azlyn kata

.

Friday, October 30, 2009

Keyboard Dialogues

Hari Rabu yang lepas cikgu piano Elyn ajak pergi tengok piano concert.. jadi pergilah

Went there with Grace and her bro! ..Dekat Dewan Sivik Putrajaya.. Sebelum tu nak tumpang Grace..pusing-pusing kawasan USJ 11 punya la payah..sesat T__T im that bad in geography heh @.@ Dalam kawasan USJ pun dah boleh sesat bayangkan kalau kena campak jauh-jauh..mati kong kia habis..huhu

Sampai Dewan Sivik terus masuk ..Kitaorang pun pergi la menuju ke arah satu pintu..Aku pegang tiket..tak pasal-pasal orang tu terus rampas and koyakkan my ticket..APA NI?! buli budak kecik dowh T__T ahahaha

Nasib ada kakak cantik tolong lead kitaorg masuk untuk duduk..Elyn masih tak puas hati..apsal tak kasi laki hensem yg leadkan jln..baru cerah hati aku..ngehe ;) iqhwan nak letak mana? ahahaha

Okay orang tu start main kol 8.15..kau lewat 15 minit..kureng tol..it was a piano duet by local pianist. Nama diaorang.. erm.. Loo Bang Hean and Ng Chong Lim

Lagu pertama yang diaorang main sangat sedap..Semua org enjoy..yang Ng Chong Lim main sampai terangkat-angkat badan..feelingnya mencapai tahap maksimum tuh..ntah ntah dok angkat bontot nak cover line lepaskan angin busuk punya pasal -.-''

Dengar kata Ng Chong Lim ni sangat berbakat..Dia menang scholarship dari merata-rata tempat..dari nama yg pernah didengar sampai lah nama yang pelik >.< terbelit belit lidah Elyn nak menyebutnya @.@

Lagu yang dicompose oleh beliau.. antaranya 'Khatulistiwa' , 'Xiang' , 'Daun' ..bapak giler TAK SEDAP!! mungkin sebab dia tak compose lagu dahan, ranting, akar, pucuk..so tak complete..Lagu dia dok main hentak-hentak atas piano..Anak sedara Elyn yg umur 5 tahun tu pun pandai main mcm tuh -.-'' ..

Worst..main ganas sangat sampai satu tali terputus..Elyn pelik diaorang main dengan tali piano sekali..Piano tu giler besar..GRAND PIANO <3 ..Kalau Elyn dapat piano tuh bukan setakat main ngan tali dia..Elyn isi air buat swimming pool..agagaga =.=

Nah tgk la gambar


Ticket yang dikoyakkan oleh org tu O_o

2 GRAND PIANO!!


Untuk tatapan Nena..ahahaha


Video ini special untuk Nena..Idola beliau..Mangkuk Jamban
'You Are Not Alone'

video

byk salah dong..chords pun simple jea..malas mau tukar2..huhu

p/s: siapa yg boleh kasi Elyn grand piano tu .. I'll gv u <3 ..agagaga

Air Mata Ibuku

Petang semalam satu family pergi la melawat Wan Ateh ..Hubungan dia dengan Elyn nenek saudara..

First-first ingat nak pergi Hospital Putrajaya..punya la pusing-pusing selama 30 minit asyik terlepas simpang nak masuk.Bila sampai je tetiba Uncle Tapa call kata dah keluar hospital.. T__T

Sesampai di rumah Uncle Tapa, Elyn lihat keadaan dia seperti seorang yang sangat lain. Bukan Wan yang aku kenal dulu. True enough..ada benda di dalam dirinya..

Mama masuk lewat sebab jumpa Kak ape ntah nama dia >.< ..sampai sahaja masuk melihat mak Elyn dia terus panggil ''Adik, Adik, sakit...sambil meleleh air matanya''. Mak Elyn terus capai tangan yg dihulur oleh Wan. Elyn nampak mama pun tak boleh tahan tengok Wan dlm keadaan mcm tu..Mama pun menangis. Sebak hati aku melihat..Aku pun join la the group.. T.T ..Atok la yg paling kesian aku tengok. Dia nampak je tabah tapi dalam senyap mata dia berair.

Unsur sakit ada..gangguan oleh orang pun ada..

