azlyn kata

.

Saturday, February 26, 2011

Good Times

muka masing-masing semua teruja menang lepas habis makan aiskrim vanilla satu box in 2 minutes
abaikan muka tak sempat pose and aiskrim tepi mulut tu

yesterday night was awesome, thank you :')

one year
group f1
banyak susah senang, banyak kenangan
dinner bersama for the last time in puncak alam
habis foundie nanti pasti rindu gila
i won't forget the memories, won't forget you guys

Wednesday, February 23, 2011

Gian Bercoli


Buku ni kalau baling kat babi hutan puncak alam ni pun boleh mati aku rasa, koma 3 bulan sebelum bertemu sakaratul maut. Kubur kena samak setiap hari. aaaaaaaaaaaaaaa jenuh jenuh

Test 2, start khamis ni. Final, 3 minggu lagi.



doakan aku kawan-kawan. amin


Tuesday, February 22, 2011

10.10.10

Hari UlangtahunPengisytiharaan Bandaraya Shah Alam tak silap aku. Okay, tak penting pun. Keesokan hari dari tarikh ni, aku jalan macam orang yang disunat selepas disunat. Sakit dia tak menahan. Macam mana aku tahu? sebab aku sunat dua kali. Ok tak, nampak sangat nipunya. Selangor Shine Extreme Challenge. Aku join benda alah ni.

Hotak mung jumlah jarak perlumbaan hampir 20 km. 32km kutttttttt! Tapi team aku lari lebih kurang 28km je kut. Mainly road running, mind challenge, orienteering, swimming, wall climbing and water crafting. Masa diberi hanya 4 jam sahaja. Gila apa.

Start warm up dengan nenek-nenek dan abang gay yang menari depan pentas. Peluh habis ke sana. sangat hampeh. Sempat berkenalan dengan pak cik iron man. Peminat tegar adventure race. Segala bag, segala phone, segala dompet tumpang dalam kereta dia. Abang ni sangat baik dan best. Aku panggil dia pakcik, tapi dia bahasakan diri abang. Tapi aku tetap panggil dia pakcik.



Sehelai sepinggang berbekalkan sebotol air 100 plus dengan air masak, lari keliling Shah Alam bernomborkan 019 depan baju. Sangat lah cool. Lari-lari tepi jalan orang mintak nombor celcom. Babi betul. Start dengan mind challenge. Mind challenge la sangat ye idok, isi tempat kosong jeeeee. Well, lepasan baru spm, mestilah otak cekap lagi. We're first to go. wink wink ;)

Kami lari, lari, lari, lari dan lari lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi. Okay cukup dah lari, semput. Sampai pitstop, kena lari lagi keliling tasik Shah Alam. 3 pusingan. Boleh bayangkan? Budak sports and recreation dari politeknik sabak bernam banyak yang join, banyak yang tarik diri jugak lepas satu pusingan. Apa barang. Dalam pusingan ke-2, Ana bising nak kencing, dan dan tengah lalu kawasan orang banyak memancing, maka terlihatlah seorang budak kecil lelaki mengencing pokok. Aku tersenyum pandang Ana. Oh, bukan senyum sebab tuh. Senyum sebab bila memberi pendapat kepada Ana, aku kena ' BONGOKKKKKKKK! '. hahahaha. Tak dapat aku banyangkan Ana mengencing pokok. Pusingan kedua, team yang ketiga tengah leading untuk kategori perempuan. Sampai pusingan 3 je dah jadi yang team yang ke-7. cilaka! Banyak yang naik kereta dengan motor. Oh lupa, terserempak dengan ayah Ana yang meronggeng naik motor, siap nak tumpangkan we ols tau. Tapi kami main jujur, diaorang main selangor extreme shine challenge . hungh.

Orienteering cari kedai sekeliling seksyen 9 Shah Alam. Tak ke best, orang subang yang boleh sesat kat subang nak cari kedai-kedai kat seksyen 9 yang tak pernah jejak pun kaki. But yeah, im still here typing, hidup lagi ah tuh. Hebat ah azlyn, fuiyoh.

Kami lari dan lari dan lari dan lari dan lari lagi lagi lagi lagi lagi lagi. Sampai ke Pusat Akuatik Shah Alam. Main terjah masuk kolam. Kaki cramp pun masuk saja. Crew kat sana teramat sangat lah bangang, bongok, bahalul, kelabu, asap, tongang, toyol. oh, dan buncit. Benci. Oh, kat sini lah kami berkenalan dengan abang-abang politeknik Sabak Bernam. Aku cuma ingat nama seorang, Ijat. Okay, keluar swimming pool dengan baju melencun dengar air. We keep on running bebeh.

