azlyn kata

.

Monday, February 14, 2011

Dia

Bila nak balik puncak alam, sangat jarang nak spend time dengan dia, gurau-gurau. Dulu dia kecil je. Wujudnya dia kat rumah ni pun sebab papa lonely dekat rumah bila orang gaji balik indonesia masa puasa tahun lepas. Kalau mama kerja shift malam then papa kena buka sorang-sorang kat rumah since adik dengan abang masing-masing duduk hostel.

Dulu umur 3 bulan, sekarang dah nak masuk 9 bulan. Balik rumah jumaat lepas tengok menatang ni, gemuk ya rabbi habibi. Badan dia sangat tough. Sangat padat dengan daging. Makan nak memilih aje. Kucing yang dulu bantai je apa-apa pun. Dia ni, orang kasi biskut beras pun tak amik. Cuba contohi kura-kura kawan, Mc Donald semua dia bantai. Siap tengok wrestling WWF dulu tau. Entah hidup lagi tak kura-kura tu pun.

Sempat bergurau dengan dia malam semalam. Macam ni pun dah besar, lepas sunat minggu depan mesti lagi besar. Kesian Dino, tak dapat merasa lumrah kehidupan normal seekor kucing jantan ye. Tak pe dino. Hidup ni lebih dari tu. Tapi rasanya kalau dia pergi lorong belakang usj 4 mesti heaven kot, sebab mak ana kata tu tempat melacur kucing -_____-''

Moga lepas sunat ni Dino bertambah lagi gemuk dan jadi lebih manja k k k ;)









2 comments:

Ninasyazana said...

Dino comel!!! tapi still cannot lawan dengan debab2 saya... hahaha! kan elok kawan dgn lelaki hensem n caring mcm ni. who needs guys when you've got this furry bundle of joy?

nur azlyn said...

hah? asl ttbe ckp pasal lelaki ni? -_____-''

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...