini dari mak aku memberi respons ' HAAAA! kenapa malas? tak baik tau!'

Aku dalam hati 'amboi~~ sedapnya kasi komen' . Aku menjawab ' Shoosh! senyap. Bising! orang nak minum air pun tak aman..Shhhhh!' . Cuba kalau aku capai sayur di meja makan tadi mungkin akan mendapat pujian juga. Happy tak terhingga -.-' Kepala otak lu.

Tadi bukan main aku melayan kerenah mereka. Mak aku yang suruh. Kalau tak jangan harap. Masing-masing nak makan roti. Aku bakarkan untuk mereka. Yang adik ni nak cheese aku bubuhkan untuk mereka. Yang kakak nak jem, aku ambilkan untuk dia. Yang adik nak kaya, aku amikkan untuk dia. Yang adik ni tengok kakak dia lipat roti dia pun suruh aku lipatkan roti untuk mereka. Sheesh macam tak boleh nak lipat sendiri -.-

Hari ni aku lain. Aku tak melenting dengan diaoranng. Aku layan diaorang dengan sabar. Kali ni dengan ikhlas aku gembira jaga mereka =)

Petang ni , aku merasai perasaan orang nak pengsan. Selepas exercise aku turun ke dapur untuk tolong memasak. Tengah menggoreng daging di dapur tiba-tiba perut aku rasa tak sedap. Badan aku rasa lesu. Peluh keluar banyak. Penglihatan jadi kelabu. Semua benda nampak cerah. Putih sangat. Diri aku tak stabil. Suara orang hampir tidak kedengaran. Mungkin aku kekurangan gula. Terus aku bawa diri ke peti ais. Nasib baik dekat. Coke dalam tin aku capai. Nasib baik aku ada tenaga nak bukak kepala tin -.- . Lepas aku minum, aku duduk. Penglihatan makin teruk. Pendengaran juga. Mak aku cakap tu tanda nak pengsan. Perasaan dia..sangat dahsyat. Mungkin aku stres kebelakangan ni. Sangat stress. Aku berblog ni pun dalam keadaan yang tidak sihat. Perut aku terasa amat sakit. Azlyn yang bangun pada hari ni..eh tidak..dari dua minggu lepas..bukan Azlyn yang dulu. Azlyn dah lain. Banyak sangat masalah. Hari ni aku off phone. Tidak mahu gangguan dari mana-mana pihak. Yang tidak dpt contact aku minta maaf sangat-sangat. Im not okay. Kebelakangan ni senyuman yang aku beri bukan senyuman yang tulen. Susah sangat. Minta maaf. Salam.

Friday, December 25, 2009

7 Kali

7 Kali

Bukan bermaksud aku buat tawaf mahupun saie dari Safa ke bukit Marwah ..ataupun berapa kali kena jirus air cuci taik ikut ajaran Islam..eh betul ke? -.-' Hanya Syazana dan Asikin tau kisah ini =P

Okay. Semalam panjang ceritanya. Haha. tiga sekawan pergi swimming di.....aik aik tak boleh kasi tau..Nanti korang semua datang tengok aku swimming memakai purdah. Tak kuasa i~~...hahaha.okayyyyyy . -.-'
Soo sana paling dalam 7 kaki. Aku dengan kawan aku pergi lah kawasan tu. Memang tak cecah kaki punya @.@

Mamat yang jaga kolam tu mesti tension je. HAHA. Asyik tengok kitaorang pergi kawasan tu sebab tak ada perempuan lain yg pegi kawasan paling dalam. And nampak sangat kitaorang baru kat tempat tuh. Aku malas nak buat-buat tenggelam sebab abang penyelamat tu tak hensem.pergh! ;PP

Gara-gara nak beli swimming cap kami tangguhkan swimming petang. Jalan dari tempat swimming sampai ke Summit, jalan ke Giant, jalan ke Mydin. Di Mydin tiba tiba ada orang menjerit nama aku' Azlyn! Azlyn! tatkala aku menuruni escalator. Aku ingat fan aku yang mana plak nih. Rupa-rupanya Wan Nur Farhana.Cheh! hahahaha. Dalam perjalanan banyak orang hon hon ..membunyikan bunyi pelik-pelik. Ada yang mengatakan hai. Boleh tak aku balas dengan ini? m|m

Memang aku bengang dengan orang-orang yg mcm nih. Mcm jakun tak pernah tengok orang jalan. Kesian aku tengok

Mari kita mencuci mata xD



Girlfriend ku~~ Asikin xD


Toyol mana plak nih =S


Behh. Pahal nampak mcm cina @.@


Ayunya dia~~ Syazana..ngehehehe


Baru lepas sembahyang dong


Terserempak dengan hantu Pocong kat sana.


Chakk! Hantu jepun xD shit aku makin gemok @.@

Sunday, December 20, 2009

USJ Fish Market

Yeah. Jangan main-main. Ni bukan calang-calang restoran. Ni di rumah aku sendiri -.-'
Fine. Dua hari yang lepas ayah aku buat Fish N Chips. Sedap memang sedap. Pada aku rasa dia lagi sedap dari Fish N Chips kat Manhattan Fish Market. Tapi aku tak puji masakan ayah aku.

SEBAB DIA CARI GADUH! WUEK! JANGAN HARAP NAK PUJI!

Ya itu sahaja yang aku nak cakap sebenarnya. Tak puas hati punya pasal kan. -.-'

-bye-

Saturday, December 19, 2009

Gua TENSION!!



and another thing



Appreciate things that you have now coz you'll never know how long they will last. When the time comes and they're not there then only you'll realise how important they are to you. BUT by the time you realise , it's too late..coz they're not there for you anymore..

english aku teruk.kisah apa aku.skali skala kena ah practice an.huh -..-

Monday, December 14, 2009

Akhirnya!

Yeah itu dia. Akhirnya bilik aku telah ku kemaskan. Mak aku cakap setiap kali masuk bilik aku beliau berasa diri beliau sedang masuk dalam sebuah kapal pecah. Hari yang seterusnya pulak beliau kata beliau telah memasuki sarang tikus. (dalam fikiran aku..rambut Fitri??) HAHAHAHA maafkan aku di sana.. -.-'

Okay. Aku tipu. Maafkan aku. Sebenarnya bilik tak kemas sepenuhnya lagi. Haih -__- . Dalam proses mengemas bilik, aku bersin banyak kali. Dapatkah anda bayangkan betapa kotornya bilik aku? Hadoi. Mari aku ceritakan proses mengemas bilik bersama Nur Azlyn.

