azlyn kata

.

Monday, December 28, 2009

2 Toyol + 1 Anak Dara Sopan Santun = ?

AWAS!
Dalam rumah aku sekarang kelihatan 2 ekor toyol bergerak sana sini dalam rumah aku. Yang peliknya mereka tidak mencuri duit tetapi makanan dalam rumah aku. Barangkali mereka kebuluran di dunia mereka. Siapa punya kerja la tak kasi makan kat toyol-toyol nih. -.-'

ITU HANYA GURAUAN

Hari ni niece dan nephew aku datang ke rumah bersama nenek mereka. Kira aunty aku la tu. Dulu aku memang anti dua anak buah aku ni. Mana tak nya. Dari kecil mereka dibesarkan oleh nenek mereka. Ibu mereka tidak berapa mampu untuk menjaga. Mungkin sebab mereka terlalu dimanjakan perangai mereka.....*tidak terkata* ..nakal ya ampunnnnnnnn @.@

Yang perempuan semua panggil kakak. Yang lelaki pula kami panggil dia adik. Yang kakak ni kalau time dia gelak malam-malam silap-silap lari satu kampung ingat pontianak mana la mengilai. Tinggi sungguh. Kalau resonance berlaku, memang pecah lah gelas kat dapur. Yang adik nya pulak perwatakannya agak lembut tapi nakal. Sangat annoying.

Mana tak nakal. Aku ingat dulu dia datang ke rumah. Lepas makan chewing gum sedap dia sapukan sambil tarik atas sofa warna kuning. Memang syok habis bapak aku tengok. Teruja dia >0<
Time balik kampung pulak cousin berempat duduk kat tempat televisyen. Dalam bilik ada satu remote control, empat cousin dan ...2 toyol . >.< Remote control Astro didominasi oleh si adik. Semua cousin suruh aku rampas remote dari dia. Aku jenis yang garang dengan budak-budak. Dulu aku tak mcm tu. Kalau baby datang ke rumah bukan main lagi aku volunteer nak dukung, tapi dengan diaorang ni lain sikit pendekatan. Aku tak beri muka. Time nak merampas remote memang aku bengang dengan adik ni walaupun dia masih kecil sebab kerja dia tengok kartun je. Aku tak kisah dia demam tak demam. Hari tu aku buat dia sampai menangis. Bertuah tak bertuah dia dapat aunty mcm nih? kejam sungguh aku bila fikir balik T_T

Sekarang mereka dah lain. Masing-masing dah besar. Yang kakak nak masuk Darjah 4 tapi badan dia sekeping sangat. Mulut dia tak boleh berhenti bercakap. Aku tension time di meja makan. Aku duduk di sebelah dia. Yang adik pulak pantang mendapat pujian. Dia makan sayur. Mak aku puji dia suka makan sayur. Dia dah habis makan sayur dia mintak lagi. Mak aku puji lagi. Tersenyum lebar dia. Yang kakak melihat pun jealous. Mintak merasa. Agak-agak nak minta dipuji jugak >.< . Mak aku kutuk aku di depan mereka >.< Aku malas makan sayur dan buah. Kalau orang tak kupaskan memang aku tak makan. Adik dan kakak yang mendengar komen ini dari mak aku memberi respons ' HAAAA! kenapa malas? tak baik tau!'

Aku dalam hati 'amboi~~ sedapnya kasi komen' . Aku menjawab ' Shoosh! senyap. Bising! orang nak minum air pun tak aman..Shhhhh!' . Cuba kalau aku capai sayur di meja makan tadi mungkin akan mendapat pujian juga. Happy tak terhingga -.-' Kepala otak lu.

Tadi bukan main aku melayan kerenah mereka. Mak aku yang suruh. Kalau tak jangan harap. Masing-masing nak makan roti. Aku bakarkan untuk mereka. Yang adik ni nak cheese aku bubuhkan untuk mereka. Yang kakak nak jem, aku ambilkan untuk dia. Yang adik nak kaya, aku amikkan untuk dia. Yang adik ni tengok kakak dia lipat roti dia pun suruh aku lipatkan roti untuk mereka. Sheesh macam tak boleh nak lipat sendiri -.-

Hari ni aku lain. Aku tak melenting dengan diaoranng. Aku layan diaorang dengan sabar. Kali ni dengan ikhlas aku gembira jaga mereka =)

Petang ni , aku merasai perasaan orang nak pengsan. Selepas exercise aku turun ke dapur untuk tolong memasak. Tengah menggoreng daging di dapur tiba-tiba perut aku rasa tak sedap. Badan aku rasa lesu. Peluh keluar banyak. Penglihatan jadi kelabu. Semua benda nampak cerah. Putih sangat. Diri aku tak stabil. Suara orang hampir tidak kedengaran. Mungkin aku kekurangan gula. Terus aku bawa diri ke peti ais. Nasib baik dekat. Coke dalam tin aku capai. Nasib baik aku ada tenaga nak bukak kepala tin -.- . Lepas aku minum, aku duduk. Penglihatan makin teruk. Pendengaran juga. Mak aku cakap tu tanda nak pengsan. Perasaan dia..sangat dahsyat. Mungkin aku stres kebelakangan ni. Sangat stress. Aku berblog ni pun dalam keadaan yang tidak sihat. Perut aku terasa amat sakit. Azlyn yang bangun pada hari ni..eh tidak..dari dua minggu lepas..bukan Azlyn yang dulu. Azlyn dah lain. Banyak sangat masalah. Hari ni aku off phone. Tidak mahu gangguan dari mana-mana pihak. Yang tidak dpt contact aku minta maaf sangat-sangat. Im not okay. Kebelakangan ni senyuman yang aku beri bukan senyuman yang tulen. Susah sangat. Minta maaf. Salam.

2 comments:

Anonymous said...

lyn mak toyol nye . muahahah :DD

nur azlyn said...

haha kepala otak hang ;D ni anak dara sopan satun okayyyy~~ lama2 bertukar jadi pontianak alamatnya disebabkan toyol2 @.@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...