azlyn kata

.

Sunday, September 11, 2011

mungkin bukan yang terbaik, tapi Alhamdulillah

Macam biasa, bila masuk mendaftar universiti, mama papa cuma hantar aku untuk mendaftar dan lepas tu balik terus. Mata aku melilak melihat semua mak bapak yang lain tunggu nak unpack barang anak-anak, nak sapu sana sini, nak kasi anak makan, nak menyusu anak, eh. Agak sayu di situ, lagi sayu bila perut aku berkeroncong, dan masa balik dari beli makanan ada satu family tengah lahap kfc. Lepas tu mata aku terus pandang air mineral satu, dengan satu bilis bun kat tangan. Hati kecil berbisik tak pelah, mungkin rezeki orang belanja nanti. Sabar itu separuh dari iman. Separuh sahaja.

Matang mungkin? Perkataan macam 'entahlah', 'tak tahu' , 'apa-apa je lah', tiada lagi dalam kamus hidup. well, maybe sometimes. Lagi-lagi kalau ada orang offer between ferrero rocher, twix or kinder bueno. A big TAK TAHU for that. nak semua boleh? teehee.

Mawar, indah namanya, nama kolej wa. Tapi lu jangan tertipu. Tak seindah mana, macam kubur versi up sikit. Tiada kerisauan untuk dikejar anjing, tapi ada kerisauan untuk dikejar kucing. Kena kejar kucing pagi tadi. Sebab tengah mamai, jadi traumanya lebih sedikit. sampai hati -____-

but sure thing, i miss this

 katil sini 2 kali ganda tebal, meja belajar 2 kali ganda besar, ada drawer yang boleh kunci

 locker yang 2 kali ganda lebih besar, and locker yang ada CERMIN
setiap rumah ada tandas besar, dalam ada tiga sub tandas

Banding dengan uitm yang kasi 8 tandas untuk mandi je. Berapa orang wey dlm uitm tu. macam boleh kira dengan jari eh? BUATLAH BANYAK SIKIT TOILET. and make it lagi luas. Nak syampu rambut pun tangan dok berlaga-laga dengan dinding -.-

Tapi aku beringat, niat sebenar ke sini adalah untuk menimba ilmu. Sabar sahaja. Kolej Teratai, wait for me bebeh. I'll secure one place for me untuk next sem sampailah aku tamat pengajian. mark my words~ rawr!

Sebelum masuk universiti, banyak hajat ang aku dah tanam. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Kawan-kawan, marilah berdoa untuk aku. eh, marilah berdoa untuk semua. Sama-sama kita berdoa :)

Penat orientasi tak hilang, semuanya buat mood hilang. but well, benda yang paling best bila masa berkumpul and buat group cheer

kolej perindu, paling suka kolej ini. kahkahkah
kolej jati
kolej melati
koleh melati + kolej jati
kolej mawar

kolej delima, anggerik, meranti tarak. hahaha. sory wa malas upload

Homai, bersepah sangat post ni but then i still wanna update. tak ada masa dah. im off to uitm now. sob sob

p/s: uitm shah alam sangat bagus dalam menanam rasa homesick student terhadap rumah





3 comments:

bG said...

haha. goodluck yea. nnt nak setting futsal ngn dak uitm shah alam la. haha

bG said...

haha. goodluck yea. nnt nak setting futsal ngn dak uitm shah alam la. haha

nur azlyn said...

bawak aku kuar skali. nak kfccccc. hekhek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...