Seperti biasa sebagai budak yang sungguh bertanggungjawab dan berdedikasi kepada sekolah sudah semestinya mendapat banyak trofi daripada sekolah hasil daripada mengharumkan nama sekolah ku. Seperti Sekolah Kebangsaan Seri Selangor dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13. Yeah itu dia. Kepala otak aku. Banyak pebendanya, cuma ada 6 .. -__- . Aku suka sangat bab-bab trofi ni. Aku lebih berminat dengan trofi berbentuk cawan. Aku suka menyimpan sampah. Nampak kaitannya di sana? Apabila ku lihat pen-pen tersusun dalam trofi aku, aku gembira. Tak adalah mak aku nak bising 'ELYN!!!!! Mama tak nak tengok benda-benda ni bersepah atas meja. KEMASKAN SEKARANGGGGGG!!' . Mana aku tak happy..

Dalam dalam mengemas bilik ni pun aku menjadi kaya. Banyak duit syiling yang aku jumpa. Kebanyakannya sposen. Okay lah. Semuanya duit sposen sebenarnya -.- Aku dapat kumpul RM 2.30 . Fyuh AKU KAYA! AKU KAYA! Eyy esekiuseme kat skola aku boleh beli mi rojak semangkuk RM 2 kau tahu.Dah lama aku tak makan. Gara-gara ingin menjimat duit punya pasal. Tapi sumpah sedap gila makanan kantin sana! Mi rojak dengan kwey tiow tom yam dia je lah. Nasi lemak tak main ah. Tu makanan orang high. High in value of alat penimbang. Menggemukkan lah. Eceh. Aku suka makan nasi lemak xD tapi sudah semestinya bukan kantin sekolah aku punya. TAK SEDAP!

Baiklah semalam aku pergi training Taekwondo untuk latihan menjadi jurulatih. Sungguh seronok. Mula - mula dewan kelihatan kosong. Tidak lama kemudian orang mula masuk. Cina. Cina. Cina. Cina. Melayu. Kel. Kel. Kel. Kel. Kel. Kel. Kel. Kel. Kel. Kel. Kel. Kel. Kel. Ya fahamkah anda. Semakin ramai yang masuk dewan kelihatan makin gelap dan gelap dan gelap. Heh bukan pasal tuh. Pasal semuanya tali pinggang hitam. Hehe

Pergi sana memang tulang rasa nak patah. Setiap kali, aku dan kawan aku juga Master nak tegur. Mentang-mentang kami duduk depan. Memang cipan betul lah. -__-

Tapi seriously mamat ni best gila bila mengajar. 8 jam training memang penat tapi berbaloi. Aku secara sahnya menjadi assistant coach. wohooooo!! Sir memberi kepercayaan kepada aku dan kawanku untuk mengajar budak white belt tahun depan. Berdebar seyh. Tapi tak sabar untuk mengajar. Kawanku Syazana kata aku tidak ada kesabaran untuk mengajar. Kenyataan itu lebih menimbulkan semangatku untuk mengajar kerana aku tidak sabar untuk memikirkan denda yang ingin diberi . MUAHAHAHAHA.

p/s : kalau aku lari dari rumah apa jadi? aku tanya je tak semestinya buat kan. heh

orang yang dah lama tak jumpa aku cakap aku makin kurus. Tapi alat penimbang menunjukkan kenaikan. Apo nih -.-' . Jgn suruh aku naikkan berat sudah.

Kalau aku teruskan adakah ianya terlalu kejam untuk orang lain menerimanya? *kepelikan*

aku nak kentut -.-' .Bye

Monday, December 7, 2009

Senyum Azlyn, Senyum

Hari ini balik dari belajar dengan Fitri dan Nena terus mama mintak teman pergi Hospital Putrajaya untuk lawat nenek saudara ku. Dulu bila Elyn nak lawat nenek saudara tu lawat dia kat rumah Uncle Tapa tapi kali ni Elyn lawat dia kat hospital. Secara jujur Lyn cakap, setiap kali mama ajak nak pergi jenguk dia hati Lyn tak tenang. Sebab Lyn takut. Senang cerita Lyn bahasakan diri dia Wan di sini yea. Wan bukan macam dulu. Pandangan dia dah lain. Dia pun tak kenal orang sangat. Separuh badan dia lemah.

Tapi hari ni bila mama ngan Elyn sampai di hospital xda orang kat sana. Mama cakap ngan Wan. Masa ni Lyn beranikan diri pergi dekat dengan katil Wan. Tangan Wan Lyn pegang. Sungguh hangat. Yang paling buat hati Lyn tersentuh bila Lyn pegang tangan Wan, Wan pegang erat balik. Rasa nak menangis time tu.

Tak lama kemudian, family dia sampai. Atok datang pegang tangan Wan. Romantis sungguh =)

Hari ni seriously Lyn rasa penat sangat. Penat sangat sangat. Please dont't give me mixed signals. I guess there's no more good morning wishes.

p/s: Kepada pembaca blog ni, sorry ah time-time ni perasaan sentimental sikit -.-' (eceh tak leh blah )

kepada anda..ya anda..bukan pembaca blog ni..ANDA.. cuba refer post October 3 ..sebahagian sahaja..

Tuesday, December 1, 2009

Dalam situasi di mana orang normal sepatutnya berasa sedih tapi aku nampak gembira itu tandanya aku tidak okay. Trying my best to make everyone happy but i wanna be happy too. T__T

when i say im okay, im not okay. when i say im okay, im okay.
pinin pinin!! @.@

Kepada Dia aku minta kekuatan..

