azlyn kata

.

Friday, April 30, 2010

Aku Rindu Sekolah

Setiap kali aku nampak budak sekolah aku akan memperli ' eh eh baju sekolah ' . Tapi bila aku fikir balik, hakikatnya aku rindukan sekolah, sangat. Pahal bunyi emo semacam -.-

Masa aku Tingkatan 1 aku ingat lagi. Perhimpunan sedang dijalankan. Time aku, Tingkatan 1 masih lagi sekolah pagi. Nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu SMK USJ 13 tu memang wajib setiap isnin. Aku kalau beratur selalu nak duduk tempat yang paling hujung sebab cikgu tak nampak. Sedang - sedang semangat semua berdiri tegak tatkala lagu SMK USJ 13 berkumandang tiba - tiba aku terasa sebatan belakang bontot aku. Kemudian orang depan aku pulak kena. Orang sebelah aku pun kena. Toleh - toleh rupanya pengetua sedang merotan. Tak pasal - pasal aku dan kawan kena marah sebab tak nyanyi lagu sekolah. Pagi yang sejuk dan semangat yang berkobar - kobar terhadap sekolah menyebabkan suara tak terkeluar. Habis saja lagu sekolah pengetua mengarah aku dan budak lain jumpa beliau selepas perhimpunan tamat. Aku dah cuak. Aku mana pernah nyanyi lagu sekolah sampai habis time zaman tu. Tune lagu pun aku tak hafal. Macam mana kalau dia suruh aku nyanyi? Hati ku berdebar - debar. ohh~~

Masuk saja dalam bilik beliau, perkara pertama yang aku tenung mesti tahi lalat di hidung beliau. Very irresistable. HAHA. Okay. Kembali pada topik -.- Dengan suara lantang beliau bertanya , ' Kenapa kamu tak nyanyi lagu sekolah tadi?! ' Aku menjerit balik ' Suara itu aurat cikgu! ' . Agak - agak lah aku berani macam tu. Suara tak keluar pun untuk menjawab. Air mata yang keluar ada la. Takut sangat punya pasal. Bongok. Jatuh air muka aku. HAIH. Itu cerita ketika aku Form 1. Pengetua aku ni jenis yang tak boleh cakap sekejap - sekejap. Ucapan sepatah dua kata menjadi berjuta - juta kata. Setiap kali kalau hujan semua murid bersyukur tak payah dengar ucapan 45 minit beliau.

Kisah Tingkatan 2 pun agak lawak. Buku Kawalan kelas bahagian kesalahan ada mencatat. *toot toot toot* menampal tuala wanita jenama kotex di pintu belakang kelas. Memang tak boleh blah. Yang menampalnya seorang lelaki -.- Pada petang tu pula orang ramai kecoh kondom di kaki lima kelas kitaorang. Aku pun tak tahu menatang apa itu. Pada aku benda tu nampak macam plastik lutsinar koyak -.-

Dari Tingkatan 1 sampai lah Tingkatan 3 aku berada dalam kelas yang mejoritinya kaum cina. Bila aku naik Tingkatan 4 aku mula bergaul dengan melayu. Aku rindu kelas Matematik yang diajar oleh Puan Tay . Dia ni cepat sangat stress. Tu yang aku lagi suka menyakat. Kemudia naik Tingkatan 5 Pn Nor Diana pulak yang mengajar Matematik. Lagi aku suka kacau. Cikgu panggil aku nyamuk. Aku panggil cikgu mak nyamuk. Adil lah kan. Ini negara demokrasi. HOHO

Kelas Bio aku lagi klasik. Kelas Bio samalah juga dengan kelas tidur aku. Cikgu ni memang cepat tension. Tak habis - habis cakap nak pencen. Satu hari ni aku bengang dan cakap, sambil sorok bawah meja ' haiya asyik ckp mau retire but then tak retire. retire je laaaaa' . Aku tahu, dia tahu yang aku yang cakap begitu.Tengok sekarang Bio aku dapat B+ untuk SPM . HAHA. Aku tak kisah sangat pun sebab aku mengharapkan D. haih. Semua murid tension dengan dia sebab setiap kali dia marah dia akan tutup lampu projector or whatever you call that thing. Lepas tu dia on balik. Bila marah dia off balik. Lepas off dia marah - marah macam kambing kemudian masuk cerita tentang nenek dia, kadang - kadang mak dia. Kemudian senyum kembali. Cepat sungguh marah dia reda.

Aku rindu kelas agama lagi. Ustazah Halizan sentiasa kena dengan aku. Ustazah marah aku, aku marah balik Ustazah. Ustazah pukul aku, aku pukul balik ustazah .Nampak hubungan silaturahim yang terjalin di sana? Takkan aku duduk diam je -.- Lagi-lagi kalau belajar di surau. Lagi aku suka. Baring terus :D Ustazah tahu aku tak suka memeluk orang. Aku kekok. Tapi hari tu aku lawat sekolah. Senang je aku nak peluk ustazah. Tak rasa kekok. Sedap. Sebab badan ustazah lembik. teehee :P

Majlis restu ilmu Tingkatan 5 diadakan lepas Hari Raya, semua murid sibuk menghulurkan tangan meminta restu. Aku sibuk mengucap selamat hari raya , maaf zahir dan batin. Kali ni aku tak emo macam majlis restu ilmu Tingkatan 3. Aku nangis waktu dulu. Sebab Cikgu Mahani peluk aku. Aku rasa ..entah apa yang aku rasa. Tapi sebab dia terlalu keibuan. Tu yang aku nangis. Ada seorang cikgu yang palingggggg aku benci. Memang ramai yang benci. SEBAB aku pernah gaduh dengan dia. Ada yang panggil dia Patrick-Star, ada juga yang panggil dia Black Charcoal from the bottom of Bikini Bottom. Faham - fahamlah korang kenapa black yea. Aku cadang tak mahu bersalaman dengan dia. Plan aku sebenar ialah hulurkan tangan tetapi tiba - tiba tunduk bawah nak ikat tali kasut, kemudian senyum dan berlalu. Tapi sebab aku ni educated.. HAHA..salam je laaaaaaa.







p/s : bentuk muka ku berubah-ubah. Harap maklum ni gambar tahun - tahun lain -.- FINE LA AKU GEMOK! HAHA . ish. puas hati.