Elyn rasa Wan tak akan kembali kepada normal balik. So sekarang bila balik kampung dah tidak ada Wan yang sentiasa masakkan aku gulai telur dia yg paling sedap, Gulai jantung pisang yang mak aku suka, sup tulang yg ayah aku suka dan agar-agar buatan sendiri yg abg aku suka.. :'(

Harap Wan cepat sembuh.. AMIN

Monday, October 26, 2009

Sakit

Iyea. Sangat sakit. Apa yang sakit? Hati.. :'(

Rasa kurang dihargai itu memang ada. Tapi malas nak kecoh. Banyak dah yang Elyn tahan.
-Kena kacau dengan seorang perempuan yang tanya tentang status aku dengan dia dan tiba-tiba bercerita tentang sesuatu yang membuat aku rasa tidak sedap hati..but now she's my friend =))
-Mimpi buruk yang aku alami yang aku harap tak akan menjadi kenyataan..(tak kusangka mmg benar..yang peliknya aku tak pernah jumpa kwn dia tp ttbe boleh muncul dlm mimpi plak >.< ) -Perkara itu.....tidak mahu aku sebut di sini...remeh je kot but to me it's not..

Lelaki ni ada menstrual cycle yang tak berdarah ke? Kenapa kadang-kadang mood and cara layanan diaorang bertukar ikut kehendak mereka? Hey if it happens like once or twice i can still take it but if it continuously happen, tak larat la nak handle. Penat tau. My kesabaran sangat sekejap. Tapi menakjubkan, my tahap kesabaran towards you is more than mine towards my father. Kalau ikutkan hati dah lama dah i boleh meletup but i choose to keep it inside.

I banyak bising, you cakap i kasi ceramah. I merajuk sekali-sekala, you cakap dah fed up nak pujuk padahal it's not the pujukan that i want from you..you yang banyak kali buat tak layan orang boleh pulak. Kalau you boleh marah I PUN BOLEH!

Lelaki tak suka kalau perempuan text banyak-banyak? ..elyn tak banyak text pun but im craving for your attention.. *sobs*

Lelaki cuba jawab sikit..ish bikin pening kepala orang sajaa..


post ini dituju khas kepada saffrullah iqhwan khan..haaa berani bubuh your nama coz tau you
takkan baca ..wuek >.<

i can live without you eventhough i thought i cant before..eik >.<

(post ini telah diedit sebanyak dua kali)

Thursday, October 22, 2009

Mengandung = Trend Sosial Terbaru?

'Weyh kau tau tak.. dia MENGANDUNG doh'

... Agak-agak apa reaksi korang kalau dengar kawan-kawan membuka topik ni di sekolah? Lagi-lagi yang melibatkan budak sekolah kita sendiri.. Dalam fikiran perempuan yang normal 'Gossip pedas nih..slurpss' okay just ignore that -.-''

Zaman sekarang senang sangat kalau nak dengar cerita tentang perempuan yang telah 'diusik' .Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang? Eh elyn pun masih budak yea.Satu hari ni kita dengar tentang budak nih, keesokan harinya dengar pasal budak tu plak..orang yang mendengarnya biler plak?..WOI!! GILER APER!! mintak dijauhkan daripada semua benda ni..AMIN..

Mengikut mitos-mitos dari mana ntah ramai kata kalau nak tahu diaorang ni masih suci atau tidak..haaa yang dah kurang mas kawen tu lah yang jalan terkangkang-kangkang..terkangkang-kangkang mcm mana plak nih? >.< ntah lah..tapi Elyn pun jalan kangkang..tu la sebab ejek pak cik jalan kangkang kan dah terlekat -.-'' ..biasanya org yg jalan terkangkang nih ada bisul kot..eee pengotor..Eh Elyn normal okayh~~

Kalau dah tahu apa akibat membuat benda-benda ni kenapa tak ambil langkah berjaga-jaga.Ni dah melekat sape yang susah.Diri sendiri jugak kan.Umur dua-dua orang dah pun mencecah 17 tahun.Otak yang ada tuh buat taik je ke dalam otak ?..aku ni yang dok simpan taik dalam perut tak keluar-keluar pun menderita gila dlm tandas..eh merepek ape plak nih >.< ..

Pada pandangan saya, anda teramat sangatlah tabah untuk menyimpan bayi tersebut.Dengar kata bayi due Disember ni.Gud luck la gua boleh cakap..

