azlyn kata

.

Saturday, December 17, 2011

He Needs Our Prayers

A friend of mine, Muhammad Izzat, kena sawan, sekarang koma, dekat PPUM
dari wad ICU dah dipindahkan ke wad neuro science
still bergantung 100% pada life support
doctor kata 50-50

walaupun aku bukan kawan yang rapat
kenal macam-macam tu saja
still, tak sanggup aku tengok kawan sendiri macam ni
will be visiting you tomorrow after test, InsyaAllah
get well soon Ijat!
semua orang tengah tunggu kau bangun

homaiiii, i hate hospitals :/


[ pic diambil dari rakan from fb ]

p/s: marilah kita doa sama-sama. kita tak tahu bila masa kita pulak akan datang. #notetoself



Tuesday, November 15, 2011

bawang merah bawang putih

sayang dan baby
dua-dua pun jantan
comeyl gilewww namew dia. hewhewhew
maybe i should consider buying tortoise as a pet too kan?
and name them bawang merah and bawang putih
ala, alaaaaaa, yang dari sinetron indonesia tu
yang banyak kali zoom in zoom out zoom in zoom out muka diaorang 
jadah haram nak suruh viewers cari jerawat diaorang
here;




MESTI RAMAI NAK BELA KAN ? LAGI-LAGI LELAKI. MENCIKK TAU !









my dream tortoise. tortoise bawang. coolness. hahaha. jangan gaduh-gaduh okay korang dua.
don't worry, i won't zoom in and zoom out your faces like they did. muah muah.

p/s: haiiiiii semorang. hikhek, lama tak jenguk sini

Sunday, October 16, 2011

wa boleh mimpi indah malam ini

sebab...



keh keh keh.



p/s: minta maaf kalau blog ni dah jadi tempat untuk menempek gambar saja. somehow, dah tak ada buah fikiran untuk mengupdate benda yg boleh menarik perhatian. wuwu. bila ada masa, i'll try to update okay :)

Wednesday, October 5, 2011

this is why 'engineers' are so special

hang tengok nilai perintang dia, sampai kilo hang tau. power supply aku pun tak sampai 12V pun. boleh capai 1V pun dah syukurrrrr.

tiap-tiap hari kalau menghadap circuit analysis boleh muntah. menghadap calculus, kitew sukew angat angat.


p/s: tahyul semua ini

Sunday, September 25, 2011

bulan syawal

lemme share this with you. a short one. family belah ayah ni ha :)





and there goes one scene, makan maggi masa last day puasa. hahaha. ah lek so comel. budak kecik ni, kalau boleh, megi mee tu dia tarik setinggi-tinggi yang mungkin, sampai masuk-masuk lubang hidung -..-

p/s: video sepatutnya clear gila tapi sini quality video teruk sangat pasai pa pun cheq tak tau. tengok je naaaa. jangan banyak bunyik

Wednesday, September 14, 2011


p/s: kau, mungkinkah kau bermimpi, punyai bidadari





common sense not so common

treat it as working in a garden
walk pass slowly as you smell the fragrance
but don't walk too slow that you get stung by a bee
fast learner may take less time to master
but they always make the silliest mistake
they may only need one hour to understand
if you need three hours, then be it
different people have their own journey

- prof madya dr ngah ramzi hamzah -

p/s: i'm gonna create my own journey soon. insyaAllah :)

Monday, September 12, 2011

agak nightmare







hahahaha, yang ni aku tak tahan nak gelak. 

aku ada atuk nenek yang masih boleh drive, sorang umur 68, lagi sorang umur 78. bawak 120km/h. hehe. kau hado? hek hek.  
aku ada atuk nenek yang reti guna internet. windows live messenger tu tak payah cakap la. nudge nudge orang tu memang pro. kau hado? hek hek. 
aku ada atuk nenek yang tak main suratkhabar-suratkhabar ni. baca news online. kau hado? hek hek
aku ada atuk nenek yang reti guna webcam dengan anak-anak. kau hado? hek hek


p/s: terus hide wall, wakaka

Sunday, September 11, 2011

mungkin bukan yang terbaik, tapi Alhamdulillah

Macam biasa, bila masuk mendaftar universiti, mama papa cuma hantar aku untuk mendaftar dan lepas tu balik terus. Mata aku melilak melihat semua mak bapak yang lain tunggu nak unpack barang anak-anak, nak sapu sana sini, nak kasi anak makan, nak menyusu anak, eh. Agak sayu di situ, lagi sayu bila perut aku berkeroncong, dan masa balik dari beli makanan ada satu family tengah lahap kfc. Lepas tu mata aku terus pandang air mineral satu, dengan satu bilis bun kat tangan. Hati kecil berbisik tak pelah, mungkin rezeki orang belanja nanti. Sabar itu separuh dari iman. Separuh sahaja.

Matang mungkin? Perkataan macam 'entahlah', 'tak tahu' , 'apa-apa je lah', tiada lagi dalam kamus hidup. well, maybe sometimes. Lagi-lagi kalau ada orang offer between ferrero rocher, twix or kinder bueno. A big TAK TAHU for that. nak semua boleh? teehee.

Mawar, indah namanya, nama kolej wa. Tapi lu jangan tertipu. Tak seindah mana, macam kubur versi up sikit. Tiada kerisauan untuk dikejar anjing, tapi ada kerisauan untuk dikejar kucing. Kena kejar kucing pagi tadi. Sebab tengah mamai, jadi traumanya lebih sedikit. sampai hati -____-

but sure thing, i miss this

 katil sini 2 kali ganda tebal, meja belajar 2 kali ganda besar, ada drawer yang boleh kunci

 locker yang 2 kali ganda lebih besar, and locker yang ada CERMIN
setiap rumah ada tandas besar, dalam ada tiga sub tandas

Banding dengan uitm yang kasi 8 tandas untuk mandi je. Berapa orang wey dlm uitm tu. macam boleh kira dengan jari eh? BUATLAH BANYAK SIKIT TOILET. and make it lagi luas. Nak syampu rambut pun tangan dok berlaga-laga dengan dinding -.-

Tapi aku beringat, niat sebenar ke sini adalah untuk menimba ilmu. Sabar sahaja. Kolej Teratai, wait for me bebeh. I'll secure one place for me untuk next sem sampailah aku tamat pengajian. mark my words~ rawr!

Sebelum masuk universiti, banyak hajat ang aku dah tanam. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Kawan-kawan, marilah berdoa untuk aku. eh, marilah berdoa untuk semua. Sama-sama kita berdoa :)

Penat orientasi tak hilang, semuanya buat mood hilang. but well, benda yang paling best bila masa berkumpul and buat group cheer

kolej perindu, paling suka kolej ini. kahkahkah
kolej jati
kolej melati
koleh melati + kolej jati
kolej mawar

kolej delima, anggerik, meranti tarak. hahaha. sory wa malas upload

Homai, bersepah sangat post ni but then i still wanna update. tak ada masa dah. im off to uitm now. sob sob

p/s: uitm shah alam sangat bagus dalam menanam rasa homesick student terhadap rumah





tali pusat putus


Terima kasih, walaupun bukan yang terbaik, tapi syukur, panjang juga umurku. Alhamdulillah. Thank you mama papa sebab buat adik. errr errr..


