azlyn kata

.

Sunday, September 25, 2011

bulan syawal

lemme share this with you. a short one. family belah ayah ni ha :)

video




and there goes one scene, makan maggi masa last day puasa. hahaha. ah lek so comel. budak kecik ni, kalau boleh, megi mee tu dia tarik setinggi-tinggi yang mungkin, sampai masuk-masuk lubang hidung -..-

p/s: video sepatutnya clear gila tapi sini quality video teruk sangat pasai pa pun cheq tak tau. tengok je naaaa. jangan banyak bunyik

Wednesday, September 14, 2011


p/s: kau, mungkinkah kau bermimpi, punyai bidadari





common sense not so common

treat it as working in a garden
walk pass slowly as you smell the fragrance
but don't walk too slow that you get stung by a bee
fast learner may take less time to master
but they always make the silliest mistake
they may only need one hour to understand
if you need three hours, then be it
different people have their own journey

- prof madya dr ngah ramzi hamzah -

p/s: i'm gonna create my own journey soon. insyaAllah :)

Monday, September 12, 2011

agak nightmare







hahahaha, yang ni aku tak tahan nak gelak. 

aku ada atuk nenek yang masih boleh drive, sorang umur 68, lagi sorang umur 78. bawak 120km/h. hehe. kau hado? hek hek.  
aku ada atuk nenek yang reti guna internet. windows live messenger tu tak payah cakap la. nudge nudge orang tu memang pro. kau hado? hek hek. 
aku ada atuk nenek yang tak main suratkhabar-suratkhabar ni. baca news online. kau hado? hek hek
aku ada atuk nenek yang reti guna webcam dengan anak-anak. kau hado? hek hek


p/s: terus hide wall, wakaka

Sunday, September 11, 2011

mungkin bukan yang terbaik, tapi Alhamdulillah

Macam biasa, bila masuk mendaftar universiti, mama papa cuma hantar aku untuk mendaftar dan lepas tu balik terus. Mata aku melilak melihat semua mak bapak yang lain tunggu nak unpack barang anak-anak, nak sapu sana sini, nak kasi anak makan, nak menyusu anak, eh. Agak sayu di situ, lagi sayu bila perut aku berkeroncong, dan masa balik dari beli makanan ada satu family tengah lahap kfc. Lepas tu mata aku terus pandang air mineral satu, dengan satu bilis bun kat tangan. Hati kecil berbisik tak pelah, mungkin rezeki orang belanja nanti. Sabar itu separuh dari iman. Separuh sahaja.

Matang mungkin? Perkataan macam 'entahlah', 'tak tahu' , 'apa-apa je lah', tiada lagi dalam kamus hidup. well, maybe sometimes. Lagi-lagi kalau ada orang offer between ferrero rocher, twix or kinder bueno. A big TAK TAHU for that. nak semua boleh? teehee.

Mawar, indah namanya, nama kolej wa. Tapi lu jangan tertipu. Tak seindah mana, macam kubur versi up sikit. Tiada kerisauan untuk dikejar anjing, tapi ada kerisauan untuk dikejar kucing. Kena kejar kucing pagi tadi. Sebab tengah mamai, jadi traumanya lebih sedikit. sampai hati -____-

but sure thing, i miss this

 katil sini 2 kali ganda tebal, meja belajar 2 kali ganda besar, ada drawer yang boleh kunci

 locker yang 2 kali ganda lebih besar, and locker yang ada CERMIN
setiap rumah ada tandas besar, dalam ada tiga sub tandas

Banding dengan uitm yang kasi 8 tandas untuk mandi je. Berapa orang wey dlm uitm tu. macam boleh kira dengan jari eh? BUATLAH BANYAK SIKIT TOILET. and make it lagi luas. Nak syampu rambut pun tangan dok berlaga-laga dengan dinding -.-

Tapi aku beringat, niat sebenar ke sini adalah untuk menimba ilmu. Sabar sahaja. Kolej Teratai, wait for me bebeh. I'll secure one place for me untuk next sem sampailah aku tamat pengajian. mark my words~ rawr!

Sebelum masuk universiti, banyak hajat ang aku dah tanam. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Kawan-kawan, marilah berdoa untuk aku. eh, marilah berdoa untuk semua. Sama-sama kita berdoa :)

Penat orientasi tak hilang, semuanya buat mood hilang. but well, benda yang paling best bila masa berkumpul and buat group cheer

video
kolej perindu, paling suka kolej ini. kahkahkah
video
kolej jati
video
kolej melati
video
koleh melati + kolej jati
video
kolej mawar

kolej delima, anggerik, meranti tarak. hahaha. sory wa malas upload

Homai, bersepah sangat post ni but then i still wanna update. tak ada masa dah. im off to uitm now. sob sob

p/s: uitm shah alam sangat bagus dalam menanam rasa homesick student terhadap rumah





tali pusat putus


Terima kasih, walaupun bukan yang terbaik, tapi syukur, panjang juga umurku. Alhamdulillah. Thank you mama papa sebab buat adik. errr errr..


Semalam satu dewan nyanyi lagu happy birthday, terharu. hikhek, tapi untuk abang fasi. Ambil tempias sikit pun jadilah sebab tahun ni tak dengar lagi orang nyanyikan. haha

Jarang sekali aku menyambut, jarang juga aku meniup lilin. Itu yang membuat aku rasa diri masih muda. kehkehkeh. Tapi tahun ni, bila balik rumah buka peti ais, ada kek dalam kotak :) malam ni kut potong. hewhewhew

Aku tak berpeluang untuk guna maxis free call. Tak menyempat, sebab jadual penuh orientasi. haih, dpt call dua ciput tiga ciput je. Celcom, aku tidak tahu number siapa untuk dimasukkan dalam 8pax. But definitely, aku nak juga gayut dengan kawan-kawan.  Sila ehem request ehem jika mahu orang hot ehem call ehem.

THANK YOU KORANG :)

p/s: terkejut beruk tengok terima sms dari papa. wish, 'happy birthday. jangan lupa belajar' . ayat akhir tu penting tu -_- 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...