Abang ada kat rumah sekarang, jadi dia pun ceritalah cerita 'panas' kat Kolej Matrikulasi Kedah.Selalu kena tangkap kat setor.Nak jugak pilih tempat yang berhabuk dan kotor.Banyak bakteria tuh.Nak sangat buat kenapa tak pilih bilik sendiri? pergh!! Dua perempuan dah mengandung.Pada mereka tiap-tiap tahun tak sah kalau tak ada satu kes.Yang membuat lagi sakit hati tuh ialah fakta yang mengandung tu mereka yang memakai tudung.Bukankah orang yang memakai tudung ini lebih kuat imannya dari yang lain? Tudung sekarang dah banyak disalahgunakan.Ada yang pakai tudung pun sebab nak tutup kaler rambut yang tertumpah cat..eh highlight..kesian aku tengok >.< Pakai tudung tu kalau nak pakai biarlah ikhlas beserta dengan niat yang betul.Kalau tak, tak payah la.Buat tambah dosa jer..

Kepada yang membaca, kalau-kalau ada yang terasa tu....PADAN! Taubat lah selagi masih sempat.Ingat di sisi tu sentiasa ada yang mencatat segala amalan kita..uiks jadi ustazah la plak >.<

Okay tutup topik di atas.Semalam Pak Long datang ke rumah.Dia baru balik dari tengok specialist kat tempat mama kerja. Terkejut Elyn tengok bukak pintu dari jauh nampak macam hantu pocong mana pulak yang terlepas. Tengok dua kali, laaa Pak Long punya tangan kena ikat macam orang patah tangan. Buat saspens je.Mula-mula dah ready dah nak baca jampi ngan nak bukak ikatan kat kepala..Boleh buat kain untuk cadar tilam -.-''

Teringat zaman-zaman dulu di mana tangan Elyn pun pernah kena ikat macam tuh.Time tu masih kecik lagi. Patah dua-dua belah plak tuh..wee~~ Tapi patah one at a time la of coz.

Yang tak boleh blahnya kes patah tangan tu sebab satu panjat buaian then sesuka hati main lepas tangan nak bereksperimen..lepas jatuh buat bodoh..tangan tak leh bengkok.Lari-lari terus tanya mama.. ''Mama, kenapa tangan adik tak leh bengkok ah?'' Apa kejadah la tuh..
Kes Kedua ..Elyn panjat dinding separuh jalan kena geletek ngan kazen..GEDEBUK! ..jatuh daaa..patah la lagi satu..hebat azlyn, anda sangat hebat >.<

Apa lagi yang kena.. Dagu pernah kena jahit.Dijahit oleh ibuku sendiri. Pernah accident tetapi lepas kena langgar buat macam biasa..pelik tak rasa ape-ape. Jatuh basikal ..Buku lali nampak tulang habis >.< Brutal tak brutal Elyn zaman kecik dulu? Wadooh...

p/s : If u need me, just call or leave me a text message..i'll b there for you whenever you want me..Elyn akan mendoakan supaya dia cepat sembuh =D i know you're strong..but if there's anything..IM HERE =)

Tuesday, October 20, 2009

Hah? Apa Merepek?

Wee~~ Hari tu Sabtu pergi Sunway Pyramid ngan Syazana..mentang-mentang papa outstation senang je nak bodek mama kasi pergi luar..hmm senang la sangat @.@

Then pegi makan kat Sushi King..bukan main lama kita orang nak tunggu masuk dalam..nampak ramai sgt org kitaorg pun cadang la pergi jalan-jalan..last-last masuk kedai makan kol 2.30 ..perut lapar gila seyh..

Then ada sorang abang nih..haha lawak giler tengok expression dia terkejut bila dia tanya belajar mana? Elyn pun jawab ..SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13... dia terus..ohh sekolah menengah baru..aik muka muda nih tak nampak ker..huhu..tua ke muka kau nih..dush dush..kena buat rawatan muka nih..stress SPM..waaa

p/s : malas sudah mau update..otak kosong..huhu..ngantuks sudah..nitez!!

Thursday, October 15, 2009

Don't Play Play With My Liver =.=''

Azlyn menjadi sangat-sangat emo kebelakangan ni..well baru-baru ni je..tsk tsk..

