azlyn kata

.

Tuesday, February 22, 2011

10.10.10

Hari UlangtahunPengisytiharaan Bandaraya Shah Alam tak silap aku. Okay, tak penting pun. Keesokan hari dari tarikh ni, aku jalan macam orang yang disunat selepas disunat. Sakit dia tak menahan. Macam mana aku tahu? sebab aku sunat dua kali. Ok tak, nampak sangat nipunya. Selangor Shine Extreme Challenge. Aku join benda alah ni.

Hotak mung jumlah jarak perlumbaan hampir 20 km. 32km kutttttttt! Tapi team aku lari lebih kurang 28km je kut. Mainly road running, mind challenge, orienteering, swimming, wall climbing and water crafting. Masa diberi hanya 4 jam sahaja. Gila apa.

Start warm up dengan nenek-nenek dan abang gay yang menari depan pentas. Peluh habis ke sana. sangat hampeh. Sempat berkenalan dengan pak cik iron man. Peminat tegar adventure race. Segala bag, segala phone, segala dompet tumpang dalam kereta dia. Abang ni sangat baik dan best. Aku panggil dia pakcik, tapi dia bahasakan diri abang. Tapi aku tetap panggil dia pakcik.



Sehelai sepinggang berbekalkan sebotol air 100 plus dengan air masak, lari keliling Shah Alam bernomborkan 019 depan baju. Sangat lah cool. Lari-lari tepi jalan orang mintak nombor celcom. Babi betul. Start dengan mind challenge. Mind challenge la sangat ye idok, isi tempat kosong jeeeee. Well, lepasan baru spm, mestilah otak cekap lagi. We're first to go. wink wink ;)

Kami lari, lari, lari, lari dan lari lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi. Okay cukup dah lari, semput. Sampai pitstop, kena lari lagi keliling tasik Shah Alam. 3 pusingan. Boleh bayangkan? Budak sports and recreation dari politeknik sabak bernam banyak yang join, banyak yang tarik diri jugak lepas satu pusingan. Apa barang. Dalam pusingan ke-2, Ana bising nak kencing, dan dan tengah lalu kawasan orang banyak memancing, maka terlihatlah seorang budak kecil lelaki mengencing pokok. Aku tersenyum pandang Ana. Oh, bukan senyum sebab tuh. Senyum sebab bila memberi pendapat kepada Ana, aku kena ' BONGOKKKKKKKK! '. hahahaha. Tak dapat aku banyangkan Ana mengencing pokok. Pusingan kedua, team yang ketiga tengah leading untuk kategori perempuan. Sampai pusingan 3 je dah jadi yang team yang ke-7. cilaka! Banyak yang naik kereta dengan motor. Oh lupa, terserempak dengan ayah Ana yang meronggeng naik motor, siap nak tumpangkan we ols tau. Tapi kami main jujur, diaorang main selangor extreme shine challenge . hungh.

Orienteering cari kedai sekeliling seksyen 9 Shah Alam. Tak ke best, orang subang yang boleh sesat kat subang nak cari kedai-kedai kat seksyen 9 yang tak pernah jejak pun kaki. But yeah, im still here typing, hidup lagi ah tuh. Hebat ah azlyn, fuiyoh.

Kami lari dan lari dan lari dan lari dan lari lagi lagi lagi lagi lagi lagi. Sampai ke Pusat Akuatik Shah Alam. Main terjah masuk kolam. Kaki cramp pun masuk saja. Crew kat sana teramat sangat lah bangang, bongok, bahalul, kelabu, asap, tongang, toyol. oh, dan buncit. Benci. Oh, kat sini lah kami berkenalan dengan abang-abang politeknik Sabak Bernam. Aku cuma ingat nama seorang, Ijat. Okay, keluar swimming pool dengan baju melencun dengar air. We keep on running bebeh.

Kami lari dan lari dan lari dan lari dan lari lagi lagi lagi lagi lagi lagi. Eh, udah-udah ler lari tu, jalan pulak. Ana tertinggal kat belakang. Budak politeknik Sabak Bernam jauh ke depan. Diaorang pitstop di tempat yang tak patut. Abang jual gorang pisang, karipap, air..erm apa lagi ah? Ah tak kisah semua itu. Aku dapat mengepau satu karipap. Nikmat dia, tak terkata. Lapar dengan haus, perasaan marah berbaur-baur nak balik terus jadi bahagia. Kelibat Ana dah mula kelihatan. Dia pun dapat satu. hikhik. Hampir kena langgar dengan kereta time nak gerak meneruskan perjalanan bersama. Orang jerit, aku terpaku. Haih azlyn, dah besar kan, take care of yourself. Trauma sebentar. Budak Sabak Bernam sangat gentlemen, dari hujung datang ke aku untuk pimpin sebelah cross jalan lepas kejadian tu. Oh, bukan mengambil kesempatan ye. Terharu yawwww. hik hik.

Masa dah tamat. Jam dah pukul 1 tengah hari. Dah disqualified. Tapi tetap meneruskan perjalanan, semata-mata nak menghabiskan apa yang dah dimulakan. Oh btw, team perempuan satu je yang sampai garisan penamat. Next stop , Xtreme Park Shah Alam. Wall climbing. Kali ni tak panjat dinding yang aku biasa panjat. Walaupun dah berakhir, panjat jugak, bukan selalu turun Xtreme Park ni. Jam dah tunjuk pukul 3. Semua give up. Jawa, salah satu crew pun dah cakap tak payah teruskan. Tak berpeluang nak berwatercrafting :(

Tumpang lori yang boleh menggegarkan otak keluar. Tapi best. Bergambar dengan budak-budak politeknik tadi. Sampai Dataran Shah Alam, dibelanja abang iron man kepsi, tapi tak dapat cheesy wedges. sob sob. Habis makan terus balik. Nombor abang iron man ada, dia dapat tempat ketiga, nombor budak sabak bernam tak dapat. cis! hahahaha.

But overall, it was a fun adventure, first time, and akan pastikan not the last time. This year nak join lagi. teeheehee.






p/s: abang iron man ada buat bisnes sewa basikal dekat putrajaya. Cycle around Putrajaya. Pagi, siang, malam pun boleh. RM15 for 3 hours tak silap. Pamphlet ada kat rumah, so, nombor pun kat rumah la .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...