Semalam satu dewan nyanyi lagu happy birthday, terharu. hikhek, tapi untuk abang fasi. Ambil tempias sikit pun jadilah sebab tahun ni tak dengar lagi orang nyanyikan. haha

Jarang sekali aku menyambut, jarang juga aku meniup lilin. Itu yang membuat aku rasa diri masih muda. kehkehkeh. Tapi tahun ni, bila balik rumah buka peti ais, ada kek dalam kotak :) malam ni kut potong. hewhewhew

Aku tak berpeluang untuk guna maxis free call. Tak menyempat, sebab jadual penuh orientasi. haih, dpt call dua ciput tiga ciput je. Celcom, aku tidak tahu number siapa untuk dimasukkan dalam 8pax. But definitely, aku nak juga gayut dengan kawan-kawan.  Sila ehem request ehem jika mahu orang hot ehem call ehem.

THANK YOU KORANG :)

p/s: terkejut beruk tengok terima sms dari papa. wish, 'happy birthday. jangan lupa belajar' . ayat akhir tu penting tu -_- 



Thursday, August 4, 2011

mesra-mesra di bulan ramadhan

mak cik, jual murah boleh

tak boleh lah dik

boleh lah mak cik, saya masih student, tak ada duit

maaf dik, mak cik makan gaji je

saya pulak tiap-tiap hari makan nasi kat rumah mak cik, boleh lah, boleh lah *hulur duit*

tak boleh dik, mak cik minta maaffff sangat, jangan marah ye dik

tak pe mak cik, saya tak marah kat luar, saya marah kat sini je. hehe *ambil tangan mak cik letak di dada aku*

eh, jangan lah macam tu




p/s: memang tak aku nak amik tangan makcik tu. tanak kasi murah kan. hahaha. sebak dada pegang kad atm nak keluarkan duit. sekian lama.

Wednesday, August 3, 2011

Besarnya dugaan berpuasa

 

dan aku lebih suka popiah basah bertemankan air tembikai laici. kekeke






p/s: a year has passed, and i'm doing well, very well indeed :)

Monday, August 1, 2011

a short one

Ikutkan hati nak wish sekor-sekor depan-depan. Tapi tak mampu sebab tak ada credit. Internet semalam pun separuh jalan. Okay tipu sunat, semalam ada internet tapi sibuk layan mamat korea. Ramai sibuk minta maaf semalam. Facebook mahupun twitter. myspace? neahhhh .Pada aku, tak cool minta maaf melalui alam siber. Tapi kadang-kadang best juga. Aku bilang begitu sebab pagi raya nanti teringin update status berbunyi begini.

SHR, MZB

Malas tak malas menaip sebegitu rupa. Ingin aku tunggu Syawal namanya. Bersalam-salaman dengan makhluk bergelar manusia. Tak juga lupa kepada dino. Banyak dosa aku buat pada ia. Aku berbicara pasal syawal, tidak bermaksud aku tidak menghargai Ramadhan.

Dan sebenarnya aku ingin menaip selamat menyambut ramadhan al mubarak, tapi tertaip panjang pula entri ini.

so here i am, wishing semua, selamat menyambut puasa :)

Friday, July 29, 2011

safee sali, godzilla saya

'one good thing about football is everybody knows how to critic.' 
eh, terasa. 

mama banyak mengomel, mengkritik, memainkan peranan lebih dari coach. cuba masuk padang tunjuk sikit macam mana cara mainnya. orang makan keropok pun boleh tersedak tahi hidung. pelik, tak aman.

aku bukan peminat bola, tapi peminat jersi bola. heuheuheu. raya ni balik kelantan so boleh serbu wakaf che yeh. hehe. yang minat bola sekalian, jersi apa yang lawa. ce rekemen ce rekemen.  jersi yang jarang dipakai orang.

p/s: tringin pergi stadium tengok match sambil bunyikan hon yang motor putu mayam selalu picit.

Tuesday, July 26, 2011

kan dah kena


note: not for long. orang yang jarang kecil hati, bila dia dah kecil hati, parah kau tahu. tapi ada juga spesies yang asyik sikit-sikit nak kecil hati manjang, tu memang nak sepak terajang.

bulan ni, bulan pengecilan hati. aku banyak terasa dengan kawan-kawan baru-baru ni. tapi kita sama-sama manusia. masing-masing ada masalah masing-masing kan. i comprehend. so, don't worry. aku merajuk tak lama. korang kenal kan aku macam mana. so, chill out. i'm okay, just that bulan ni, i've been through a lot of hard time. sangat. tolong faham. be mild dengan perkataan yang dikeluarkan dari mulut. kita saling maaf-memaafkan ye :)

saja je nak testing. lawak jugak tengok kawan cuak. hahahahahha. okay, no. gurau. but yeah, let me have my last laugh. HAHAHAHAHAHAHAHA. ha, geram tahu.

p/s: dah ada baju raya. warna kuning kehijauan. lelaki di luar sana, beli warna lebih kurang tau tau tau. nanti bila jumpa boleh cakap dialog ni, ' eh, shamew kalew, ada jodoh la kitewwww, i shukew ' \(^0^)/

Monday, July 25, 2011

bila internet tiada

Ramai kawan yang rapat, ramai yang tahu curfew internet aku macam mana. HAHA. Cinderella internet, it fits me well. Tapi Azlynlella, bunyi dia lagi cool. Masa, aku bunuh dengan tengok movie yang ada dalam hard disk.  
Penat. Aku penat jatuh cinta tiap-tiap hari.





Tengok lah hero-hero dia. Hamagadddddd. Lagi-lagi yang atas ni ha, dari tak suka tengok orang badan ketul-ketul, jadi nak miliki seorang macam ni okay. He makes me feel so miang. Perasan tak semua pakai suit?































YANG NI PUN PAKAI. SIBUK JE -.-

Friday, July 22, 2011

why is it so hard...to make you happy?

impian besar seorang anak adalah untuk membahagiakan kedua-dua ibu bapa.
siapa bilang tidak?
menipu jika tiada sikit pun perasaan itu ditanam jauh dalam sudut hati.
menjadi anak yang derhaka, jauh sama sekali.
mana tahu, perangai kami buat awak sakit jiwa sekian lama ini.
aku tahu, tiada family yang perfect, tiada.
i long for that.

cried hard. mana perginya keajaiban doa

buatmu, papa
do you know that lonely feeling, when you cried and call for someone but nobody picks up the phone , none of them..




, none..

Tuesday, July 19, 2011

one day, when i find my right guy, i wanna do this; together. hehe

op op oppp oppppppp macam mana nak brek ni, benti! benti! bentiiiiiiii!
kaki semangat tekan brek macam tekan brek kereta

p/s: this is not my first time kayak-ing, but still, haha, hampeh. banyak kali langgar tebing la, pokok la. had fun roller skating jugak. hehe.