Credit tak da? mesti sebab text dengan perempuan tu kan .. :'(

Nowadays setiap kali nak tunggu your reply lama sangat T.T ..tak mcm dulu first-first kenal ..asal send je terus dpt reply..rindu time tu =(

Heim Cheng pernah kata ' Kalau barang tu milik kita, ia akan tetap jd milik kita..dia takkan pergi jauh eventhough dia mcm nak pergi jauh (eh apa i merepek nih)..kalau mmg its not meant for you then just accept the fact '

i know kalau u sayang me u will know your limit =) ..err hello im trying to be more understanding here..


p/s : yes my hati tak tenteram..

Wednesday, October 14, 2009

Bi Boo Bi Boo

Asyik bergaduh..Elyn benci
sebab apa? penat..
bila merajuk..malas nak pujuk..to be more accurate..xreti pon nak pujuk @.@
bila tanya kenapa? xnak kasi tau..
bila text..xbalas
Elyn xnak call
why? takut meletup tgh2 conversation
apa salahnya? nnt jd lagi parah
sooooo i prefer texting..
im tired of waiting for your reply
makes me feel like a moron
desperate?..nyeh..sooo NOT me..
( zaman tok kaduk dulu laaa ..now tgh okay )


p/s : ELYN IS IN EMO MODE ..nyeh im okay =)

Fibre

Cukup! Cukup! Aku tak tahan lagi dah!!! Segala penderitaan yg aku lalui selama nih..( berdrama je lebih..tp apa kes ni? )

Proses pengeraman di tandas tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada Elyn..lombong emas Elyn tidak dapat dihasilkan @.@ ..

Pegi dapur cari fibre drink yg dulu mama beli tahun lepas tetapi tidak terjumpa..dulu minum 4 paket je..tak sanggup oh..melekat kat gigi..dahlah tak sedap =X

Mama came to the rescue..Hari tuh ikut mama pergi Subang Parade..mama beli prune juice kat Cold Storage..mengikut mitos-mitos, prune juice bagus untuk penghadaman dan kecantikan..ah cheh cheh kalau Elyn nampak berseri-seri tu faham-faham je lah =P haha tak leh blah..

Then today keluar dalam surat khabar The Star prune ada kandungan lead yg tinggi..wtf?!

Sunday, October 11, 2009

Spe-sial Untuk Kamo

Entry ni spe-sial untuk keluarga-keluarga Elyn..ni semua family belah ayah..asal Kelantan..wee..!! Gambar2 ni semua dari raya 2009 hari tuh

Time ni abang terus balik Kelantan terus dari Kedah..so semua pakat jumpa kat kampung terus lar..Oleh kerana sudah lama tidak jumpa..APA LAGI CAMWHORE!! =D

Ni ha abang Elyn..Namanya Ahmad Dzariff..fuiyoh ejaan nama tak leh blah..padahal nak menyebutnya zarif jer -.-


Nampak mcm drug addict dhoe..time kurus tangkap gmba so tak achi ar..gmba sebenar..LAGI GEMUK..anda di luar sana jgn tertipu oleh gmba yg terpampang di sini..

Fuiyoo bergambar dgn Liyana Jasmay!! haha bongok seyh..sibok je syok sendiri..tu pakai spek abg..abg pakai spek Tok We (nenek)

GO BARCELONA!! =D MAN U balik je laaa..

Sekarang gambar time raya..Makanan satay tu menjadi hidangan wajib kitaorg tiap2 tahun..satay buat sendiri yea ..dari marinade, mencocok sampai lah membakarnya..tahun ni kitaorang dapat buat 800 batang satay..habis dalam 3 hari..CEPAT TOL!!

Bangla ( Piqy )membakar satay..hahaha muka tak leh blah..bakar satay atau sembelit? lu pikirlah sendiri..dekat lagi muka..DEKAT!! hahaha!!

Haa..baru lah sedap mata memandang.. -.-''

Ini dia satay dalam proses membakar

Kak Emi, Piqy, Meerah dukung Ah Lek ah..

Suka giler gambar nih =) Bejih ngan abg bukan nak pakai baju melayu..caish!

Sape nak buat menantu? mai mai..hahaha..kebaya pario..nasib sarong tak lucut.. -.-''

Kat Tesco beli barang BBQ..jgn memain..pemain bola sepak M'sia tuh =D Bangla punya muka masuk mata jer..bahaha! eh i look fat @.@

Meerah bukan nak pandang camera..shy shy dog la plak

Yana, Meerah, Ilyas, Bangla ..haha Piqy laa

Kalau Kak Ida tgk gmba niiii..Cium terus mulut bija..ahaks! mengancam seyh


Muka kazen-kazen ku yang busuk xP

Ini Ah Lek ah..asal dari perkataan adik..haha ini cinoi campur punya darah..Hazeeque ..panggil ajiq!