-salam-

Thursday, November 26, 2009

Pabila Azlyn Belajar 'Meng-edit'

Hari ini Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan soalan maut untuk kertas Matematik Tambahan SPM. Mahu tidak mahu aku tetap menjawab. Farhana tengok reaksi muka aku bila tak boleh buat soalan..senang cerita macam orang tak nak kalah. Kepala menggeleng-geleng..dan menggeleng-geleng lagi.. dan menggeleng-geleng lebih lagi. Kalah kaum India menggeleng-geleng kepala. Dapatkah anda bayangkan? Tidak dapat? Nasib ah -.-

Sesudah saja habis menjawab lega habis. Hilang banyak markah pun hilang ah. Kisah apa aku. CHET! nanti bila keluar result meraung-raung pulak T__T

Tapi stres hilang sebaik sahaja aku melangkah keluar sekolah. Depan gate sekolah ada satu kereta Waja. Aku tengok dari jauh otw nak keluar gate nampak ada dua mamat dalam kereta. Tengok-tengok ada Araf ngan pemandu sorang..tak ku kenal..Bila sampai saja depan gate utama, nampak dengan clear sekali mukanya.... senang cerita [ ] woah cair aku tengok. Hensem giler !(^0^)! Matanya begitu sepet. Nak aja aku cakap 'HOI! Bukak ah mata tu luas-luas!!' ..haha nampak sangat tak bertamadun -.-''

Nak aku jadi gedik? 'Hai hai you you..nampak muka bersinar-sinar ni tak terbukak ke mata tu luas-luas?' ...ya ampunnn nampak sangat la pulak yang aku tak ada daya penarikan -.-'' .Haih payah benar.. Alangkah bestnya kalau dia datang setiap hari di depan gate sekolah. Bukan apa..boleh aku mencuci-cuci mata setiap kali habis stress exam. ;P

Balik-balik aku tak ada kerja mau buat...soooooo..berexperiment dengan software nak edit gambar.Benda yang paling senang dibuat tapi..haih tak reti aku..Mari kita lihat ( rindu pn vasantha )


Gambar sebelum edit

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gambar selepas di edit
Yeah itu dia...HAHAHAHA!! Mari kita main 'spot the difference'
1. Perhatikan bontot kawanku di sebelah kiri. Sungguh mantap sekali. hahaha. Oi! ia hanyalah gambar semata-mata.
2. Hidung Farhana telah hilang. Pernahkah anda dengar tentang penyakit kusta?? =D
3. Tanduk yang selama ini Farhana sorokkan tidak dapat dinafikan lagi. Ianya telah keluar untuk berjumpa orang ramai. -.-''
4. Bulu kening kami mengalahkan Shin Chan. Bagaikan ulat buku..eh ulat bulu
5. Jari tengah ku telah ku panjangkan..Ya Allah!! Azlyn2..tobat weyh tobat!!
6. Daguku yang diidam oleh ramai. Dagu ala-ala Dato' Siti Nurhaliza
7. Rambut pontianakku..Zaman-zaman kecil dulu bila baca cerita Rapunzel teringin rambut panjang. Tapi dalam buku cerita Rapunzel dia turunkan rambut dia untuk putera naik ke atas berdating. Tak senonoh betul. Maksiat maksiat!! Kalau aku akan ku gunakan untuk membelitkan rambut ku di leher orang dan mengambil peluang ini untuk menjerutnya. Baru happening

TAHNIAH!! Anda telah jumpa segala ketidaksamaan. Bravo buat anda -.-'

p/s : Huish penyalahgunaan gambar. Maafkan pemikiranku yang agak liar hari ini. Salahkan mamat dalam kereta Waja tuh =P sorry ah edit tak lawa..tak reti gue

ok larh kasi tengok gmba yang lawa. Perbaiki penglihatanmu semula..wakaka




dia mcm ada perempuan lain jaa... *risau* ..haih tak habis-habis..sekarang orang lain yg sedang memenuhkan inbox aku..kenapa bukan dia?? eeee pahal budak nih tetiba panggil orang sayang?! ...MEREMANG!!!


-BYE!-

Sunday, November 22, 2009

Hari Ini Awak Makan Apa?

'Awak makan apa hari ni?'
'Hari ni saya makan HA-RI-MAWWW'

Adakah anda ingat lagi iklan vitamin ni...?

Eleh budak kecik ni apa kelas nak gebang makan harimau punya pasal. Hari ni Elyn makan dugong, badak, ibu kunci ( mangga kunci daaa), kapal selam, mangsa lenyek ngan kereta..haaa amikk...hebat tak hebat aku..? haha

Hari ni bila aku masuk ke dapur pada waktu petang ternampaklah berberapa ketul 'benda' di atas meja makan ...

Aku tengok punya tengok dari jauh masih tidak dapat ku identifykan identiti benda tersebut. Tudung saji tersebut aku bukak. Kakak aku yang duduk kat stove tergelak-gelak. Aku pun bertanya ' Menatang apa ni kak?!' .Pelik semacam jaa..

Haih rupa-rupanya karipap..hahaha..Ayahku bab-bab mengeksperimen memasak ni memang nombor satu. Aku akui ayahku masak lagi pandai dari mak aku. Maklumlah beliau buat dadah pada zaman dulu. Oit buat ubat la ..pikir lain plak..agagaga

.
.
.
.
.
.







Dapatkah anda bayangkan bentuk-bentuk karipap yang dihasilkan oleh ayah ku? Dahsyat sungguh imaginasi mu..LIAR! haha -.-''

Hari ni kena tolong dapur. Yeah aku suka memasak tapi aku tak pandai masak. Sadis weyh. Ayah ku setiap kali aku masak mesti akan komen macam-macam. Ish naik angin kepala. Bila aku tanya apa yang kurang? Jawabnya ' KURANG SEDAP' .Aku sebagai anak hanya dapat bersabar..dalam hati .. '!#$&*@#!!!!! papa nih!! grrr..!!''

Tapi aku paling suka kalau masak untuk abang aku. Dia tu tak banyak komen. Senang cerita dia tu aku anggap sebagai tong sampah =D

Setiap kali kalau aku tolong dapur mesti kena marah. Asal masuk dapur je mesti ada yang tak betul. Haih tu yg malas. Lagi lagi kalau time nak goreng ayam ke sotong ke ...minyak yg memercik amat mengerikan @.@

Kalau boleh aku selimutkan diri guna comforter..pakai goggle swimming..haha -.-'' ...Papa tu pandang org semacam. Mana tak takut.. Dah nama pun minyak panas. Papa tau control macho jaa tapi bila minyak percik tadi tau terkejut..CHET!

malang sungguh org yg akan jadi bakal suami..wakaka x)

p/s : mcm tak sudi jer nak cakap ngan org..tau tak sedih -____-
gd night! haih...

Sunday, November 15, 2009

HAKTUIHH!!

Haih ..tak tahu la nak happy ataupun rasa sedih..

Dapat mimpi yang sama and lagi lagi.......haih nvm

Lyn tak suka lelaki yang rapat and mesra sangat dengan semua perempuan sampai dengan orang yang dia sayang layanan dia sama sahaja..apa kes?!