Monday, July 18, 2011

eh

ketukan pintu awal pagi seawal 630, bagaimana perasaan malas berbaur marah
ingin aku kongsikan bersama semua
air sejuk mengalir, bagaimana membuatkan badan ini menggigil kesejukan
ingin aku kongsikan bersama semua
tuala penyerap air, bagaimana kasar setiap benang di atasnya
ingin aku kongsikan bersama semua
makanan yang disajikan kepada aku, bagaimana sedap nikmatnya lauk
ingin aku kongsikan bersama semua
melihat gelagat manusia di dunia luar, bagaiamana mereka jalani hidup sendiri
ingin aku kongsikan bersama semua
bermain dengan binatang kesayangan yang tidak kenal erti susah hidup, bagaimana comelnya ia
ingin aku kongsikan bersama semua
tertawa kelakar aku terhadap cerita yang ditonton, bagaimana bahagianya hati
ingin aku kongsikan bersama semua
merenung ke bulan dan bintang, bagaimana susunan mereka di langit
ingin aku kongsikan bersama semua

sakitnya dada resah dihati, bagaimana diri rasa hendak menangis
ingin aku kongsikan bersama semua
namun sebesar mana hasrat hati
tiada seorang pun insan bergelar kawan dapat aku kongsikan
tiada; masing-masing ditelan masalah duniawi sendiri
jikalau ada pun, tiada isi yang dapat aku luahkan
all i needed was someone yang boleh menemani
menemani tidak perlu berbicara apa-apa; semalam


terubat hati bila terdengar; azlyn chantek, kau lah gadis rupawan, azlyn chantek, lain dari yang lain. ku tunggu selalu. kehadiranmu suatu yang baru. tersenyum kambing. hilang segala keresahan. separuh sedar dari tidur, terlelap mp3 tak off memainkan lagu hujan

p/s: kenapa orang yang aku tegur di IM semalam semua busy? korang tak dapat sense ke ada seorang sahabat tengah rasa sedih ni ha *merajuk* hahaha

Saturday, July 16, 2011

taekwondo

standing stance
horse riding stance
back stance
forward stance
tiger stance

now, name me this stance

Subang Jaya: Seorang student white belt telah pengsan waktu berlatih hari ni dan dia telah diangkat sebegini rupa oleh seorang instructor lelaki. Tubuhnya lebih terkulai dari gambar. Siapa tah instructor white belt. pandang kiri kanan *menyorok*

Jeles tahu tengok senior angkat student macam tu sambil lari ke bilik kesihatan. Kalau slow mo boleh buat movie. Teringin jugok, tapi memikirkan senior perlu menampal salonpas satu badan lepas mengangkat tubuh seksiku ini, cukup kejam.

Bertemankan senior tersebut separuh jalan balik ke rumah, penat diri menghasilkan signal untuk hantar ke otak pesan pengsan. no result juga.

p/s: nak amik grading ke tak, nak ke tak, nak ke tak. bosan ah guna kelopak bunga buat keputusan. dino, meh sini meh.

spot me? haha. kachak kan :D

kena download semua video taegeuk dengan koryo dari youtube la nampaknya. sigh. pray for me guys (:

is she scary?

kira hebat kalau boleh teka siapa

maka siapa yang dilukis oleh azlyn, maka cacatlah hidung beliau. minta maaf

tried to draw model cover girl female july 2011 but bapok yang terhasil

yang cantik pun boleh jadi buruk, terima kasih kepada tangan insan yang bernama azlyn. gambar hana tajima lagi hancurs. i better stick to drawing just stick man untuk kebaikan semua.

p/s: ni kali kedua saya lukis makhluk tahu. susah gilos. better head to big bookshop beli tracing paper satu.

Friday, July 15, 2011

luna

luna; nama pun sudah cukup indah
terkenal dengan bulan sabit menjadi suluhan kapal layar kepada dua gay. eh?
kertas putih bersih menjadi mangsa mata tajam asahan sharpener
budak 90's mana yang tak tahu luna?
tak artistik langsung
sebab ni kaler pensel tahu, penyeri hidup zaman kecil dulu

dua pengkhianat; faber castle & dolphin. kaler pensel warna hitam tak pernah tahan lama -__-

 
dah hampir hancur pun still simpan. banyak kenangan
dah besar sikit, cikgu perkenalkan crayon



tadaaaaa. saya ada banyak. jeles tak? hihi

Thursday, July 14, 2011

bukan dejavu. ini voodoojay khalingam

bila memikirkan sesuatu atau seseorang
benda atau orang tersebut akan muncul lepas 2 atau 3 hari
tidak muncul; khabar ditanya
is it just me? or semua orang pun experience benda sama?
without fail
this time around; nenek aku
dan-dan tokwe call, and this makes me feel so guilty
sebab dah lama tak call
nak ajak webcam, aku malu. zzz

tapi ada jugak fikir aaron aziz datang rumah masuk meminang, tak ada pulak dia call tanya khabar ke apa. failure jugok. probability sikit punyalah melampau-lampau.

edit gambar pun punyalah sedih punya edit. haha, ini tokwe saya. she's not single :) she got married at the age of 15 and had her first baby at the age of 16. wohooo

tokwe dan cucunya yang..err..retarded
nak cari gambar yang more decent, only me and tokwe, tapi tak ada
of all faces why oh why buat muka ni azlyn, seriously -..-

p/s: yang ada lagi tok nenek, ayah mak yang duduk jauh, rajin-rajinkan lah raba fon untuk call. seminit pun jadilah :) peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya.

Tuesday, July 12, 2011

har har har ;D

“Nice men are ugly.
Handsome men are not nice.
Handsome and nice men are married.
Handsome, nice and unmarried men are useless.
Handsome, nice, unmarried and rich men are not interested in us.
Handsome, nice, unmarried, rich men who are interested in us are players .
Handsome, nice, unmarried, rich men who are interested in us and faithful are homosexuals.
Handsome, nice, unmarried, rich men who are interested in us, faithful, straight and who would not lose interest in us even if we made the first move… those men must have problems!”
– Sam Soon

-my lovely sam soon-

p/s: well, bukan semua yang baik tu buruk. bila dah suka, yang hodoh pun jadi hensem okay. macam mamat kat bawah ni ha. hehe

Monday, July 11, 2011

semangat sampingan

handsome bukan? hehe
isi lelaki hensem, coating tshirt, topping blazer 
sedap bunyi untuk dessert
rawr! aum aum

p/s: sebab tak berapa nak henshem la wa suka, baru tak ramai persaingan. ngiohngiohngioh

updates?

1. apa jadah aku berbunyi macam donald duck sampai hari ni. jatuh saham. kotak suara, kau tak pakai otak ke apa?

2. apa jadah roadblock hari ni kat usj? dahlah dekat sangat after traffic light. polis, kau tak pakai otak ke apa?

3. apa jadah haze hari ni kat usj, diri dah nak baik tapi sakit tekak balik. jerebu, kau tak pakai otak ke apa?

4. apa jadah mama wa suruh ikut pergi DIY hari ni. beli cat suruh cat gate tak serupa gate. kau.. eh eh, mak tak ajar biadap biadap ni.

penat la bersin sorang-sorang. kalau ada orang teman tak pe jugok


currently listening to

 

watched semua compilation of videos tentang bersih, nampak seorang lelaki tua macam nak mati and polis tengok saja without any releasing tools, no aidkits and no ambulance. semua tu sangat..aish

Tuesday, July 5, 2011

jangan jujur sangat plishhh


mak aihhhh, google tak pernah menipu setahu eden

p/s: masyukkkk masyukkkk

feels like it

1. How nice kalau ada kereta sendiri.

2. Dah ada nombor satu, buat roadtrip sendiri dengan kawan-kawan. pergi dengan kawan-kawan yang jarang lepak sekali, that way ada la jugak nak create memories dengan diaorang kan. Dengan strangers lagi best. I don't mind at all. Provided, baik dan tak up sangat.