Yandi dah bandi? haha ni yani..alele ayu je muka..ni berjuang bersama Elyn ni spm tis year..promote gigi je tau ..ni bakal dentist =D

Aaaaa..hantu jerawat..lariiii!! hahaha ni Meerah

Ni Ihsan..ish muka tak leh posing bagi lagi busuk ker..Tok We pangil cucu ni Hisyam..haha ntah nape ek...?


PICTURE OF THE DAY!
HAHAHA! Pemain bola sepak M'sia tuh..jgn memain..pi balik India la bangla nih..haha

Kazen otak paling mereng xP Bejih..bakal doktor pakar jantung..blaja di India..pernah tolong Elyn get rid of my adik angkat..hehe thanks weyh..

Nur Faraleeana..ni darah separuh cinoi gak ni..adik beradik dgn Ah Lek..

Suka gamba nih!! Semua suka..haha..ish bejih kata elyn muka hantu gigi..bengong! ..bejih tuh hantu gigi besi..haa amik

Haaa eh ni sape plak? bukan saudara Elyn..hee ni dia yang kasi hadiah.. eh dalam tu bukan kopi yea..milo..nanti dia bising plak asyik minum kopi -.-' .

p/s : gambar Yana ngan Sasha tak da..sorry yea..

Saturday, October 10, 2009

Taipan, Kami DATANG!!

Hari ni merupakan hari yg sgt pelik >.< ...patut bangun kol 6.45. Alarm clock telah di set. Tiba-tiba di saat kejadian satu ketukan kencang bagai angin ribut taufan melanda pintu ku..angin taufan? -.- ..berdrama je lebih..huhu..suara mcm aku kenal berkata ' Oi BANGUNLAH!! , kata ada training Taekwondo pagi nih ' ...mana la tak kenal..suara mak aku @.@''

Training start pukul 7.30 BUT jam dah pukul 7.15..!! Alarm clock tak bunyi pun >.< tgk2 alarm clock set pukul 7.45..ish mmg cipan tol. Apa lagi kambing ni terus masuk tandas bersihkan diri..Acheche hari ni first time pakai baju black belt *wink wink* hahah tak leh blah =P

Jalan punya jalan sampai lah sekolah kol 7.50.. Semua dah lari..Elyn sorang la yg lewat hari nih..so as usual kena lari 3 round..nyesal datang lambat. Kalau tak boleh cheat satu round =P

Lepas balik tido je keje =D

Okeyh semalam pegi study group ngan Nena, Fifaa ngan Syazana..wee..!! Study group la sangat..hehe

First stop semua janji nak pegi McD Taipan blaja..Semua sampai and masuk la apa lagi..takkan berdiri depan pintu masuk kot -.-'' ..sampai2 mestilah terus pergi kaunter nak buat2 beli minuman..then mula lah sesi berchatting ngan kakak tu

Kakak : Ye dik nak order apa?
Nena : 2 milo panas 2 milo ais
Kakak : okay..*mengintai tgk kitaorg bawak buku* ..Dik kalau nak blaja kat sini sampai kol 11 je yea sbb kat atas tgh buat renovation and time lunch ramai orang..SENANG CRITE LAIN KALI TAK PAYAH BLAJA KAT MCD

Haih ni yang buat aku menyampah nih..panas je telinga dgr komen tuh..piraaaahh..Lepas amik minuman terus kita org cari satu spot..semua mmg bengang ah time tuh..duduk kat sana lebih kurang 40 minit nak habiskan satu ccup milo >.< then semua gerak KFC..including satu group ni dari sekolah sama..Boleh dikatakan semua student la kakak tu tackle..even uncle rambut putih mintak sedekah pun dia nak halau..pe cer? bengong

then sampai2 KFC ..KOSONG!! yeah~~ blaja tapi setiap 15 minit tukar2 subject..tgk Nena ngan Fifaa blaja pun dah cukup stress..hahaha..blaja sampai kol 1 terus pegi big bookshop sebab nak beli benda yg boleh tulis atas glass bottle and cari gajus..eh gajus? gabus la.. -.- ..bukan gojes -.-'' apa maksud? tanya Nena..haha Elyn pun tak tahu..tak dapat cari gak pegi la Handicraft shop..xda gak..sedyh yang teramat sgt menusuk labu..heh ..kalbuuuu..