Korang je lar yang faham perasaan aku..Yang sanggup dengar luahan hati sampai ketengah malam tu sorry yea kacau ..but thanks ..lega sikit hati =)

Mcm yang Wan cakap, tak payah kisah dengan apa yang dia buat..'dah selalu kena' ..itu lah statement dari Wan sendiri..Anda sangat bertuah kerana mendapat seorang insan yang sayangkan kamu lebih dari kamu sayangkan dia..ku tumpang gembira =]

Kak Wan oi..walaupun dah kebal, hati tetap sakit :'( ..Kesabaran orang ada tahapnya..Tapi walaupun Elyn dah tak dapat bersabar Elyn meletup kat rumah sorang-sorang ataupun kat sekolah ..malas nak suarakan sebab tahu dia mesti akan melenting..brape banyak yang elyn tahan..haih .. :'(

statement yg buat aku lagi sedih.. 'kita tengok pun xtau mana satu kwn n mana satu gf..mcm terbalik ..sorry au' :'( ..terbaca sahaja text ini terus hatiku hancurs!..dah tinggal 1/4..dulu kira okay lagi ada lagi 1/2..hurm..

ELYN DAH MALAS NAK PIKIR !!!!

p/s: yg tu plak ..JGN DEKAT..Elyn ckp awal-awal..u'll get hurt if u proceed

yes, dah mula tak yakin ..argh!! kusut otak aku..susah sangat ke untuk buat beberapa pengorbanan..for the sake of my happiness :'(

i confess ..im selfish..have a problem with that? errrrrr do i care?? NO!

yes i know,memang senang untuk permainkan me..sometimes..wait, always, i just let it be, but when the time comes, u'll see 'ME' ..

Friday, November 6, 2009

ASS PEE EM'

ARGH!! TENSI TENSI!!

SPM dah dekat..senang cerita blog tak akan diupdate sampai la SPM habis..

Doakan Elyn yea =)

GAMBATEH!!

Friday, October 30, 2009

Keyboard Dialogues

Hari Rabu yang lepas cikgu piano Elyn ajak pergi tengok piano concert.. jadi pergilah

Went there with Grace and her bro! ..Dekat Dewan Sivik Putrajaya.. Sebelum tu nak tumpang Grace..pusing-pusing kawasan USJ 11 punya la payah..sesat T__T im that bad in geography heh @.@ Dalam kawasan USJ pun dah boleh sesat bayangkan kalau kena campak jauh-jauh..mati kong kia habis..huhu

Sampai Dewan Sivik terus masuk ..Kitaorang pun pergi la menuju ke arah satu pintu..Aku pegang tiket..tak pasal-pasal orang tu terus rampas and koyakkan my ticket..APA NI?! buli budak kecik dowh T__T ahahaha

Nasib ada kakak cantik tolong lead kitaorg masuk untuk duduk..Elyn masih tak puas hati..apsal tak kasi laki hensem yg leadkan jln..baru cerah hati aku..ngehe ;) iqhwan nak letak mana? ahahaha

Okay orang tu start main kol 8.15..kau lewat 15 minit..kureng tol..it was a piano duet by local pianist. Nama diaorang.. erm.. Loo Bang Hean and Ng Chong Lim

Lagu pertama yang diaorang main sangat sedap..Semua org enjoy..yang Ng Chong Lim main sampai terangkat-angkat badan..feelingnya mencapai tahap maksimum tuh..ntah ntah dok angkat bontot nak cover line lepaskan angin busuk punya pasal -.-''

Dengar kata Ng Chong Lim ni sangat berbakat..Dia menang scholarship dari merata-rata tempat..dari nama yg pernah didengar sampai lah nama yang pelik >.< terbelit belit lidah Elyn nak menyebutnya @.@

Lagu yang dicompose oleh beliau.. antaranya 'Khatulistiwa' , 'Xiang' , 'Daun' ..bapak giler TAK SEDAP!! mungkin sebab dia tak compose lagu dahan, ranting, akar, pucuk..so tak complete..Lagu dia dok main hentak-hentak atas piano..Anak sedara Elyn yg umur 5 tahun tu pun pandai main mcm tuh -.-'' ..

Worst..main ganas sangat sampai satu tali terputus..Elyn pelik diaorang main dengan tali piano sekali..Piano tu giler besar..GRAND PIANO <3 ..Kalau Elyn dapat piano tuh bukan setakat main ngan tali dia..Elyn isi air buat swimming pool..agagaga =.=

Nah tgk la gambar


Ticket yang dikoyakkan oleh org tu O_o

2 GRAND PIANO!!


Untuk tatapan Nena..ahahaha


Video ini special untuk Nena..Idola beliau..Mangkuk Jamban
'You Are Not Alone'



byk salah dong..chords pun simple jea..malas mau tukar2..huhu

p/s: siapa yg boleh kasi Elyn grand piano tu .. I'll gv u <3 ..agagaga

Air Mata Ibuku

Petang semalam satu family pergi la melawat Wan Ateh ..Hubungan dia dengan Elyn nenek saudara..

First-first ingat nak pergi Hospital Putrajaya..punya la pusing-pusing selama 30 minit asyik terlepas simpang nak masuk.Bila sampai je tetiba Uncle Tapa call kata dah keluar hospital.. T__T

Sesampai di rumah Uncle Tapa, Elyn lihat keadaan dia seperti seorang yang sangat lain. Bukan Wan yang aku kenal dulu. True enough..ada benda di dalam dirinya..

Mama masuk lewat sebab jumpa Kak ape ntah nama dia >.< ..sampai sahaja masuk melihat mak Elyn dia terus panggil ''Adik, Adik, sakit...sambil meleleh air matanya''. Mak Elyn terus capai tangan yg dihulur oleh Wan. Elyn nampak mama pun tak boleh tahan tengok Wan dlm keadaan mcm tu..Mama pun menangis. Sebak hati aku melihat..Aku pun join la the group.. T.T ..Atok la yg paling kesian aku tengok. Dia nampak je tabah tapi dalam senyap mata dia berair.

Unsur sakit ada..gangguan oleh orang pun ada..

Elyn rasa Wan tak akan kembali kepada normal balik. So sekarang bila balik kampung dah tidak ada Wan yang sentiasa masakkan aku gulai telur dia yg paling sedap, Gulai jantung pisang yang mak aku suka, sup tulang yg ayah aku suka dan agar-agar buatan sendiri yg abg aku suka.. :'(

Harap Wan cepat sembuh.. AMIN

Monday, October 26, 2009

Sakit

Iyea. Sangat sakit. Apa yang sakit? Hati.. :'(

Rasa kurang dihargai itu memang ada. Tapi malas nak kecoh. Banyak dah yang Elyn tahan.
-Kena kacau dengan seorang perempuan yang tanya tentang status aku dengan dia dan tiba-tiba bercerita tentang sesuatu yang membuat aku rasa tidak sedap hati..but now she's my friend =))
-Mimpi buruk yang aku alami yang aku harap tak akan menjadi kenyataan..(tak kusangka mmg benar..yang peliknya aku tak pernah jumpa kwn dia tp ttbe boleh muncul dlm mimpi plak >.< ) -Perkara itu.....tidak mahu aku sebut di sini...remeh je kot but to me it's not..