HIDUP SMK USJ 13!
rindu doh :')

Tuesday, April 27, 2010

Movie Review



Looking at this picture makes me smile. Happy gila orang dalam gambar tu. Tak leh blah sial. Ingat aku jealous ke? Pergh! MEMANG PUN -.-

Geram! Geram! GERAM!

Pernah ke Sizuka text Nobita pepagi buta? Ada tak selalu? Kalau tak , mesti ada sebab kan kenapa Sizuka text Nobita pepagi buta. Sebab Sizuka perlukan Nobita sangat-sangat! SANGAT-SANGAT! Malam tu Sizuka tak boleh nak tidur. Tak boleh nak sepak dinding, Sizuka sepak katil kuat-kuat. Sizuka ni pun ganas orangnya. Jangan main-main.

Sizuka ni text Nobita sebab dia nak orang tu cuba tenangkan dia . Sizuka tak kisahlah nak cakap apa asalkan Nobita ada. Nobita cakap nak text jugak but then tak cuba pun untuk sambung conversation. Mana Sizuka tak marah. Time tu Sizuka sedih sangat ..sedih sangat... :'(

Nobita tanya bila nak jumpa. Sizuka semangat je. Gatal jugak Sizuka nih. Nak tahu kenapa Sizuka mengganas hari ni? Sizuka geram. Nobita macam tak tahu je yang Sizuka ni susah keluar. Bukan main payah Sizuka nak minta permission keluar rumah. Mentang anak dara orang kan. Hish. Orang Jepun. Ketat jugak undang-undang keluarga.

Sizuka cuma nak luahkan - Nobita, akira,toshiba,toyota,hyudai... haa amik kau. jenama jepun keluar habis. Okay. Kembali serius. Nobita, Sizuka ni jenis yang tak kisah kalau pentingkan kawan. Tapi cuma satu hari pun takkan awak tak boleh nak luangkan masa dengan dia. Itu pun tak sampai satu hari. Cuma 3 jam. Dia tak kisah. Tak pergi mana-mana pun asalkan dapat duduk bersebelahan pun dah cukup walaupun tak cakap apa-apa. Dengan adanya awak kat sebelah Sizuka tu, dia dah cukup happy, asalkan awak ada sebelah dia; dapat feel haba badan. cukup bahagia :)

Hari ni Sizuka call and text awak. Dua-dua pun tak terjawab. Patutnya Nobita keluar dating dengan Sizuka hari ni. Tapi rasanya Nobita tidur. Tidur mati. Tak boleh ke Nobita ni tidur awal. Awal satu malam so that ada tenaga nak jumpa Sizuka. Muka bertenaga. Semangat bertenaga. Macam dalam iklan Coca Cola brrrrrrrr tu. Just one night. Can't you do that for Sizuka?

Bukannya dapat jumpa selalu. Takkan alarm clock pun wont work. If you're eager to see Sizuka mesti dapat bangun. Everytime Sizuka nak jumpa awak mesti dia kena tunggu. Dia tak kisah semua tu. Dia sanggup tunggu lama mana pun. Panas tak panas. Sejuk tak sejuk. But today benar-benar buat Sizuka kecewa. Tunggu lama tapi cuma satu perkataan yang dilihat dlm inbox message phone. The word 'sorry' .

''Why there are police and Laws if Sorry is enough for everything''

Ni ayat yang Yoon Ji Ho cakap kat Geum Jan Di dalam drama Boys Over Flower. Sekarang Sizuka nak sampaikan ayat tu pada Nobita. Cheh sempat lagi.


I know tak ada orang yang perfect dalam dunia ni. I know lately I ada banyak marah you. Wanna know why? cause when you want me ,you come down and find me. when you dont need me you just ditch me off like that. Your friends are more important. yeah. That's what you make me feel right now. Kata - kata manis dah cannot go lah. Now air mata dah susah sangat nak jatuh. Hati dah keras. Stok air mata dah habis. But setiap hari without fail, when i close my eyes to sleep, air mata jatuh dari pipi membasahi pipi dan kemudiannya ke bantal. HUHU. okay cam bangang. But it's the truth. Yea say whatever. Mengada- ada. That is me. That's who I am. I'm a cry baby. so what? Masa baby I digelar Radio Kajang because melalak je manjang kerja I. But who cares. It's makes me feel better sometimes. But I do wanna change. Takkan setiap kali nak kena makan hati.

Today my cousin said to me, in a relationship, BOTH parties have to work together for a happy ending relationship. No matter how hard one tries but kalau hanya seorang yang berusaha kuat , harapan tinggal harapan. Im not saying that you're not working on this relationship but I'm expecting you to work harder. Yes I'm selfish. Im sorry. Masing-masing ada kelemahan. Let's work together shall we? Awak sudi tak? :)

p/s : i just want to feel loved and appreciated wanting a little bit of your time for me. boleh tak? is that too much for you to give. Kalau berat sangat, saya undurkan diri. Minta maaf.



INGAT AKU APA NAK KASI MOVIE REVIEW. GOOGLE SENDIRI LA. HAHAHA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...