Then keluar terus nampak kedai little.black.book ..eh betul ke??..apa lagi sebagai perempuan..kita..SERANG!! =D tak beli pape pun..nyek

Then time nak cari makan semua set nak pegi Strawberry Cafe..tgk2 ramai org..then nak cuba tgk Sate Hj Samsuri..tutup!! ..bahu dah lenguh dah mengangkat beg berat =S ..then nak try Pizza Hut..tp tak jadi..jalan masuk satu lorong nampak Baskin Robbin..takkan makan tgh hari ku eskem..tak jadi jugak..pas tu nampak Pappa Rich..tak jadi jugak..then me plak nak cuba BBQ Chicken..tak jadi jugak..then jalan sampai depan Kayu Nasi Kandar..mamak pun mamak la..semua amik tempat duduk.. hmph..peluh menitik nitik @.@

Sorang aney ni dtg mintak order..mintak makanan cuma me and syazana >.< ..then Fifaa and Ainina pun nak order makanan jugak..Nena cuba untuk menarik perhatian aney tersebut tetapi tidak ada seorang pun yg memandang..hahaha..pastu dapat la panggil satu..aney yg amik order diaorg ni agak blur sikit @.@

Fifaa : Nak nasi goreng cina satu
Aney : Satu? okey okey..pastu berlalu tak kisah Nena
Nena : Char Kwey Teow. char kwey teow, char kwey teow..CHAR KWEY TEOW!! OI!
Aney : Ha? Kwey Teow?
Nena : Char kwey teow
Aney : Kwey teow?
Nena : Char kwey teow
Aney : Kwey teow
Nena : Haa ye ye

HAHAHAHA!! lawak giler!! =D

After makan nampak kedai MADONNA..masuk lah jap..Then ada satu cermin besar ni..Nena ingat satu ruangan lagi..so dia nak try masuk..ahahahahaha!! Nena Nena..gagaga..ada satu beg ni lawa tapi harga dia pun lawa laaaa ..RM 138..Elyn berpeluang untuk merabanya sahaja la..amik bau pun tak dapat -.-''

After tat Nena and me nak masuk butik Amour..tapi terlupa mana tempat..tgk2 keluar dari kedai Madonna opposite tu je kedai dia ..apa daaa...

End up me and Nena beli baju sama style and belt lebih kurang..kesian Nena tapi thank you so much!! =D first time budak nih pakai belt yea..jakuns!! Nena dare pakai baju tu kalau keluar ngan Iqhwan..ngeh nape tak berani plak..tgk ah kalau ada peluang keluar sure pakai =) siap tgkp gmba lg..sorang2 kot =P

p/s : Mcm shopping tour around Taipan plak..hihi

Friday, October 9, 2009

Bila Beruang Bertindak



Cuba buat kat nenek ngan atuk..berdebar habis lah..hahaha

p/s : sakit perut sangat :'( ...xnak mkn ubat... T.T

Thursday, October 8, 2009

Nad's Graduation

CONGRATS TO NADJWA!!

Elyn tumpang gembira for u my dear cousin..sekarang dah boleh digelar fashion designer la yea..acheche..jgn lupa design baju for me =D






p/s : Nad u tak payah jadi fashion designer..jadi model je terus.. =) ..congrats again!! tralalala~~

Elyn nak jadi apa pun tatau lagi..hadoi mak...

Macam-macam Ragam Kelas Agama

Kes 1
Elyn : Ustazah!! Biasanya malaikat cabut nyawa melalui mana?
Ustazah : Dari kepala..itu pasal bila kitaorang tengok mata orang nak meninggal mata putih saja boleh nampak ..dia ikut roh tu.. i will follow you la katakan -.-''
Syazana : Tapi ustazah dulu bila saya pergi tengok orang nak meninggal, tengok-tengok mata dia dah tutup..mcm mana nak tgk?
'Ustazah' Elyn : Bukak la mata dia balik..main chak chak ngan dia..hahaha xP