Lelaki ni ada menstrual cycle yang tak berdarah ke? Kenapa kadang-kadang mood and cara layanan diaorang bertukar ikut kehendak mereka? Hey if it happens like once or twice i can still take it but if it continuously happen, tak larat la nak handle. Penat tau. My kesabaran sangat sekejap. Tapi menakjubkan, my tahap kesabaran towards you is more than mine towards my father. Kalau ikutkan hati dah lama dah i boleh meletup but i choose to keep it inside.

I banyak bising, you cakap i kasi ceramah. I merajuk sekali-sekala, you cakap dah fed up nak pujuk padahal it's not the pujukan that i want from you..you yang banyak kali buat tak layan orang boleh pulak. Kalau you boleh marah I PUN BOLEH!

Lelaki tak suka kalau perempuan text banyak-banyak? ..elyn tak banyak text pun but im craving for your attention.. *sobs*

Lelaki cuba jawab sikit..ish bikin pening kepala orang sajaa..


post ini dituju khas kepada saffrullah iqhwan khan..haaa berani bubuh your nama coz tau you
takkan baca ..wuek >.<

i can live without you eventhough i thought i cant before..eik >.<

(post ini telah diedit sebanyak dua kali)

Thursday, October 22, 2009

Mengandung = Trend Sosial Terbaru?

'Weyh kau tau tak.. dia MENGANDUNG doh'

... Agak-agak apa reaksi korang kalau dengar kawan-kawan membuka topik ni di sekolah? Lagi-lagi yang melibatkan budak sekolah kita sendiri.. Dalam fikiran perempuan yang normal 'Gossip pedas nih..slurpss' okay just ignore that -.-''

Zaman sekarang senang sangat kalau nak dengar cerita tentang perempuan yang telah 'diusik' .Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang? Eh elyn pun masih budak yea.Satu hari ni kita dengar tentang budak nih, keesokan harinya dengar pasal budak tu plak..orang yang mendengarnya biler plak?..WOI!! GILER APER!! mintak dijauhkan daripada semua benda ni..AMIN..

Mengikut mitos-mitos dari mana ntah ramai kata kalau nak tahu diaorang ni masih suci atau tidak..haaa yang dah kurang mas kawen tu lah yang jalan terkangkang-kangkang..terkangkang-kangkang mcm mana plak nih? >.< ntah lah..tapi Elyn pun jalan kangkang..tu la sebab ejek pak cik jalan kangkang kan dah terlekat -.-'' ..biasanya org yg jalan terkangkang nih ada bisul kot..eee pengotor..Eh Elyn normal okayh~~

Kalau dah tahu apa akibat membuat benda-benda ni kenapa tak ambil langkah berjaga-jaga.Ni dah melekat sape yang susah.Diri sendiri jugak kan.Umur dua-dua orang dah pun mencecah 17 tahun.Otak yang ada tuh buat taik je ke dalam otak ?..aku ni yang dok simpan taik dalam perut tak keluar-keluar pun menderita gila dlm tandas..eh merepek ape plak nih >.< ..

Pada pandangan saya, anda teramat sangatlah tabah untuk menyimpan bayi tersebut.Dengar kata bayi due Disember ni.Gud luck la gua boleh cakap..

Abang ada kat rumah sekarang, jadi dia pun ceritalah cerita 'panas' kat Kolej Matrikulasi Kedah.Selalu kena tangkap kat setor.Nak jugak pilih tempat yang berhabuk dan kotor.Banyak bakteria tuh.Nak sangat buat kenapa tak pilih bilik sendiri? pergh!! Dua perempuan dah mengandung.Pada mereka tiap-tiap tahun tak sah kalau tak ada satu kes.Yang membuat lagi sakit hati tuh ialah fakta yang mengandung tu mereka yang memakai tudung.Bukankah orang yang memakai tudung ini lebih kuat imannya dari yang lain? Tudung sekarang dah banyak disalahgunakan.Ada yang pakai tudung pun sebab nak tutup kaler rambut yang tertumpah cat..eh highlight..kesian aku tengok >.< Pakai tudung tu kalau nak pakai biarlah ikhlas beserta dengan niat yang betul.Kalau tak, tak payah la.Buat tambah dosa jer..

Kepada yang membaca, kalau-kalau ada yang terasa tu....PADAN! Taubat lah selagi masih sempat.Ingat di sisi tu sentiasa ada yang mencatat segala amalan kita..uiks jadi ustazah la plak >.<

Okay tutup topik di atas.Semalam Pak Long datang ke rumah.Dia baru balik dari tengok specialist kat tempat mama kerja. Terkejut Elyn tengok bukak pintu dari jauh nampak macam hantu pocong mana pulak yang terlepas. Tengok dua kali, laaa Pak Long punya tangan kena ikat macam orang patah tangan. Buat saspens je.Mula-mula dah ready dah nak baca jampi ngan nak bukak ikatan kat kepala..Boleh buat kain untuk cadar tilam -.-''

Teringat zaman-zaman dulu di mana tangan Elyn pun pernah kena ikat macam tuh.Time tu masih kecik lagi. Patah dua-dua belah plak tuh..wee~~ Tapi patah one at a time la of coz.

Yang tak boleh blahnya kes patah tangan tu sebab satu panjat buaian then sesuka hati main lepas tangan nak bereksperimen..lepas jatuh buat bodoh..tangan tak leh bengkok.Lari-lari terus tanya mama.. ''Mama, kenapa tangan adik tak leh bengkok ah?'' Apa kejadah la tuh..
Kes Kedua ..Elyn panjat dinding separuh jalan kena geletek ngan kazen..GEDEBUK! ..jatuh daaa..patah la lagi satu..hebat azlyn, anda sangat hebat >.<

Apa lagi yang kena.. Dagu pernah kena jahit.Dijahit oleh ibuku sendiri. Pernah accident tetapi lepas kena langgar buat macam biasa..pelik tak rasa ape-ape. Jatuh basikal ..Buku lali nampak tulang habis >.< Brutal tak brutal Elyn zaman kecik dulu? Wadooh...

p/s : If u need me, just call or leave me a text message..i'll b there for you whenever you want me..Elyn akan mendoakan supaya dia cepat sembuh =D i know you're strong..but if there's anything..IM HERE =)

Tuesday, October 20, 2009

Hah? Apa Merepek?

