azlyn kata

.

Thursday, March 17, 2011

mereka keluar. aku duduk diam-diam

Awal pagi mengejutkan orang lain dengan jeritan. Jeritan hasil menggeliat, kerana tersepak muka sendiri dengan tangan apabila menggeliat pagi. Kena tepat pada bunga yang tumbuh di tepi kening hasil dari pengeluaran hormon estrogen dan progesterone yang menggila.

Masuk rumah, keluar rumah ingin membuat air milo untuk bekalan tenaga menjawab kertas last fizik. Kembali masuk rumah yang betul, masuk bilik yang salah. Apa lah bengong sangat kepala ini hari. Dari malam semalam aku terkinja. Berlepas turun ke fakulti, ramai berbaju lengkap baju, seluar stok-stok budak pavi. Aku tetap ayu berbaju kurung. tettttttt. Menanam niat lepas habis final, balik rumah cuci baju, kemas bilik. Tidak terdetik sama sekali di dalam fikiran ingin pergi keluar ( pegilah mati~ *kedengaran sayup-sayup suara kawan mengomen*)

Semester 1, fizik paper first. Mungkin niat uitm nak kasi budak-budak taubat. hmmm, ada jugak kemungkinan tu. Tanduk-tanduk sem 1 semua jadi tumpul masuk semester 2. Final kali ni aku banyak luangkan masa call orang nak kurangkan debar, lagi-lagi mama. Urm, dengan papa cakap 3 minit je. Itu pun bertanya tentang resipi. hah? hahahaha, aku pun tak tahu kenapa -..- Yang sudi angkat call, terima kasih. Yang aku tak call, sebab aku tak berani nak call.

dan qatamlah hidup aku di puncak alam. hoyahhhhhhhhhhh, happy gila, but not for long. tak dapat nak keluar senang dah lepas ni. sob sob. tapi yang paling penting, dah boleh makan rambut Taylor Swift perisa tomyam. awwwwwww, saat-saat penungguan amat seksa tau.

lokasi malam esok --> kelong :D

' ayuh sahabat kita bergembira, bermain menyanyi bersama menikmati indahnya dunia '

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...