Kes 2
Farhana : Ustazah..orang kata masa perkahwinan kita tak boleh bersanding eh?
Ustazah : Iya sebab dia mempromotekan pengantin kepada semua..mcm xbaik mcm tu lah
Adam : Ala ustazah tak best la kalau macam tu..xhappening
Abu : Ala Adam ..kau ni..xda hal punya la..kau bersanding je..asalkan jgn kasi ustazah tahu semua beres -.-''
Madihah : Habis tuh gmba ustazah dalam buku agama tgh bersanding tu apa? haaa..KANTOI
Ustazah : *tersipu-sipu malu* eh tu ustazah bersanding dlm bilik..xtunjuk depan org lain...
Madihah : Aik ustazah cakap tu bukan ustazah..HAAA!! habislah pecah rahsia ustazah!!
Semua : Woooooooooooo~~ ustazah..haha elelelelele memalu plak
Ustazah : Eh kamu semua tak boleh tuduh2 ustazah..kamu semua kena tengok dulu betul tak suami ustazah tu muka sama..ish ish ish kamu nih..

p/s: haih ustazah ni..nampak sgt tu muka ustazah ..nak tipu hbs mmg tak ah..chewah sempat jugak nak mempromotekan gmba perkahwinan kat text book

wahai semua kalau nak tengok gmba ustazah usj 13 ada kat Buku Teks Ting 5 Pendidikan Islam m/s 96..hehehe habislah ustazah..tu la buli saya lagi tiap kali kelas agama >.<

Kes 3
Soalan struktur ada menunjukkan 2 jenis Insurans
Satu insurans am..satu lagi?
Adam : Ustazah ..insurans satu tu insurans am lagi satu tu apa?
Ustazah : Kamu rasa apa? cuba kamu fikir..
Adam : Khas
Semua : HAHAHA!! Nyawa la ngok

p/s : okay~~ that was a little bit lame =.=''

He wished me good night.. =D gembira sangat..dah lama...ada dekat nak seminggu ..huhu T.T

k tatau mau membebel apa dah..dah ngantok..tido time..nitez.

Tuesday, October 6, 2009

BEGOKS!!

JANGAN PUJUK ELYN! ..I'll cry :'( ..Tze Hao ah..u almost made me cry during chemistry tuition.. T.T

Yang budak tu sorang lagi..dulu kau bukan main mencarut gila babi kat aku..sekarang nak minta maaf plak plus mintak jd adik angkat balik..BLAH LAH!! Tak kuasa aku nak jadi kakak angkat kau..pegi angkat kabinet kasut kat rumah tu la..nak angkat sgt kan.. dasar cipan tol..pegi balik kat saudara kau tu tapir a/l tenggiling..bangang!

p/s: bukan elyn tak maafkan..cuma menyampah..kalau nak rasa diri dihormati, hormat orang lain dulu..ngerti ngak kamo?

Sunday, October 4, 2009

Rumah Buat FREE SHOW! Open House daaa..

Hari ini, ini istana banyak sibok lo..Permaisuri pergi ke pasar untuk beli barang-barang dapur. Kuli bangun pukul 9 lebih. Permaisuri balik dari pasar terus jerit-jerit 'OI BANGUNLA!!'

Oleh kerana gentar mendengar suara yang tidak kurang miripnya dengan *toooot tooooooot* kuli ni terus berdiri tegak dari katil. Terhuyung-hayang badan nak balance >.< Raja cakap ini hari family kita akan datang berpartay di istana beliau..eh baginda -.-' sebelum pergi open house Kak Lisa.

Macaroni beli sampai 3 bungkus. Kuli ni meleleh-leleh air liur basi tak masuk tandas bersihkan diri dah kena turun bawah untuk tolong masak. Hari ni Raja menjadi Chef In The Kitchen..Raja cuba mensabotaj open house Kak Lisa dengan memberi makan kenyang kepada semua family yang hadir berkumpul..

Lebih kurang jam 4 semua konvoi 5 kereta serbu ke puchong..kat mana ntah..Puchong Prima Perdana ka?..Ntah memory low la doink. @.@

Landscaping dia banyak lawa..sana itu pun ada tempat menadah air hujan. eh orang panggil swimming pool >.<

eh malas dah nak membebel..mari kita tunjuk gambar plak..
NOTE : perhatikan orang semakin bertambah dlm gmba..eh nyibok aje..

