Setiap kali aku nampak budak sekolah aku akan memperli ' eh eh baju sekolah ' . Tapi bila aku fikir balik, hakikatnya aku rindukan sekolah, sangat. Pahal bunyi emo semacam -.-
Masa aku Tingkatan 1 aku ingat lagi. Perhimpunan sedang dijalankan. Time aku, Tingkatan 1 masih lagi sekolah pagi. Nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu SMK USJ 13 tu memang wajib setiap isnin. Aku kalau beratur selalu nak duduk tempat yang paling hujung sebab cikgu tak nampak. Sedang - sedang semangat semua berdiri tegak tatkala lagu SMK USJ 13 berkumandang tiba - tiba aku terasa sebatan belakang bontot aku. Kemudian orang depan aku pulak kena. Orang sebelah aku pun kena. Toleh - toleh rupanya pengetua sedang merotan. Tak pasal - pasal aku dan kawan kena marah sebab tak nyanyi lagu sekolah. Pagi yang sejuk dan semangat yang berkobar - kobar terhadap sekolah menyebabkan suara tak terkeluar. Habis saja lagu sekolah pengetua mengarah aku dan budak lain jumpa beliau selepas perhimpunan tamat. Aku dah cuak. Aku mana pernah nyanyi lagu sekolah sampai habis time zaman tu. Tune lagu pun aku tak hafal. Macam mana kalau dia suruh aku nyanyi? Hati ku berdebar - debar. ohh~~
Masuk saja dalam bilik beliau, perkara pertama yang aku tenung mesti tahi lalat di hidung beliau. Very irresistable. HAHA. Okay. Kembali pada topik -.- Dengan suara lantang beliau bertanya , ' Kenapa kamu tak nyanyi lagu sekolah tadi?! ' Aku menjerit balik ' Suara itu aurat cikgu! ' . Agak - agak lah aku berani macam tu. Suara tak keluar pun untuk menjawab. Air mata yang keluar ada la. Takut sangat punya pasal. Bongok. Jatuh air muka aku. HAIH. Itu cerita ketika aku Form 1. Pengetua aku ni jenis yang tak boleh cakap sekejap - sekejap. Ucapan sepatah dua kata menjadi berjuta - juta kata. Setiap kali kalau hujan semua murid bersyukur tak payah dengar ucapan 45 minit beliau.
Kisah Tingkatan 2 pun agak lawak. Buku Kawalan kelas bahagian kesalahan ada mencatat. *toot toot toot* menampal tuala wanita jenama kotex di pintu belakang kelas. Memang tak boleh blah. Yang menampalnya seorang lelaki -.- Pada petang tu pula orang ramai kecoh kondom di kaki lima kelas kitaorang. Aku pun tak tahu menatang apa itu. Pada aku benda tu nampak macam plastik lutsinar koyak -.-
Dari Tingkatan 1 sampai lah Tingkatan 3 aku berada dalam kelas yang mejoritinya kaum cina. Bila aku naik Tingkatan 4 aku mula bergaul dengan melayu. Aku rindu kelas Matematik yang diajar oleh Puan Tay . Dia ni cepat sangat stress. Tu yang aku lagi suka menyakat. Kemudia naik Tingkatan 5 Pn Nor Diana pulak yang mengajar Matematik. Lagi aku suka kacau. Cikgu panggil aku nyamuk. Aku panggil cikgu mak nyamuk. Adil lah kan. Ini negara demokrasi. HOHO
Kelas Bio aku lagi klasik. Kelas Bio samalah juga dengan kelas tidur aku. Cikgu ni memang cepat tension. Tak habis - habis cakap nak pencen. Satu hari ni aku bengang dan cakap, sambil sorok bawah meja ' haiya asyik ckp mau retire but then tak retire. retire je laaaaa' . Aku tahu, dia tahu yang aku yang cakap begitu.Tengok sekarang Bio aku dapat B+ untuk SPM . HAHA. Aku tak kisah sangat pun sebab aku mengharapkan D. haih. Semua murid tension dengan dia sebab setiap kali dia marah dia akan tutup lampu projector or whatever you call that thing. Lepas tu dia on balik. Bila marah dia off balik. Lepas off dia marah - marah macam kambing kemudian masuk cerita tentang nenek dia, kadang - kadang mak dia. Kemudian senyum kembali. Cepat sungguh marah dia reda.
Aku rindu kelas agama lagi. Ustazah Halizan sentiasa kena dengan aku. Ustazah marah aku, aku marah balik Ustazah. Ustazah pukul aku, aku pukul balik ustazah .Nampak hubungan silaturahim yang terjalin di sana? Takkan aku duduk diam je -.- Lagi-lagi kalau belajar di surau. Lagi aku suka. Baring terus :D Ustazah tahu aku tak suka memeluk orang. Aku kekok. Tapi hari tu aku lawat sekolah. Senang je aku nak peluk ustazah. Tak rasa kekok. Sedap. Sebab badan ustazah lembik. teehee :P
Majlis restu ilmu Tingkatan 5 diadakan lepas Hari Raya, semua murid sibuk menghulurkan tangan meminta restu. Aku sibuk mengucap selamat hari raya , maaf zahir dan batin. Kali ni aku tak emo macam majlis restu ilmu Tingkatan 3. Aku nangis waktu dulu. Sebab Cikgu Mahani peluk aku. Aku rasa ..entah apa yang aku rasa. Tapi sebab dia terlalu keibuan. Tu yang aku nangis. Ada seorang cikgu yang palingggggg aku benci. Memang ramai yang benci. SEBAB aku pernah gaduh dengan dia. Ada yang panggil dia Patrick-Star, ada juga yang panggil dia Black Charcoal from the bottom of Bikini Bottom. Faham - fahamlah korang kenapa black yea. Aku cadang tak mahu bersalaman dengan dia. Plan aku sebenar ialah hulurkan tangan tetapi tiba - tiba tunduk bawah nak ikat tali kasut, kemudian senyum dan berlalu. Tapi sebab aku ni educated.. HAHA..salam je laaaaaaa.
p/s : bentuk muka ku berubah-ubah. Harap maklum ni gambar tahun - tahun lain -.- FINE LA AKU GEMOK! HAHA . ish. puas hati.
7 comments:
mule2 mmg la rindu skola sebab baru lepas spm. nnti da masuk kolej lagi sonok. huhu !
haha. mcm sedih oh nk masuk kolej :(
gmba yg 2bd last. yg laki kat bawah tu. style la dia.
gahaha. dia dah lain la. tu entah pasal rambut dia pelik semacam :D athlete tuu
huhu...sobsob...sya rindu jugak...bangunan skolah tak rindu la tapi, tiap2 hari pun nmpk. jom jom kte gi buat kecoh kat skolah :)
rinduuuuuuuuuuuuuu ;`)
haha yeap :')
Post a Comment