3. Makan kat gerai-gerai tepi jalan dimana semua makanan sedap-sedap tapi murah; you know all those good stuffs. Seluruh Malaysia. Seronoknya

4. Belajar menjahit. Jahit baju lawa-lawa macam kat Zara, MNG, Forever21 and sell it at a price where budak-budak tak berapa nak berduit macam aku can afford to shop. Heaven. but i don't know where to start...and otak tak berapa nak kreatif.

5. Dah jahit then bukak blogshop as side income. wiwi

6. Nak belajar course culinary majoring in pastry. When you bake something, tengok muka bahagia orang makan hasil masakan sendiri, perasaan bahagia tu tak dapat nak tepis tahu. Bila orang puji lepas tu senyum tersipu-sipu malu rasa nak sepak laju-laju.

7. Serious, nak berniaga kat bazaar ramadhan. Jual ayam percik mama dengan makaroni sup papa. Sedap sangat. But, mama and papa don't have time for that.

8. Okay, kenapa dari nombor 1 sampai 7 macam takkan pernah jadi je.

9. Wall climbing, bungee jumping, mandi air terjun, go-kart, naik hot air balloon, kayak, camping dalam hutan; camping kaw kaw punya.

10. Berbasikal pakai kain batik alongside sawah padi hijau. Kayuh cara hardcore. Suasana kampung. Makes me feel so ayu. How nice.

11. Naik banana boat. Tak pernah dohhhh *nangis

12. Panjat Broga Hill. haih. Lemak dah menggunung.

13. Tengok sunrise or sunset. Best sangat ke? Why ramai suka tengok?

14. Pergi blind date. Go out on a date dengan stranger. Tengok movie, makan sama-sama like how a couple would do. Then dah balik, tak jumpa buat selama-lamanya.

15. Confess membabi buta kat orang tak kenal. mana tahu tetiba lekat kan. hahaha

16. Tahu semua maksud setiap ayat dalam Al-Quran.

17. Pergi sauna. Boleh kecut instantly tak?

18. Turunkan 5 kg. Tinggi cita-cita ni. hmmm.

19. Nak masuk tv?

20. Nak cheer up kan kawan-kawan yang tengah heartbreak. because they're my main reason why i'm smiling. kalau mereka tak senyum, macam mana aku nak senyum.

21. Buat swimming pool kat 3K macam bapak aku yang punya. nak jadi orang kampung terjun sana sini splash splash

22. Nak masuk dalam cinema, pilih couple seat dan duduk dengan kawan perempuan sambil makan nasi lemak.

23. Barbeku kat kelong macam dulu. sambil dengar air pasang. Stay up the whole night tengok bulan sambil dengar lagu. peace.

24. hidup yang carefree.

just some random thoughts di kala tiada peneman waktu jarum pendek tunjuk pada angka 2 pada jam malam semalam.

Saturday, July 2, 2011

izinkan

jadi lesbian buat seketika waktu

gila gojes *meleleh air liur

elyn: ma! adik nak dress macam ni bila kawin nanti tau. wajib!
ma : mmmmm, ye lah. bila nak kawinnya?
elyn: tunggu lagi 4 tahun. wakakaka
ma: dah ada ke calonnya? eh jap, ada ke yg nak?
elyn: maaaaaaaaaaa -___-

kang aku bawak laki hensem satu kang balik rumah, maunya nganga. 

tak pernah dlm hidup aku pakai dress lawa-lawa. except masa kecik, yg riben gila banyak kat baju. pakai stoking pun renda-renda. kau orang pun pernah kan -,-

Friday, July 1, 2011

a good start

smile,
lagi-lagi mereka kata senyuman itu sedekah
yang cantik, lebih berseri
yang hensem, aku tak heran, ok fine, aku tackle. HAHA
yang marah, terus lembut hati

tak penat ok senyum sentiasa. tak perlu tunjuk gigi. i'm getting used to it. teehee. you can do it too :)

nak buang expression muka toya sebenarnya. orang kata sombong -___-

p/s: makin matang tapi jiwa tetap muda. bangga actually, banyak buat self-improvement throughout this whole week. harap berkekalan. wiwit

Mr. Lee dan anaknya yang hensem

I have an announcement to make. aicewah starting dah guna bahasa inggeris. Bukannya aku tak nak memartabatkan bahasa melayu tapi sebab sekarang aku sedang sibuk mengisi masa lapang dengan membaca buku cerita. HAHA. Untuk rakan-rakan yang cukup mengenali aku, silalah berhenti gelak macam setan; takut nanti tak ada orang nak masuk meminang, aku pulak gelakkan korang macam setan; lepas kahwin. Okay, masuk topik.

Dah lebih kurang 3 tahun aku tak baca buku cerita. Tak tipu. Magazine tak termasuk. Abang tergelak tengok aku baca buku, aku apatah lagi. Dah lah bersin sedut-sedut hingus bila buka buku first time allergic bau kertas pokok setelah berzaman. Tension tahu, baca satu sentence lepas tu tutup buku terus capai magazine female. Itu baru first sentence dari prologue -__-

After internet dah tutup, baru lah dapat aku concentrate nak menghabiskan muka surat per muka surat. Draft post ni pun taip kat notepad *nangis. Dah masuk chapter 1 dah pun, dah baca 15 muka surat dah pun *bangga. Banyak perkataan yang aku tak tahu. Longman dictionary setia kat tepi ni. Aku tak pakai smartphone, tak urban macam korang-korang. Cikgu tuition aku yang ajar cara guna dictionary.

Aku ingat lagi, Longman Dictionary ni hadiah dari mama masa Darjah 5 tak silap. Dictionary ni kamus kedua. Yang first hancur lebur. Yang ni pun abang punya ekceli. Aku punya yang hancur lebur. HAHA. Jeles. Abang punya lagi cantik dari aku punya. Pergi tuisyen masa sekolah rendah dulu, cikgu dia mat salleh wu. Nama dia Mr. Lee. Anak lelaki dia hensem. hehe. Dulu sebelum enroll masuk kelas tuisyen dia, rasa nak menangis. Terus suruh buat exam. Baca petikan, tetiba soalan tanya nama anjing. Macam tak ada kaitan langsung. Tah hape-hape punya exam. Nak test pemahaman gamaknya.

Pergi kelas dia ada syarat, kena bawak Longman Dictionary ni. Pernah satu kali ni aku lupa nak bawak, punya lah peluh-peluh fikir nak cakap macam mana dalam bahasa inggeris. Sir, i forget bring my dictionary. Ha, hambik kau. Ahh, tu cerita dulu, cerita sekarang jugak. wakaka. Setiap kali lepas kelas, ada test tanya pasal present tense, present participle, past tense dengan past participle. Alah, kacang je tuh.

Dalam kelas kena cakap bahasa inggeris manjang. Cakap bahasa melayu ke, cina ke, india ke, kena saman. Satu perkataan kena sposen. Semua budak-budak ready je nak tibai orang. Asal tersasul je terus bantai. Cilaka. Siapa kena, kenalah derma duit kat chocolate box; berdiri depan kelas sambil buat gaya bangga pegang duit. Dialog tetap 'THIS IS MY CHOCOLATE MONAYYYHHHH!'. Gaya tangan kena dari kiri ke kanan tunjuk kat semorang. Banyak la jugak aku sumbang. Siapa tak bayar, dia tulis sebelah whiteboard catat nama penghutang.  Last class, cikgu akan beli chocolate untuk semua.Kitkat.