Wee~~ Hari tu Sabtu pergi Sunway Pyramid ngan Syazana..mentang-mentang papa outstation senang je nak bodek mama kasi pergi luar..hmm senang la sangat @.@

Then pegi makan kat Sushi King..bukan main lama kita orang nak tunggu masuk dalam..nampak ramai sgt org kitaorg pun cadang la pergi jalan-jalan..last-last masuk kedai makan kol 2.30 ..perut lapar gila seyh..

Then ada sorang abang nih..haha lawak giler tengok expression dia terkejut bila dia tanya belajar mana? Elyn pun jawab ..SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13... dia terus..ohh sekolah menengah baru..aik muka muda nih tak nampak ker..huhu..tua ke muka kau nih..dush dush..kena buat rawatan muka nih..stress SPM..waaa

p/s : malas sudah mau update..otak kosong..huhu..ngantuks sudah..nitez!!

Thursday, October 15, 2009

Don't Play Play With My Liver =.=''

Azlyn menjadi sangat-sangat emo kebelakangan ni..well baru-baru ni je..tsk tsk..

Credit tak da? mesti sebab text dengan perempuan tu kan .. :'(

Nowadays setiap kali nak tunggu your reply lama sangat T.T ..tak mcm dulu first-first kenal ..asal send je terus dpt reply..rindu time tu =(

Heim Cheng pernah kata ' Kalau barang tu milik kita, ia akan tetap jd milik kita..dia takkan pergi jauh eventhough dia mcm nak pergi jauh (eh apa i merepek nih)..kalau mmg its not meant for you then just accept the fact '

i know kalau u sayang me u will know your limit =) ..err hello im trying to be more understanding here..


p/s : yes my hati tak tenteram..

Wednesday, October 14, 2009

Bi Boo Bi Boo

Asyik bergaduh..Elyn benci
sebab apa? penat..
bila merajuk..malas nak pujuk..to be more accurate..xreti pon nak pujuk @.@
bila tanya kenapa? xnak kasi tau..
bila text..xbalas
Elyn xnak call
why? takut meletup tgh2 conversation
apa salahnya? nnt jd lagi parah
sooooo i prefer texting..
im tired of waiting for your reply
makes me feel like a moron
desperate?..nyeh..sooo NOT me..
( zaman tok kaduk dulu laaa ..now tgh okay )


p/s : ELYN IS IN EMO MODE ..nyeh im okay =)

Fibre

Cukup! Cukup! Aku tak tahan lagi dah!!! Segala penderitaan yg aku lalui selama nih..( berdrama je lebih..tp apa kes ni? )

Proses pengeraman di tandas tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada Elyn..lombong emas Elyn tidak dapat dihasilkan @.@ ..

Pegi dapur cari fibre drink yg dulu mama beli tahun lepas tetapi tidak terjumpa..dulu minum 4 paket je..tak sanggup oh..melekat kat gigi..dahlah tak sedap =X

Mama came to the rescue..Hari tuh ikut mama pergi Subang Parade..mama beli prune juice kat Cold Storage..mengikut mitos-mitos, prune juice bagus untuk penghadaman dan kecantikan..ah cheh cheh kalau Elyn nampak berseri-seri tu faham-faham je lah =P haha tak leh blah..

Then today keluar dalam surat khabar The Star prune ada kandungan lead yg tinggi..wtf?!

Sunday, October 11, 2009

Spe-sial Untuk Kamo

Entry ni spe-sial untuk keluarga-keluarga Elyn..ni semua family belah ayah..asal Kelantan..wee..!! Gambar2 ni semua dari raya 2009 hari tuh

Time ni abang terus balik Kelantan terus dari Kedah..so semua pakat jumpa kat kampung terus lar..Oleh kerana sudah lama tidak jumpa..APA LAGI CAMWHORE!! =D

Ni ha abang Elyn..Namanya Ahmad Dzariff..fuiyoh ejaan nama tak leh blah..padahal nak menyebutnya zarif jer -.-


Nampak mcm drug addict dhoe..time kurus tangkap gmba so tak achi ar..gmba sebenar..LAGI GEMUK..anda di luar sana jgn tertipu oleh gmba yg terpampang di sini..

Fuiyoo bergambar dgn Liyana Jasmay!! haha bongok seyh..sibok je syok sendiri..tu pakai spek abg..abg pakai spek Tok We (nenek)

GO BARCELONA!! =D MAN U balik je laaa..

Sekarang gambar time raya..Makanan satay tu menjadi hidangan wajib kitaorg tiap2 tahun..satay buat sendiri yea ..dari marinade, mencocok sampai lah membakarnya..tahun ni kitaorang dapat buat 800 batang satay..habis dalam 3 hari..CEPAT TOL!!

Bangla ( Piqy )membakar satay..hahaha muka tak leh blah..bakar satay atau sembelit? lu pikirlah sendiri..dekat lagi muka..DEKAT!! hahaha!!

Haa..baru lah sedap mata memandang.. -.-''

Ini dia satay dalam proses membakar

Kak Emi, Piqy, Meerah dukung Ah Lek ah..

Suka giler gambar nih =) Bejih ngan abg bukan nak pakai baju melayu..caish!

Sape nak buat menantu? mai mai..hahaha..kebaya pario..nasib sarong tak lucut.. -.-''

Kat Tesco beli barang BBQ..jgn memain..pemain bola sepak M'sia tuh =D Bangla punya muka masuk mata jer..bahaha! eh i look fat @.@

Meerah bukan nak pandang camera..shy shy dog la plak

Yana, Meerah, Ilyas, Bangla ..haha Piqy laa

Kalau Kak Ida tgk gmba niiii..Cium terus mulut bija..ahaks! mengancam seyh


Muka kazen-kazen ku yang busuk xP

Ini Ah Lek ah..asal dari perkataan adik..haha ini cinoi campur punya darah..Hazeeque ..panggil ajiq!

Yandi dah bandi? haha ni yani..alele ayu je muka..ni berjuang bersama Elyn ni spm tis year..promote gigi je tau ..ni bakal dentist =D

Aaaaa..hantu jerawat..lariiii!! hahaha ni Meerah

Ni Ihsan..ish muka tak leh posing bagi lagi busuk ker..Tok We pangil cucu ni Hisyam..haha ntah nape ek...?