Memperkenalkan Bangla asal Bangladesh..peminat setia Liyana Jasmay nih *wink wink* haha tak pasal2 xP

First time gambar yani tidak memenuhkan gambar..ngehe..elyn plak yang penuhkan..bangla tersebut tetap ingin bergmba bersama -.-'

Drugger yang sesat di blakang lalu-lalang time orang sedang men-snap gmba..ish 0_0

Jurugambar baru sahaja melepaskan gas berbau menyebabkan effect berangin di sana..semua tersenyum kambing..cheeseeee =D

p/s : Ini bukan iklan rambut sunsilk mahupun iklan potong rambut kedai murugan..diingatkan sekali lagi..BUKAN!! =.=''

Best gile kot hari ni!! =D

Saturday, October 3, 2009

Benda tu haa, yg nampak mcm bersenyum..

Luar kelihatan indah tapi dalam siapa yang tahu...mak ai jiwang beno ayat

Elyn bab-bab bersedekah ni senang ajea. Cakap la nak apa ..pelempang? penyepak? penumbuk? elyn berbesar hati untuk memberi. Kadang-kadang tak perlu diminta pun akan ku hinggapkan pada sesiapa yang elyn sayangi..hehhh =D ..

Tapi bila sampai soal senyuman =)) ...susah untuk elyn fake kan senyuman. Kenapa korang semua boleh differentiate bila diri ini benar-benar tidak happy walaupun elyn senyum bukan main lebar. Hancurs harapanku untuk menjadi aktres dan memenangi pingat dari Granny Awards...eh eh nenek-nenek jugak yg memvote..terharu I..ngeh ngeh

Menatang-menatang ni :-
. =) . =D . =] . xD . xP .

text message elyn penuh dengan menatang nih...nampak je tersenyum banyak..tapi semua tatau yang sebenarnya elyn tak happy...nyeh but most of the time when i put these emoticons, im happy.

mood : frust nonggeng..( bagus untuk kecikkan bontot sekali -.-' ) macam mana nak pujuk orang..someone tolong ajar T.T elyn kebuntuan ...


..RINDU MAKHLUKKU YANG BERBULU..


Belle. Kucing paling manja antara semua..tapi kuat berbau kucing -.-'
Tabby. My other half. Dianggap sebagai jantan oleh Leo
Leo/Baby. Perogol bersiri. Gambar mangsanya tidak dapat disiarkan (padan muka!! aku xda gmba kau pun..namanya Ciko..kalau ada pun takkan aku post muka kau yang berbulu)

Untuk pengetahuan semua, Ciko ini suka sangat kencing tepi dinding. Ntah tua ke apa tak reti kencing dalam litter box terus pancut kat tepi dinding. Dahla I jugak yang kena basuh. Sebelum ni semua dalam rumah ingat Tabby kesayanganku yang menjadi dalang dalam semua kekencingans tapi satu hari penjenayah yang sebenar terkantoi oleh tuannya..muahohoho..APA LAGI KITA JENTIK SAMA DIA!! lepas kena jentik menggeletar mcm kena penyakit parkinson. Amik kau..siot tak pasal-pasal Tabby yang kena tanggung semua kesalahan kau..uish dengan kucing pun nak berdendam...masih dalam bulan raya..maaf zahir dan batin =D

p/s : miss you..nak call utk dgr suara tapi tatau mau ckp apa ='(



Friday, October 2, 2009

chak chak..heeee lama tak bukak blog..kerinduan~~

post untuk raya kita tangguhkan dulu yea..nyek

Pada suatu hari...aish straight to the point saja la..*jeng jeng*..kawan buat surprise b'day party..ngek.. Kata-kata ucapan yang tidak sempat ku ungkapkan pada saat sambutan tersebut
'Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang bekerjasama untuk menjayakan projek ini..Saya tidak mahu bercakap banyak cuma satu benda sahaja saya ingin bertanya..ASAL TAK BELI KEK DR SECRET RECIPE?!?! bahahaha =P mengong..kidding guys..neway thank you!! =D sedap giler kot sandwich syazana..paling top punya la..

Kak pah lahir 3 September..akak ni brutal sikit orangnya =D
Fiona lahir 29 September..ketua kelas yg paling baik punya lah
Me plak..dilahirkan 10 September..saat2 di mana kelahiran ku ditunggu2 orang ramai..fewitt xP

k tatau mau merepek ape da..leka ngan fb terus hilang idea..tata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...