Agak fun class tuition dulu. Tak macam sekolah menengah. Kitaorang pun rekod suara masing-masing guna mikrofon cocok kat radio baca cerita. Lawak kot cerita tu, tapi aku tak ingat pasal apa. Yang pasti, lawak. Itu style mengajar dia untuk pronounciation.

Sepanjang hidup aku, aku banyak bergaul dengan chinese, sekarang baru aku reti bergaul dengan orang melayu sikit-sikit. Serius. Kelas aku dari dulu majoriti chinese. Tak tahu kenapa mereka campak aku kat kelas tu. So, cakap pun dah ikut slanga mereka. Masuk UiTM lagi lah, memang terkubur habis bahasa inggeris. So now, here i am, having the umph to improve myself in this language. hehe. Marilah kita ramai-ramai membaca. Ilmu takkan berhenti selagi kita mati iya idok.

warna pun dah pudar, asalkan masih boleh guna
p/s: buku yang aku baca sekarang ni, katanya author ni punya most moving story. Menipu beno. Tak gerak-gerak pun buku atas meja ni. a tragic yet spiritual love story. love story wuuuu. kbye

Tuesday, June 28, 2011

this is the story i'll tell; could have been

Secebis untuk aku, secebis untuk kamu semua juga. More of my personal stuff. Kalau tak sudi membaca, tekan x cepat-cepat.

"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa" Ini Mr. K yang cakap. I'm sure ramai yang tahu pasal dia ni. Blog dia boleh tahan femes.

What do youuuuuu guys think? Pada pendapat aku sendiri la, for the place where i'm living now, i don't know, maybe kat Malaysia je kot, if you're not going to confess, peluang yang ada akan hilang. yes no?

If two people mutually like each other, it's almost miracle. Someday, will that miracle come true for me too? -playful kiss-

Adat bagi lelaki untuk mulakan proses mengorat. Perempuan? Kalau zaman dulu, mungkin ramai fikir cetek. Murah sial perempuan ni tak tahu malu. But well, zaman sekarang ramai perempuan sendiri yang tak sabar. Dari mana kegagahan ketabahan kekuatan tenaga zahir dan batin diaorang dapat untuk confess pun aku tak tahu. Tabik. Rasa kecik je diri kalau bercakap pasal mereka-mereka ni.

Ada spesies yang main kasi-kasi hint. Ada jugak spesies manusia yang suka main tarik tali. Jenis yang suka main tarik tali ni memang nak kasi aku tendang masuk event hari sukan sekolah. Aku spesies yang pertama. I don't know. It doesn't seems to work. Or is it me yang tak reti kasi hint? lul. Pandai berlakon macam tak ada benda, gurau sana sini. Sendiri yang sakit. Sheesh

I don't have the energy to play tarik tali mannnnn. like watdefak! -cousin-

So based on quote yang kat atas sekali, will it work? Tahu tak perasaan setiap kali lepas solat kau doakan untuk orang yang kau sayang tiap-tiap hari. Kalau tahu, bravo buat anda. Oh well, like he said, Allah maha tahu, takkan kita pulak yang syok suruh Allah, eh dia ni susah nak dapat, tak jadilah, Kau adjust la pulak aku dengan laki lain. Ingat kawan kau ke hape. And kalau kau betul-betul sayangkan someone, you wouldn't even terdetik dalam hati nak buat doa yang tah hape-hapeeee macam tu okay.

Sometimes, you find it hard to tell someone about your feelings.. But you forgot that you're already acting it. @WIishfulSayings



Do you know the advantage of one sided crush? First, there are no restrictions so there's a lot of freedom. Second, there's no need to always consider the partner, it saves effort. Third, there's no expectation of anything from the partner, so watching that person is enough andddddd when i want it to stop, i can stop at any time since i'm the only one who will be sad, it's better anyhow. Le sigh. Biasanya yang hadapi one sided crush ni untuk orang-orang yang tak berapa berani nak luahkan perasaan. It's normal.

stumbled upon this kat tumblr
 sangat pfft sebab semuanya betul. eh?


' It is normal you hear me whining about 'oh-how-sweet-to-have-a-bf-like-that' and things like that. It's not like I really want it. I do want it but not like really, really want it at that time. Get what I feel? ' ; petik sedikit ayat dari blog sutun. don't get me wrong here. bukan desperate, tapi jeritan dalam.

Tuesday, June 21, 2011

Tipikal, masa sekolah rendah cikgu selalu tanya pasal cita-cita

Setiap kali family gathering belah ayah dulu, confirm tok ayoh akan tanya, elyn, cita-cita nak jadi apa? Dulu masa kecik, cita-cita aku nak jadi pereka robot. Bila ditanya kenapa, aku jawab, nanti nak reka robot biar dia boleh tolong goreng telur dengan masak air. serious shit, kalau lah aku pandai dulu, boleh lah cari alasan bagus sikittttt *menangis

Cita-cita aku tu bertahan untuk beberapa tahun je. Sentiasa bertukar. Dulu ada jugak cita-cita nak jadi cikgu piano. Tapi bila cikgu piano dulu aku cakap majoriti cikgu piano bersalin kena operate. Mungkin sebab kerja dia asyik duduk. Tu anak susah nak keluar tang bawah. Terus aku matikan hasrat nak jadi cikgu piano. Tapi best okay, ajar setengah jam budak ABRSM boleh dapat RM60 dah.

Naik sekolah menengah, cita-cita biasa seorang budak-budak, nak jadi doktor. fuiyoh. macam high gila je. Ni di zaman aku tak kenal dunia bio lagi. Hasrat murni la kunon nak tolong orang sakit. Gi matilah azlyn. Tengok jahitan orang lepas operate cuci-cuci pun pitam. Tour guide pun ada dalam list. Haha. Benda biasa orang muda otak fikir nak berjalan. Then berubah nak jadi akauntan, tapi papa cakap depan ramai family member ' if you work in one of the bank, don't you ever, EVER, step in this house again ' . Aku malu. Cita-cita tu pun aku buang jauh-jauh. Tapi still, aku amik subject tu untuk tambahan SPM. Enjoy okay, tak berat pun. Dapat imbangkan akaun, perasaan dia macam dapat kawin dengan artis korea yang henshem.

Aku pernah nyatakan hasrat kat mama dengan papa nak jadi pastry chef. Itu pun aku kena bantai habis-habis. Sekali dengan nenek aku. Sigh. Pada mata mak ayah aku, bidang professional macam doktor, engineer, accountant, architect je yang boleh hidup. Kamon la. Haih. Papa nak sangat anak dia yang bongsu ni amik medic line. Emotional blackmail. Itu benda yang tiap-tiap hari aku hadapi dulu. Tiap kali tanya tentang pilihan upu lepas SPM, sangat tension. And therefore, pilih asasi sains, dapatlah aku sambung belajar kat UiTM Puncak Alam dulu.