PICTURE OF THE DAY!
HAHAHA! Pemain bola sepak M'sia tuh..jgn memain..pi balik India la bangla nih..haha

Kazen otak paling mereng xP Bejih..bakal doktor pakar jantung..blaja di India..pernah tolong Elyn get rid of my adik angkat..hehe thanks weyh..

Nur Faraleeana..ni darah separuh cinoi gak ni..adik beradik dgn Ah Lek..

Suka gamba nih!! Semua suka..haha..ish bejih kata elyn muka hantu gigi..bengong! ..bejih tuh hantu gigi besi..haa amik

Haaa eh ni sape plak? bukan saudara Elyn..hee ni dia yang kasi hadiah.. eh dalam tu bukan kopi yea..milo..nanti dia bising plak asyik minum kopi -.-' .

p/s : gambar Yana ngan Sasha tak da..sorry yea..

Saturday, October 10, 2009

Taipan, Kami DATANG!!

Hari ni merupakan hari yg sgt pelik >.< ...patut bangun kol 6.45. Alarm clock telah di set. Tiba-tiba di saat kejadian satu ketukan kencang bagai angin ribut taufan melanda pintu ku..angin taufan? -.- ..berdrama je lebih..huhu..suara mcm aku kenal berkata ' Oi BANGUNLAH!! , kata ada training Taekwondo pagi nih ' ...mana la tak kenal..suara mak aku @.@''

Training start pukul 7.30 BUT jam dah pukul 7.15..!! Alarm clock tak bunyi pun >.< tgk2 alarm clock set pukul 7.45..ish mmg cipan tol. Apa lagi kambing ni terus masuk tandas bersihkan diri..Acheche hari ni first time pakai baju black belt *wink wink* hahah tak leh blah =P

Jalan punya jalan sampai lah sekolah kol 7.50.. Semua dah lari..Elyn sorang la yg lewat hari nih..so as usual kena lari 3 round..nyesal datang lambat. Kalau tak boleh cheat satu round =P

Lepas balik tido je keje =D

Okeyh semalam pegi study group ngan Nena, Fifaa ngan Syazana..wee..!! Study group la sangat..hehe

First stop semua janji nak pegi McD Taipan blaja..Semua sampai and masuk la apa lagi..takkan berdiri depan pintu masuk kot -.-'' ..sampai2 mestilah terus pergi kaunter nak buat2 beli minuman..then mula lah sesi berchatting ngan kakak tu

Kakak : Ye dik nak order apa?
Nena : 2 milo panas 2 milo ais
Kakak : okay..*mengintai tgk kitaorg bawak buku* ..Dik kalau nak blaja kat sini sampai kol 11 je yea sbb kat atas tgh buat renovation and time lunch ramai orang..SENANG CRITE LAIN KALI TAK PAYAH BLAJA KAT MCD

Haih ni yang buat aku menyampah nih..panas je telinga dgr komen tuh..piraaaahh..Lepas amik minuman terus kita org cari satu spot..semua mmg bengang ah time tuh..duduk kat sana lebih kurang 40 minit nak habiskan satu ccup milo >.< then semua gerak KFC..including satu group ni dari sekolah sama..Boleh dikatakan semua student la kakak tu tackle..even uncle rambut putih mintak sedekah pun dia nak halau..pe cer? bengong

then sampai2 KFC ..KOSONG!! yeah~~ blaja tapi setiap 15 minit tukar2 subject..tgk Nena ngan Fifaa blaja pun dah cukup stress..hahaha..blaja sampai kol 1 terus pegi big bookshop sebab nak beli benda yg boleh tulis atas glass bottle and cari gajus..eh gajus? gabus la.. -.- ..bukan gojes -.-'' apa maksud? tanya Nena..haha Elyn pun tak tahu..tak dapat cari gak pegi la Handicraft shop..xda gak..sedyh yang teramat sgt menusuk labu..heh ..kalbuuuu..

Then keluar terus nampak kedai little.black.book ..eh betul ke??..apa lagi sebagai perempuan..kita..SERANG!! =D tak beli pape pun..nyek

Then time nak cari makan semua set nak pegi Strawberry Cafe..tgk2 ramai org..then nak cuba tgk Sate Hj Samsuri..tutup!! ..bahu dah lenguh dah mengangkat beg berat =S ..then nak try Pizza Hut..tp tak jadi..jalan masuk satu lorong nampak Baskin Robbin..takkan makan tgh hari ku eskem..tak jadi jugak..pas tu nampak Pappa Rich..tak jadi jugak..then me plak nak cuba BBQ Chicken..tak jadi jugak..then jalan sampai depan Kayu Nasi Kandar..mamak pun mamak la..semua amik tempat duduk.. hmph..peluh menitik nitik @.@

Sorang aney ni dtg mintak order..mintak makanan cuma me and syazana >.< ..then Fifaa and Ainina pun nak order makanan jugak..Nena cuba untuk menarik perhatian aney tersebut tetapi tidak ada seorang pun yg memandang..hahaha..pastu dapat la panggil satu..aney yg amik order diaorg ni agak blur sikit @.@

Fifaa : Nak nasi goreng cina satu
Aney : Satu? okey okey..pastu berlalu tak kisah Nena
Nena : Char Kwey Teow. char kwey teow, char kwey teow..CHAR KWEY TEOW!! OI!
Aney : Ha? Kwey Teow?
Nena : Char kwey teow
Aney : Kwey teow?
Nena : Char kwey teow
Aney : Kwey teow
Nena : Haa ye ye

HAHAHAHA!! lawak giler!! =D

After makan nampak kedai MADONNA..masuk lah jap..Then ada satu cermin besar ni..Nena ingat satu ruangan lagi..so dia nak try masuk..ahahahahaha!! Nena Nena..gagaga..ada satu beg ni lawa tapi harga dia pun lawa laaaa ..RM 138..Elyn berpeluang untuk merabanya sahaja la..amik bau pun tak dapat -.-''

After tat Nena and me nak masuk butik Amour..tapi terlupa mana tempat..tgk2 keluar dari kedai Madonna opposite tu je kedai dia ..apa daaa...