Kami lari dan lari dan lari dan lari dan lari lagi lagi lagi lagi lagi lagi. Eh, udah-udah ler lari tu, jalan pulak. Ana tertinggal kat belakang. Budak politeknik Sabak Bernam jauh ke depan. Diaorang pitstop di tempat yang tak patut. Abang jual gorang pisang, karipap, air..erm apa lagi ah? Ah tak kisah semua itu. Aku dapat mengepau satu karipap. Nikmat dia, tak terkata. Lapar dengan haus, perasaan marah berbaur-baur nak balik terus jadi bahagia. Kelibat Ana dah mula kelihatan. Dia pun dapat satu. hikhik. Hampir kena langgar dengan kereta time nak gerak meneruskan perjalanan bersama. Orang jerit, aku terpaku. Haih azlyn, dah besar kan, take care of yourself. Trauma sebentar. Budak Sabak Bernam sangat gentlemen, dari hujung datang ke aku untuk pimpin sebelah cross jalan lepas kejadian tu. Oh, bukan mengambil kesempatan ye. Terharu yawwww. hik hik.

Masa dah tamat. Jam dah pukul 1 tengah hari. Dah disqualified. Tapi tetap meneruskan perjalanan, semata-mata nak menghabiskan apa yang dah dimulakan. Oh btw, team perempuan satu je yang sampai garisan penamat. Next stop , Xtreme Park Shah Alam. Wall climbing. Kali ni tak panjat dinding yang aku biasa panjat. Walaupun dah berakhir, panjat jugak, bukan selalu turun Xtreme Park ni. Jam dah tunjuk pukul 3. Semua give up. Jawa, salah satu crew pun dah cakap tak payah teruskan. Tak berpeluang nak berwatercrafting :(

Tumpang lori yang boleh menggegarkan otak keluar. Tapi best. Bergambar dengan budak-budak politeknik tadi. Sampai Dataran Shah Alam, dibelanja abang iron man kepsi, tapi tak dapat cheesy wedges. sob sob. Habis makan terus balik. Nombor abang iron man ada, dia dapat tempat ketiga, nombor budak sabak bernam tak dapat. cis! hahahaha.

But overall, it was a fun adventure, first time, and akan pastikan not the last time. This year nak join lagi. teeheehee.






p/s: abang iron man ada buat bisnes sewa basikal dekat putrajaya. Cycle around Putrajaya. Pagi, siang, malam pun boleh. RM15 for 3 hours tak silap. Pamphlet ada kat rumah, so, nombor pun kat rumah la .

Monday, February 21, 2011

Motor dan Aku

' GAYA AZLYN NAIK MOTOR SANGAT COOL '

Oh, itu statement yang kawan aku beri kepada Ana bila aku tumpang membonceng atas motor dia. Motor merah woooo. Tak pakai helmet pulak tu kan kan. Bajet badan kebal sangat la eh azlyn? Nasib kuliah ganti hari Sabtu, kalau kena saman dengan pak guard memang best. Rambut dari bilik basah, turun bawah dah kering serabai. Oh, ini cerita semester 1.

' uhmph~ nampak sangat gayanya tak pernah naik motor si azlyn tu '

Oh, yang itu, no komen. Tu statement ori yang diberi . hik hik hik. Fine,aku trauma. Aku takut naik motor. Sangat okay. Bukan saja nak mengada. Sebab dia bawa laju sangat. Turun bukit ya anak-anak, bukan jalan leper. heh. Belok kanan, badan straight, belok kiri, badan straight jugak. Motor goyang. Nasib motor tak terbalik. Nama je belajar physics, tapi otak tak guna. hungh. Aku masih tak berani nak baringkan badan lagi -____- Iyo-iyo je nak amik lesen motor, but still, mama tak kasi. zzzzzzzzzz

Tapi aku sangat suka angin bila naik motor okay. Menampar-nampar muka, oh so romantis~

Aku tak ada hal lah kalau orang ajak naik motor, tapi, bawak slow-slow dulu okay.

p/s: okay, nak tidur. practice bengkokkan badan dalam mimpi. ahhhhh cramp. bye

Monday, February 14, 2011

Dia

Bila nak balik puncak alam, sangat jarang nak spend time dengan dia, gurau-gurau. Dulu dia kecil je. Wujudnya dia kat rumah ni pun sebab papa lonely dekat rumah bila orang gaji balik indonesia masa puasa tahun lepas. Kalau mama kerja shift malam then papa kena buka sorang-sorang kat rumah since adik dengan abang masing-masing duduk hostel.

