azlyn kata

.

Tuesday, November 30, 2010

Kaki Kerat Kasi Cantik Okay Doktor

Tulang kaki belah kiri tak teruk sangat, tulang belah kanan memang ketara. Jalan 30 minit lebih je mama bising sakit sakit. Aku dengar je lah







Lepas dah kena kerat

Paku sekali masuk 5. paku yang panjang yang tak tahan tu. Silap hari aku derhaka, maunya mak aku paku guna kaki. Eh, memang tak la jadi anak derhaka.

Rasanya kalau nak naik kapal terbang, tit tit tit tit TIT TITTTTTTTTTTTTTT! itu mama punya hal.


Gemuk-gemuk comel je kaki mama time ni

Hospital dah macam hotel. Makanan hidang kat pesakit kemaen lagi tau. lasagna, chicken chop. Kalau aku, sanggup jadi pesakit sana. hoho. ah tak, aku sihat sentiasa. amin


p/s: tak sedap hati :(

Monday, November 29, 2010

Allah selamatkan kami~



video


video

27 November hari jadi tokwe. This video was last year's
I wanna be like them, dah tua-tua pun still very cheeky and loving
One day, i hope i'll find someone
Hidup sebagai pasangan
and live happily ever after
macam tokwe and tok ayoh
woot woot! :)

Selamat hari jadi tokwe. Semoga panjang umur, dicucuri rahmat and dimurahkan rezeki

RETAINERS!

tak ada lah pelik sangat muka aku bila pakai retainer. teehee


retainer menampakkan bibir tampak lebih gebu dan comel cuma mulut jadi macam tu sebab macam susah nak tutup . huh T__T

p/s: orang sebelah nampak lawa sebab aku make up kan dia ye. HAHAHAHAHAH. okay amie, aku gurau je weyh. kau tak make up pun aku tertarik tau tau. SUMPAH :P kita tidur sesama lagi okay lain kali, sekali je baru.

insyaAllah bulan dua tahun depan, hari jadi mama, kalau hati terbuka, KALAU, follow mama pakai tudung. insyaAllah

Friday, November 26, 2010

Dan Sesungguhnya



Dan sesungguhnya, niat sebenar aku nak tangkap gambar secomel yang mungkin bersama teddy bear amie, tapi keluar gambar sebegini

Sesangatlah lucah TT___TT


Gambar ni baru betul :)

Ini lah housemate SEBENAR aku
ni gambar masa semester 1
aku suka merempat rumah orang. hoyah ! :D

Wednesday, November 24, 2010

i used to be jealous when i see couples walking together
but not anymore
im happy for those who are happy with their loved ones
macam hari ni
pasangan jalan together-gether
the smile on their faces
it's just precious :')
senyuman yang menandakan kebahagiaa.
awwwwww. comel je
tak guna ada relationship kalau tak happy
but of course there ada pasang surut kan
itu yang menghangatkan perhubungan
haha
suka tengok diaorang :)
eventhough im single now
i kinda enjoy my life right now
bersyukur dengan apa yang ada okay :)

Monday, November 22, 2010

eh eh, macam comel. bleh :p

tapi kenapa nampak macam cacat jugak?
mulut tu. macam orang kena strok -___-

yay! saya tak ada class hari ni! ceramah saja
tapi sedih, tak ada orang online ym :(

page facebook pun tak boleh bukak during office hours
tu yang ligat sangat update blog kan azlyn -___-

Kembali ke Penjara

Dah 6 minggu cuti, tarikh 21 November jadi tarikh sejarah dalam hidup. Masuk UiTM Puncak Alam balik. Ingat lagi waktu aku mula-mula masuk sini. Nak cuci baju pun aku tak reti.

Hari pertama aku di sana, aku tunggu lewat malam. Nasib baik roomate aku masuk tandas. Aku minta tolong tujuk ajar dari dia. So well, now i know how to wash my clothes :) teruk kan? seorang perempuan tak reti nak basuh baju guna tangan sendiri. Well, at least aku sanggup nak buat .

Makanan kat puncak alam ni mahal ya rabbi. Aku jimat duit sangat-sangat kat sini sampai berat pun senang sangat nak turun. Lauk biasa ayam goreng, tak pun ikan keli masak cili tambah dengan sayur seciput. itu dah RM 4.00. Sekali je aku pernah dapat paling murah. Rm 1.50 berlaukkan nasi, tempe 3 dengan tauge yang tak seberapa. Mana tak cengkung muka aku?

Tapi sekarang kira okay. Aku tak berjimat sangat. Balik puncak alam hari ni, makanan yang aku stok 6 bulan yang lepas, masa aku mula-mula daftar, masih ada T__T jom tanya soalan sama lagi. azlyn, mana tak cengkung?

Tapi tak kisahlah kan, balik rumah terus naik 5 kg. fuiyoh

Nak tengok almari aku?

amik kau, dulu tak penuh macam ni pun almari aku, kosong je, sekarang penuh dengan baju kurung, i loike :)

endahkan tuala wanita di sana. Kalau nak beli buat hadiah ke, belilah jenama kotex. heh. wth -.-

Leceh pakai seluar, aku tengok budak-budak lain kemaen lagi bergaya pergi kelas. Dengan make-up tebal 1 inchi. amboi~ ingat nak pegi Pavi ke apa? Contohi lah aku, bangun pagi, mandi 10 minit, sarung baju kurung, bubuh lipbalm terus gerak masuk dewan kuliah. Ada macam lelaki tak perangai aku? zzz -___-

Itu je lah kot. Haih. Kebosanan. Tapi aku rasa kali ni semester 2 mesti best, sebab kuliah aku dah campur dengan kumpulan lain, maksudnya ada lelaki, Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Boleh cuci mata di saat ketensionan belajar. ALHAMDULILLAH :D

Ataghfirullahalzaim Azlyn, buruknya perangai. tak boleh teruk lagi ke? -_____-

Tu je lah, nak tidur. Malam pertama Azlyn dan Puncak Alam. Ya ampun, ayat nak lucah je . ish -.-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...