End up me and Nena beli baju sama style and belt lebih kurang..kesian Nena tapi thank you so much!! =D first time budak nih pakai belt yea..jakuns!! Nena dare pakai baju tu kalau keluar ngan Iqhwan..ngeh nape tak berani plak..tgk ah kalau ada peluang keluar sure pakai =) siap tgkp gmba lg..sorang2 kot =P

p/s : Mcm shopping tour around Taipan plak..hihi

Friday, October 9, 2009

Bila Beruang Bertindak



Cuba buat kat nenek ngan atuk..berdebar habis lah..hahaha

p/s : sakit perut sangat :'( ...xnak mkn ubat... T.T

Thursday, October 8, 2009

Nad's Graduation

CONGRATS TO NADJWA!!

Elyn tumpang gembira for u my dear cousin..sekarang dah boleh digelar fashion designer la yea..acheche..jgn lupa design baju for me =D






p/s : Nad u tak payah jadi fashion designer..jadi model je terus.. =) ..congrats again!! tralalala~~

Elyn nak jadi apa pun tatau lagi..hadoi mak...

Macam-macam Ragam Kelas Agama

Kes 1
Elyn : Ustazah!! Biasanya malaikat cabut nyawa melalui mana?
Ustazah : Dari kepala..itu pasal bila kitaorang tengok mata orang nak meninggal mata putih saja boleh nampak ..dia ikut roh tu.. i will follow you la katakan -.-''
Syazana : Tapi ustazah dulu bila saya pergi tengok orang nak meninggal, tengok-tengok mata dia dah tutup..mcm mana nak tgk?
'Ustazah' Elyn : Bukak la mata dia balik..main chak chak ngan dia..hahaha xP

Kes 2
Farhana : Ustazah..orang kata masa perkahwinan kita tak boleh bersanding eh?
Ustazah : Iya sebab dia mempromotekan pengantin kepada semua..mcm xbaik mcm tu lah
Adam : Ala ustazah tak best la kalau macam tu..xhappening
Abu : Ala Adam ..kau ni..xda hal punya la..kau bersanding je..asalkan jgn kasi ustazah tahu semua beres -.-''
Madihah : Habis tuh gmba ustazah dalam buku agama tgh bersanding tu apa? haaa..KANTOI
Ustazah : *tersipu-sipu malu* eh tu ustazah bersanding dlm bilik..xtunjuk depan org lain...
Madihah : Aik ustazah cakap tu bukan ustazah..HAAA!! habislah pecah rahsia ustazah!!
Semua : Woooooooooooo~~ ustazah..haha elelelelele memalu plak
Ustazah : Eh kamu semua tak boleh tuduh2 ustazah..kamu semua kena tengok dulu betul tak suami ustazah tu muka sama..ish ish ish kamu nih..

p/s: haih ustazah ni..nampak sgt tu muka ustazah ..nak tipu hbs mmg tak ah..chewah sempat jugak nak mempromotekan gmba perkahwinan kat text book

wahai semua kalau nak tengok gmba ustazah usj 13 ada kat Buku Teks Ting 5 Pendidikan Islam m/s 96..hehehe habislah ustazah..tu la buli saya lagi tiap kali kelas agama >.<

Kes 3
Soalan struktur ada menunjukkan 2 jenis Insurans
Satu insurans am..satu lagi?
Adam : Ustazah ..insurans satu tu insurans am lagi satu tu apa?
Ustazah : Kamu rasa apa? cuba kamu fikir..
Adam : Khas
Semua : HAHAHA!! Nyawa la ngok

p/s : okay~~ that was a little bit lame =.=''

He wished me good night.. =D gembira sangat..dah lama...ada dekat nak seminggu ..huhu T.T

k tatau mau membebel apa dah..dah ngantok..tido time..nitez.

Tuesday, October 6, 2009

BEGOKS!!

JANGAN PUJUK ELYN! ..I'll cry :'( ..Tze Hao ah..u almost made me cry during chemistry tuition.. T.T

Yang budak tu sorang lagi..dulu kau bukan main mencarut gila babi kat aku..sekarang nak minta maaf plak plus mintak jd adik angkat balik..BLAH LAH!! Tak kuasa aku nak jadi kakak angkat kau..pegi angkat kabinet kasut kat rumah tu la..nak angkat sgt kan.. dasar cipan tol..pegi balik kat saudara kau tu tapir a/l tenggiling..bangang!

p/s: bukan elyn tak maafkan..cuma menyampah..kalau nak rasa diri dihormati, hormat orang lain dulu..ngerti ngak kamo?

Sunday, October 4, 2009

Rumah Buat FREE SHOW! Open House daaa..

Hari ini, ini istana banyak sibok lo..Permaisuri pergi ke pasar untuk beli barang-barang dapur. Kuli bangun pukul 9 lebih. Permaisuri balik dari pasar terus jerit-jerit 'OI BANGUNLA!!'

Oleh kerana gentar mendengar suara yang tidak kurang miripnya dengan *toooot tooooooot* kuli ni terus berdiri tegak dari katil. Terhuyung-hayang badan nak balance >.< Raja cakap ini hari family kita akan datang berpartay di istana beliau..eh baginda -.-' sebelum pergi open house Kak Lisa.

Macaroni beli sampai 3 bungkus. Kuli ni meleleh-leleh air liur basi tak masuk tandas bersihkan diri dah kena turun bawah untuk tolong masak. Hari ni Raja menjadi Chef In The Kitchen..Raja cuba mensabotaj open house Kak Lisa dengan memberi makan kenyang kepada semua family yang hadir berkumpul..

Lebih kurang jam 4 semua konvoi 5 kereta serbu ke puchong..kat mana ntah..Puchong Prima Perdana ka?..Ntah memory low la doink. @.@

Landscaping dia banyak lawa..sana itu pun ada tempat menadah air hujan. eh orang panggil swimming pool >.<

eh malas dah nak membebel..mari kita tunjuk gambar plak..
NOTE : perhatikan orang semakin bertambah dlm gmba..eh nyibok aje..

Memperkenalkan Bangla asal Bangladesh..peminat setia Liyana Jasmay nih *wink wink* haha tak pasal2 xP

First time gambar yani tidak memenuhkan gambar..ngehe..elyn plak yang penuhkan..bangla tersebut tetap ingin bergmba bersama -.-'

Drugger yang sesat di blakang lalu-lalang time orang sedang men-snap gmba..ish 0_0

Jurugambar baru sahaja melepaskan gas berbau menyebabkan effect berangin di sana..semua tersenyum kambing..cheeseeee =D

p/s : Ini bukan iklan rambut sunsilk mahupun iklan potong rambut kedai murugan..diingatkan sekali lagi..BUKAN!! =.=''

Best gile kot hari ni!! =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...