Proses untuk isi upu lepas habis asasi ni pun lagi buat aku pening kepala. Dengan result yang tak berapa nak buruk sangat, eh, cantik. Aku pilih dentistry dekat UKM as first choice, dentistry uitm second choice, electrical engineering as third choice. Fourth choice baru lah aku bubuh medic.

' Kalau boleh, papa nak seorang dalam family ni jadi doctor. Itu hasrat papa. Tapi kalau tak boleh jugak, nak buat macam mana..Papa cuma nak kasitau je.. '

Aku dalam hati, ada mama tu cukup la. Papa tanya apa yang aku apply. Perlahan-lahan dia tanya, kau memang tak minat medic eh? Aku cuma dapat angguk pelan-pelan. Dahlah mama tengah kerja. Kang tak pasal-pasal aku kena bantai sorang-sorang. ' Ikut suka hati kau lah. Asalkan course yang kau nak amik tu professional.' Beban yang aku pegang selama ni. PUHHHHHH. Hilang macam tu je. Somehow, walaupun papa dengan mama masing-masing dalam lebih kurang medic line, aku tak dapat otak diaorang. Aku pun musykil.

Sekarang ni, communication engineering jadi first choice, computer engineering as second choice. Berdasarkan subject yang aku kuat pun was physics and add maths masa sekolah menengah. Add Maths aku time SPM dapat A+ tau. hikhik. bangga kejap. Buat masa sekarang, aku neutral. Apa yang dapat, aku terima and try untuk score. Kalau cerewet sangat dalam hidup susah lah kan.

p/s: minta maaf adik tak dapat tunaikan hasrat papa.

Monday, June 20, 2011

Anything that starts with 'happy'

Tiga hari lepas, berbaring atas katil aku bermenung pada siling. Papa sergah 'ha! fikir kat boyfriend la tu.' Aku terus nafikan. ' Kau tak ada boyfriend ke?', papa serang lagi. Geleng tak bertenaga balasan aku.

Oh, aku termenung atas siling tu sebab nak cover baru bangun tidur. Bangun-bangun dengar footsteps on the way ke bilik, so apa lagi, pull out an act la. Malu la pukul 10.30 malam boleh tertidur kan. Tak remaja.

Actually I am one of lucky child yang bapak dengan mak dia tak kisah anak diaorang ada boyfriend or girlfriend. Untuk dulu lah. Nanti-nanti tak tahu. Because their love story pun begins at 19 up till now, 50 and mendoakan continue sampai syurga lah. Mama lagi tua dari papa tau. hihi. by 7 months je. heh

Remaja lain would be very tensed up bila mak bapak tanya ' ada girlfriend ke? ada boyfriend ke? ' sebab risau kena marah and tak pasal-pasal tambah lagi ada curfew tak boleh keluar rumah bagai takut tak boleh jumpa fruit heart masing-masing. Aku tak ada boyfriend pun ada curfew. shit gila dohhhh *nangis

Anyway, itu bukan point yang aku nak sampaikan. Jauh aku kelelong. Soooo, yesterday was father's day huh? Aku mungkin tak macam budak lain, bangun pagi terus bergegas ke bilik mak bapak cium-cium and wish papa masing-masing ' happy father's day, papa. muah muah. i lapppppppppp you shooooo muchie magaddddd Allah je yang tahuuu' . Kalau aku jadi anak macam tu, dah confirm-confirm kena marah gila vavi. ' Apa dia father's day? Penting ke? Saje nak mark hari special untuk ayah, so hari ni jelah anak kena tunjuk appreciation kat ayah masing-masing? ; then berlalu pergi. Every year would be the same.

This year, aku bangun pagi turun ke bawah tanya mama, ' Ma, adik kena wish papa happy father's day ke? '. Mama cakap tak payah. Nanti tak pasal-pasal kena sound. Same goes to happy birthday. Senang cerita benda yang starts with happy la. Happy or selamat. Selamat Maju Jaya. Eh. Happy Labour's Day. Eh lagi, itu dia suka kot. Ayah aku bukan seorang yang pentingkan anniversary or yang sewaktu dengannya. Birthday aku dengan abang aku pun dia ingat lupa. Birthday mama? Maunya lupa, kang jenuh nak pujuk. Tapi tak kisahlah kan. Hihi. Tapi kalau birthday dia tak wish, dia merajuk sikit kot. Dalam diam.

Semalam adik mimpi seorang kawan, tengah sibuk buat kad. Bila datang dekat, tertulis happy father's day, Teringat zaman kecik, adik dengan abang compete buat kad siapa paling lawa. Guna pelekat dapat dari Mc Donald pulak tuh nak decorate. urban. hehe.

I'm not very sure if this post is even related to father's day pun. Minta maaf semalam kalau anak beranak ada buat benda yang menyakitkan hati. Memang ada pun. We've tried our best to not wanting you to lose your temper, tapi tu lah, benda nak jadi kan. Neways, adik kat sini nak wish papa, selamat hari bapa. You're one of a kind; and mama, i love you too.

Wednesday, June 15, 2011

thoughts

if we were to meet other people
how long would it take to get to know someone
would it be possible to fully understand even one person in our lifetime?


p/s: even holding something so light can suddenly be heavy; life seems to be the same ;)

Monday, May 23, 2011

mati kering

Jam menunjukkan pukul 10 pagi *lap air liur basi. Kalau dekat Kelantan memang dah kena sound dengan tokwe. Silap hari boleh kena sekeh palo. I'm not a morning person aku admit awal-awal. Dah menjadi rutin minit-tian, masuk facebook, dipaksa mengewish orang happy birthday. Masuk twitter usha-usha mana yang best, tekan butang retweet, blah. Masuk tumblr, bukan post benda, tapi mendelete. Bestnya hidup. Na nangis je rasa *terkilan. hakkkkkkkktuihhhh.

Shin Chan pun lagi ada life dari aku. Kena benjol dengan mak dia tiap kali. Miang dengan cikgu sekolah. Doraemon dengan Nobita pun dah maju sekarang. Tahu main perang dengan ikan duyung . wtf


Aku boleh terima lagi Doraemon, Nobita, Sinyu dengan Sizuka pakai ekor ikan duyung. Tapi Giant? ahhhhhh, nak menangis tengok dugong spesies baru. Okay, itu bukan point aku. Nak adventure jugak plishhhh? Adventure kat hospital jaga abang sambil abang cakap ' Elyn, abang nak kencing ' . Nightmare okay. Tak cool *muka trauma. Nak menangis je rasa.

At least hari ni dapat lepas ke Taman Melawati. Mata liar pada kereta lain. Bila aku perhati, ramai orang kelantan atas jalan. Semuanya friendly belaka. Tak perlu berkenalan bertanya namo gapo? Terang-terang tulis Namo Amitabha belakang kereta. Ramai kot atas jalan tadi. Nice to meet you ols.

Tuesday, May 17, 2011

buah apa? buah fikiran

holding on is always fear-driven
be it material, relationships, money or job
perkataan takut itu
oh, hanyalah perkataan
tapi seringkali membuat manusia yang lemah emosi hanyut;
hanyut dalam kekecewaan
aku tak percaya;
aku tak percaya yang aku dah gemuk.
merepek

ok, dalam pale otak aku dah tak ada isi. kbye.



nota budak hingusan: it's not that i don't trust that four letter word anymore, fuck. eh no, love. cuma aku rasa diri dah anti-lelaki, except untuk seorang, bakal suami aku. hikhik. oh please, aku bukan lesbian, mahupun nyah, mahupun bapok, mahupun bapak, ibu-ibu, kakak-kakak. ah sudah. tamat di sini saja.