Dulu umur 3 bulan, sekarang dah nak masuk 9 bulan. Balik rumah jumaat lepas tengok menatang ni, gemuk ya rabbi habibi. Badan dia sangat tough. Sangat padat dengan daging. Makan nak memilih aje. Kucing yang dulu bantai je apa-apa pun. Dia ni, orang kasi biskut beras pun tak amik. Cuba contohi kura-kura kawan, Mc Donald semua dia bantai. Siap tengok wrestling WWF dulu tau. Entah hidup lagi tak kura-kura tu pun.

Sempat bergurau dengan dia malam semalam. Macam ni pun dah besar, lepas sunat minggu depan mesti lagi besar. Kesian Dino, tak dapat merasa lumrah kehidupan normal seekor kucing jantan ye. Tak pe dino. Hidup ni lebih dari tu. Tapi rasanya kalau dia pergi lorong belakang usj 4 mesti heaven kot, sebab mak ana kata tu tempat melacur kucing -_____-''

Moga lepas sunat ni Dino bertambah lagi gemuk dan jadi lebih manja k k k ;)




video




video

Sunday, February 6, 2011

BUAT

1. Quizzzzzeeessssssssss

2. Test 2

3. FINAL




best kan? benda ni semua akan habis dalam jangka masa sebulan setengah lagi. concentrate azlyn. endahkan perkara lain. shyt, aku perlukan semangat untuk belajar. kata-kata semangat setiap pagi would be nice to hear :)

kepsi

meh meh, azlyn nak bercerita, tadi kan kan, tadi kan, heee tak da pape lah. OKAY . gaya macam nak mintak kaki aku je.

Pada suatu hari, hari ni, makan kat kepsi, snack plate aw, sekali dengan cheesy wedges, aummmmmm. Okay dah. Budak kecil berbaju kuning ni comel sangat. Mulut dia dok berceloteh je kerja. Jalan sana sini, mesti ada benda nak ditanya. Anak siapa? jangan tanya aku, aku pun tak tahu anak siapa. Masuk dalam kepsi, ditariknya bapa, ' ayah, ayah, nak ni, nak ni, warna biru labbit, labbit ' . Oh, budak kecik ni nak air botol rabbit yang kepsi jual mainan untuk budak-budak tu ha. Ditariknya lagi ayah dia, ke tempat lain, dekat menatang apa tah dia tunjuk kat ayah dia. Aku tak dapat concentrate since ayam ada depan mata.

Bayangkan kalau aku ada anak macam tu, jawapan aku senang je. Mama dulu tak ada main benda-benda macam ni. Mama main playstation, gameboy, digimon. Mama tak main botol-botol air ni. Cuba tengok shin chan pun, main tak hidung je. taik hidung masuk hidung, keluar hidung, masuk hidung, keluar hidung, masuk hidung, keluar hidung. Macam pertandingan mengimbang taik hidung sambil memastikan masuk gol lubang hidung balik gitu. Okay dah dah. Kita harus bersyukur, nak. Cuba main taik telinga, tak ke baik .

Nampak pak cik kepsi berjanggut putih, budak kecil pun bertanya, ' ayah, ayah, kenapa atuk tu berjanggut? ' . Aku berasa agak kecewa. Kenapa dia tak tanya, ' ayah, ayah, kenapa kakak tu lawa ayah? . Gambar atuk kepsi tu sebelah aku je. cis! HAHA


kalau dapat anak macam ni, boleh gugur segala bagai rambut.


p/s: teringat dol makan kepsi kat extreme park shah alam. ana dare. kasi salamassalamualaikum kuat-kuat masuk kepsi, lambai macam orang gila kat kakak kepsi sambil cakap bye bye kuat-kuat. demmmmmm, rindu time tu. siapa lagi nak datang melawat sini. kawan-kawan, keluar dengan aku kena bermuka tebal tau ;)

bukan nak tunjuk kuat, bukan nak mengada, cuma tak suka ubat, tak suka, tak suka...biarlah makin teruk pun. sakit, tekak pedih sangat. perut sakit batuk banyak kali. tapi still boleh tahan, so elyn tak da hal :) jangan bising. shhhhh

untitled

' berkawan atas dasar ikhlas; tak kira dalam situasi apa pun, layanan tak akan berubah; persahabatan itu akan kekal '



ayat yang aku pegang kuat dari dulu. ayat dari pakcik aku sendiri.

p/s: sedikit asam garam dari hidup ayah li, walaupun simple, it made me smile though ;)

Wednesday, February 2, 2011

errr...

Orang ni sangat scary. Ouh, dia add aku. Tak berani nak approve. About me dia 'i still searc my true love'



p/s: haih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...