azlyn kata

.

Tuesday, June 21, 2011

Tipikal, masa sekolah rendah cikgu selalu tanya pasal cita-cita

Setiap kali family gathering belah ayah dulu, confirm tok ayoh akan tanya, elyn, cita-cita nak jadi apa? Dulu masa kecik, cita-cita aku nak jadi pereka robot. Bila ditanya kenapa, aku jawab, nanti nak reka robot biar dia boleh tolong goreng telur dengan masak air. serious shit, kalau lah aku pandai dulu, boleh lah cari alasan bagus sikittttt *menangis

Cita-cita aku tu bertahan untuk beberapa tahun je. Sentiasa bertukar. Dulu ada jugak cita-cita nak jadi cikgu piano. Tapi bila cikgu piano dulu aku cakap majoriti cikgu piano bersalin kena operate. Mungkin sebab kerja dia asyik duduk. Tu anak susah nak keluar tang bawah. Terus aku matikan hasrat nak jadi cikgu piano. Tapi best okay, ajar setengah jam budak ABRSM boleh dapat RM60 dah.

Naik sekolah menengah, cita-cita biasa seorang budak-budak, nak jadi doktor. fuiyoh. macam high gila je. Ni di zaman aku tak kenal dunia bio lagi. Hasrat murni la kunon nak tolong orang sakit. Gi matilah azlyn. Tengok jahitan orang lepas operate cuci-cuci pun pitam. Tour guide pun ada dalam list. Haha. Benda biasa orang muda otak fikir nak berjalan. Then berubah nak jadi akauntan, tapi papa cakap depan ramai family member ' if you work in one of the bank, don't you ever, EVER, step in this house again ' . Aku malu. Cita-cita tu pun aku buang jauh-jauh. Tapi still, aku amik subject tu untuk tambahan SPM. Enjoy okay, tak berat pun. Dapat imbangkan akaun, perasaan dia macam dapat kawin dengan artis korea yang henshem.

Aku pernah nyatakan hasrat kat mama dengan papa nak jadi pastry chef. Itu pun aku kena bantai habis-habis. Sekali dengan nenek aku. Sigh. Pada mata mak ayah aku, bidang professional macam doktor, engineer, accountant, architect je yang boleh hidup. Kamon la. Haih. Papa nak sangat anak dia yang bongsu ni amik medic line. Emotional blackmail. Itu benda yang tiap-tiap hari aku hadapi dulu. Tiap kali tanya tentang pilihan upu lepas SPM, sangat tension. And therefore, pilih asasi sains, dapatlah aku sambung belajar kat UiTM Puncak Alam dulu.

Proses untuk isi upu lepas habis asasi ni pun lagi buat aku pening kepala. Dengan result yang tak berapa nak buruk sangat, eh, cantik. Aku pilih dentistry dekat UKM as first choice, dentistry uitm second choice, electrical engineering as third choice. Fourth choice baru lah aku bubuh medic.

' Kalau boleh, papa nak seorang dalam family ni jadi doctor. Itu hasrat papa. Tapi kalau tak boleh jugak, nak buat macam mana..Papa cuma nak kasitau je.. '

Aku dalam hati, ada mama tu cukup la. Papa tanya apa yang aku apply. Perlahan-lahan dia tanya, kau memang tak minat medic eh? Aku cuma dapat angguk pelan-pelan. Dahlah mama tengah kerja. Kang tak pasal-pasal aku kena bantai sorang-sorang. ' Ikut suka hati kau lah. Asalkan course yang kau nak amik tu professional.' Beban yang aku pegang selama ni. PUHHHHHH. Hilang macam tu je. Somehow, walaupun papa dengan mama masing-masing dalam lebih kurang medic line, aku tak dapat otak diaorang. Aku pun musykil.

Sekarang ni, communication engineering jadi first choice, computer engineering as second choice. Berdasarkan subject yang aku kuat pun was physics and add maths masa sekolah menengah. Add Maths aku time SPM dapat A+ tau. hikhik. bangga kejap. Buat masa sekarang, aku neutral. Apa yang dapat, aku terima and try untuk score. Kalau cerewet sangat dalam hidup susah lah kan.

p/s: minta maaf adik tak dapat tunaikan hasrat papa.

2 comments:

Farhana said...

hahah :D dpt imbang akaun mcm dpt kawin dgn artis korea hensem2 - like that. kalau kita mcm dpt menari dgn shah rukh khan :D heee

Encik Psychopath said...

saba adik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...