Monday, April 25, 2011

how time flies huh

 tak menahan sunggoh. zaman kecik-kecik dulu dah serupa mafia -.-

gambar atas dari kiri ke kanan:
1. umur 6 tahun tak silap aku. sungguh..innocent, sama macam sekarang. ehem
2. umur 11 tahun tak silap. pakai baju baru raya tuh gambar tu. kena marah dengan mama sebab tak raya lagi.
3. gambar sekolah tingkatan 1. cukup brutal? muka orang kalah judi pun ada rupa gini

gambar bawah kiri ke kanan:
1. umur 15 tahun. tahun pentingmenjadi gemuk. eh eh. PMR
2. umur 17 tahun. nampak macam penagih dadah mahupun amah. 50 kg
3. umur 18 tahun. nampak seksi. 55 kg. HA HA HA 

oh well, gambar passport pakai tudung tak amik lagi. bila la tu nak amik -_____- tunggu kurus nohhh.

Saturday, April 23, 2011

Amboi, starting pakai perenggan. Setting salah malas tukar

Naik kereta heading to Kedah dengan speed 186 km/h itu tak cool okay wa cakap lu. Kalau ajak langsuir racing sebelah kereta papa, konpem isi-isi terburai jatuh tercicir-cicir nak keep up speed. Ada la juga sesaat dua aku terasa aku mengalahkan speed superman terbang. Sedikit riak ya di sana. Ampun.

Sampai ke Kolej Matrikulasi Kedah, terasa diselubungi lelaki-lelaki kacak. kekeke. Dan semestinya abang aku tak termasuk. Lepas dari Changloon terus naik feri ke Langkawi. Tak ada lelaki kacak. Hampa. Sesudah sampai ke Langkawi, oh tempat yang indah khabar dari rupa. Baju berlambak-lambak jual ' i langkawi '. I'm eyeing for ' i hate langkawi 'serious shit. Oh well, dapat jumpa kucing cop langkawi, lembu langkawi, cicak langkawi, mat salleh hot dan minah salleh berbikini, eh eh, manusia langkawi pun jadilah. 


 huh beli jugok -.-
*tak bermaksud untuk tonjolkan diri tau tau tau. aku serious ni


Hati ku yang fragile terasa sakit, bila cable car sana tutup. pfft. dapat bergambar dengan signboard ' Langkawi Cable Car ' pun jadi lah. Asalkan dah sampai sana kan kan kan. Pathethic. To those yang nak pergi Langkawi, tolonglah jangan pergi from 17-30 April. Tempat tu tutup yearly okay for maintainance. Parasailing, i didn't get the chance to try it too. Nothing much la actually Langkawi ni. Tempat Beras Terbakar pun tah hape-hape. Kamon la makhluk-makhluk Langkawi, at least goreng ah beras kasi hangus ke apa ke tabur kat jalan merata-rata. Hampa tahu tak tak nampak beras terbakar langsung.


Saya pergi Taman Hidupan Liar jugak tau rakan-rakan. Pegang ular sawa batik. wuuuu *muka teruja. I guess trauma aku pada ular dah hilang kot walaupun still berdebar, huh. Dapat pegang telur burung unta. Telur bercangkerang ya. Muka dah cukup teruja bila pak cik cakap boleh berdiri. Tapi bila disebut boleh tahan tahap 50 kg, i don't wanna be the mak burung unta yang menetaskan telur tu okay. Kang pecah tak pasal-pasal siapa yang susah? AKU jugak yang susah kena basuh seluar kotor kena telur, bukannya mak burung unta.


Rekod pertama dibuat di Langkawi, iaitu masuk cybercafe and actually use the computer. Second time aku jejakkan kaki di cc. No joke. Style tak? Okay kanak-kanak, itu bukan style, itu jakun namanya. Kegelabahan terserlah cari cc kat Langkawi, Uniten punya pasal. Aku guna 3 minit je wey, kena charge singgit. One word. Kejam. Aku minta maaf kepada orang-orang yang diganggu aku and i appreciate all of your help, seriously. Yang kenal macam tu je tak pernah bersua muka pun, sangat baik menolong. I guess i'm lucky to have good friends like them. Feel the love? definitely! Awwwwwww. okay, cut the crap. 


Yada yada yada. Balik rumah naik feri. Yeah, sampai subang naik feri. Penat tahu. Now rumah penuh dengan cokelat, Lets get high. Saya tengah tension sebab gemuk sangat dah. Ada siapa-siapa nak tolong sedutkan? 

Of course la aku tak sampai rumah naik feri, budus. Oh btw, sekarang aku tahu Kubang Pasu kat mana *mendabik dada tanda bangga. Ingatkan kat Perak.

Friday, April 1, 2011

OH MA GAhhhhhhhhhhhhhhh.
haram jadah apa ni wey.gelimat *geleng2
dapat tahu ada kenalan join sini, as in post gambar kat wall *double geleng
feel free to join? -.-

Johan cakap, ' renung-renung kan dan selamat beramal '



im not a fan of ceramah-ceramah agama, tapi ceramah ni sangat..inspiring i would say
bila aku lupa nak bersyukur, i'll watch this again and again
i promise

p/s: he reminds me of my uncle though. handsome :)

Sunday, March 27, 2011

teka tekok

Bila kancil menjadi babi? ha, jawab! jawab!













Bila parking lot kat shopping mall penuh dan tiba-tiba harapan muncul pabila ternampak tiada kereta di celah-celah kereta. Dah cucuh sikit lantas terlihat sebuah kancil di dalam. BABI! oh, hal ini jadi tadi. Berevolusi dalam imaginasi wa

Thursday, March 24, 2011




yeah, we had fun :)
18032011

Monday, March 21, 2011

Bukan rasuah, hampir-hampir saja





oh, dia tutor physics kitaorang kat palam.

haha senonoh sungguh perangai aku :p

Thursday, March 17, 2011

hati sangat sakit sebab bayar yong tau fu rm 8, tapi terubat balik selepas tengok ana rempuh pintu yang jelas tertera ' tarik ' :D

wuuu, sangat rare

Ini Entri Serious. Tajuknya Forum 18++

POST EDITED

Pada suatu hari, suatu masa, suatu tarikh ini, tarikh 14 Februari. Ramai perempuan bertudung labuh ligat ronda dalam cafe rafflesia puncak alam. Yang jadi target semuanya perempuan dan lelaki yang duduk sama berdua-duaan. Tak pun yang berdouble date. Tiang lampu sungguh. Ada la jugak jelous, kenapa akak-akak tu tak tegur aku. Oh lupa, sebab aku tak duduk kat cafe. Aku lepak dewan angsana dengar forum. kihkih. Mereka sibuk sambil sebar-sebarkan flyer. Yang nampak jelas cuma huruf 'HARAM' . Haram luar, haram dalam, haram sana sini. Besar gedabak. Mungkin size font yang digunakan size 8. hmm, boleh tahan besar la jugak. Nak distribute flyer separuh A4.

AMARAN: TULISAN SELEPAS INI ADA BANYAK PERKATAAN CINTA. KORANG GELI? AKU LAGI GELI.

Minggu itu, memang penuh dengan ceramah agama tentang cinta. Budak-budak seronok pergi, lagi-lagi topik-topik ni kan. Lagi-lagi ada kupon. Lagi-lagi, tak ada pape dah. Benda pertama yang keluar dari mulut ustaz, ' apa itu cinta? ' . Katanya cinta itu fitrah. We need love in order to survive. Sebahagian daripada nafsu juga. Makan, ego dan seks. NO NAFSU, NO SURVIVING. Samalah macam uitm selalu cakap kat student lepas final, NO SUFO NO RESULT. macam haram.

Ustaz kata, kalau cinta tak best, manusia tak biak. biak? tambah populasi ke pembiakan otak ustaz? teehee. Cinta memanglah semuanya panas mula-mula, lama-lama boring. Panas, sejuk, makin sejuk, sejuk menggigil, panas membuak tiba-tiba, itu yang clash. Ustaz kata, lelaki ni ego sangat, sebab nak pertahankan diri. HAHA. fine, aku yang cakap -.-

Ada 3 sebab cinta. First, sebab lawa dan cantik. Kebiasaannya ni menjadi sebab utama lelaki. Second, sebabkan kebaikan. Yang ini pulak dituju pada perempuan. Asal lelaki ayat je dah cair. Jangan nak jadi lilin sangat. Third, sebab sayang. Cinta sebab rahmat Allah. Cinta yang ini katanya paling mahal. hmm

Bila bercinta semuanya comel. amboi. Ada adab pergaulan. Ahhhhh aku malas nak hurai panjang-panjang. Aku kasi isi je. Karangan kau buat sendiri okay

1. menundukkan pandangan. bukan pada perempuan sahaja. lelaki pun sama. jangan mengada nak terbeliakkan mata. gatai naaaa.
2. ada pembatas antara lelaki dan wanita. Habuk pun jadilah. HAHA. no no no.
3. tak berdua-duaan. susah nak praktik kan? i understand, i understand
4. suara. tak perlu nak beralun-alun sangat. Baca al-Quran pun tak beralun, bila cakap kemaen~
5. jangan pegang-pegang. tak perlu sibuk-sibuk tiba-tiba cari semut dalam rambut ke sebab curious kot-kot ada kutu. bertepuk, bertampar, bercuit-cuit..mentang-mentang free of charge kan. no no no

Ustaz kasi contoh ni

Lelaki : Assalamualaikum, tak jawab dosa.
Perempuan : Waalaikumusalam

Perempuan tak ada choice melainkan menjawab kan. Ustaz suruh tambah kat belakang ayat, mengorat dosa! Problem solved . HAHA. lameeeeeeeeeee

Oh, and kebiasaannya, bila dah bercinta ni, orang yang tak reti berpantun, bersyair, mengarang tetiba reti la pulok. Menimbulkan kemusykilan. Setan punya kerja lettew .

' jangan percaya kepada kegagahan seorang lelaki yang tak berpegang pada amanah, bla bla bla bla, kerana mereka bukan lelaki sejati '


One more thing mamat-mamat comel di luar sana, oh tak dilupaka juga perempuan-perempuan yang gojes, janganlah cinta sehidup semati. Sorang hidup, sorang mati. Kot iya pun nak bercinta, jangan bercinta dengan batu nisan. Scary. Perfume kemenyan tiap-tiap hari halau hantu *geleng kepala*

Rasanya ni lirik lagu lady boss kuttt

Cinta itu..
Boleh diumpamakan bagai..
Makan sambal belacan..

Walau pedas..
Hingga mengalir air mata..
Masih mau dimakan jua..

Cinta jangan dibuat macam goreng pisang..
Sungguh enak bila makan panas2..
Bila ia sejuk jadi kurang enak.. Hohoho
Goreng pisang sedapnya..!!

p/s: banyak lagi, but then aku akhirkan di sini je la. Kan dah jadi ustazah, hadoi mak

mereka keluar. aku duduk diam-diam

Awal pagi mengejutkan orang lain dengan jeritan. Jeritan hasil menggeliat, kerana tersepak muka sendiri dengan tangan apabila menggeliat pagi. Kena tepat pada bunga yang tumbuh di tepi kening hasil dari pengeluaran hormon estrogen dan progesterone yang menggila.

Masuk rumah, keluar rumah ingin membuat air milo untuk bekalan tenaga menjawab kertas last fizik. Kembali masuk rumah yang betul, masuk bilik yang salah. Apa lah bengong sangat kepala ini hari. Dari malam semalam aku terkinja. Berlepas turun ke fakulti, ramai berbaju lengkap baju, seluar stok-stok budak pavi. Aku tetap ayu berbaju kurung. tettttttt. Menanam niat lepas habis final, balik rumah cuci baju, kemas bilik. Tidak terdetik sama sekali di dalam fikiran ingin pergi keluar ( pegilah mati~ *kedengaran sayup-sayup suara kawan mengomen*)

Semester 1, fizik paper first. Mungkin niat uitm nak kasi budak-budak taubat. hmmm, ada jugak kemungkinan tu. Tanduk-tanduk sem 1 semua jadi tumpul masuk semester 2. Final kali ni aku banyak luangkan masa call orang nak kurangkan debar, lagi-lagi mama. Urm, dengan papa cakap 3 minit je. Itu pun bertanya tentang resipi. hah? hahahaha, aku pun tak tahu kenapa -..- Yang sudi angkat call, terima kasih. Yang aku tak call, sebab aku tak berani nak call.

dan qatamlah hidup aku di puncak alam. hoyahhhhhhhhhhh, happy gila, but not for long. tak dapat nak keluar senang dah lepas ni. sob sob. tapi yang paling penting, dah boleh makan rambut Taylor Swift perisa tomyam. awwwwwww, saat-saat penungguan amat seksa tau.

lokasi malam esok --> kelong :D

' ayuh sahabat kita bergembira, bermain menyanyi bersama menikmati indahnya dunia '

Tuesday, March 15, 2011

orang kat puncak alam pun updated okay ;p

SILA MAKAN BANYAK PISANG.

tak, dan juga bukan untuk menyuruh kamu-kamu semua berevolusi jadi monyet. HU HA HU HA sana sini nuclear power plant meletup, so yeah. makan pisang pun senang berak tau . tak perlu risau memerut lama-lama dalam tandas. nak makan buah lain pun tak da hal lah .

lagi satu, bila dah suka sangat makan pisang, bila nampak pisang, jangan buat muka macam ni. beruk lain nak buat kawan pun takut tau.



take care :)

Sunday, March 13, 2011

Final Punya Pasal

Tahu tak perasaan sangap maggi tu cenggane ? Boleh gila tau tak. Sebulan lebih tak dapat makan. Tapi mungkin gila itu tak seteruk sawan babi perokok bila dah sangap sangat rokok tak dapat rokok kut. eheh?


MAGGI HOTCUP TOMYAM. BRRRRRRRRRRRRRRRRRRR !!

budak uni or budak asrama or yang sewaktu dengannya, kalau korang tak suka makan benda alah ni memang aku pandang serong ah. thumbs up for hotcup maggi tomyam :D


p/s: bersabarlah sehingga khamis ni wahai azlyn yang comel. wiwit.
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...