azlyn kata

.

Thursday, March 17, 2011

Ini Entri Serious. Tajuknya Forum 18++

POST EDITED

Pada suatu hari, suatu masa, suatu tarikh ini, tarikh 14 Februari. Ramai perempuan bertudung labuh ligat ronda dalam cafe rafflesia puncak alam. Yang jadi target semuanya perempuan dan lelaki yang duduk sama berdua-duaan. Tak pun yang berdouble date. Tiang lampu sungguh. Ada la jugak jelous, kenapa akak-akak tu tak tegur aku. Oh lupa, sebab aku tak duduk kat cafe. Aku lepak dewan angsana dengar forum. kihkih. Mereka sibuk sambil sebar-sebarkan flyer. Yang nampak jelas cuma huruf 'HARAM' . Haram luar, haram dalam, haram sana sini. Besar gedabak. Mungkin size font yang digunakan size 8. hmm, boleh tahan besar la jugak. Nak distribute flyer separuh A4.

AMARAN: TULISAN SELEPAS INI ADA BANYAK PERKATAAN CINTA. KORANG GELI? AKU LAGI GELI.

Minggu itu, memang penuh dengan ceramah agama tentang cinta. Budak-budak seronok pergi, lagi-lagi topik-topik ni kan. Lagi-lagi ada kupon. Lagi-lagi, tak ada pape dah. Benda pertama yang keluar dari mulut ustaz, ' apa itu cinta? ' . Katanya cinta itu fitrah. We need love in order to survive. Sebahagian daripada nafsu juga. Makan, ego dan seks. NO NAFSU, NO SURVIVING. Samalah macam uitm selalu cakap kat student lepas final, NO SUFO NO RESULT. macam haram.

Ustaz kata, kalau cinta tak best, manusia tak biak. biak? tambah populasi ke pembiakan otak ustaz? teehee. Cinta memanglah semuanya panas mula-mula, lama-lama boring. Panas, sejuk, makin sejuk, sejuk menggigil, panas membuak tiba-tiba, itu yang clash. Ustaz kata, lelaki ni ego sangat, sebab nak pertahankan diri. HAHA. fine, aku yang cakap -.-

Ada 3 sebab cinta. First, sebab lawa dan cantik. Kebiasaannya ni menjadi sebab utama lelaki. Second, sebabkan kebaikan. Yang ini pulak dituju pada perempuan. Asal lelaki ayat je dah cair. Jangan nak jadi lilin sangat. Third, sebab sayang. Cinta sebab rahmat Allah. Cinta yang ini katanya paling mahal. hmm

Bila bercinta semuanya comel. amboi. Ada adab pergaulan. Ahhhhh aku malas nak hurai panjang-panjang. Aku kasi isi je. Karangan kau buat sendiri okay

1. menundukkan pandangan. bukan pada perempuan sahaja. lelaki pun sama. jangan mengada nak terbeliakkan mata. gatai naaaa.
2. ada pembatas antara lelaki dan wanita. Habuk pun jadilah. HAHA. no no no.
3. tak berdua-duaan. susah nak praktik kan? i understand, i understand
4. suara. tak perlu nak beralun-alun sangat. Baca al-Quran pun tak beralun, bila cakap kemaen~
5. jangan pegang-pegang. tak perlu sibuk-sibuk tiba-tiba cari semut dalam rambut ke sebab curious kot-kot ada kutu. bertepuk, bertampar, bercuit-cuit..mentang-mentang free of charge kan. no no no

Ustaz kasi contoh ni

Lelaki : Assalamualaikum, tak jawab dosa.
Perempuan : Waalaikumusalam

Perempuan tak ada choice melainkan menjawab kan. Ustaz suruh tambah kat belakang ayat, mengorat dosa! Problem solved . HAHA. lameeeeeeeeeee

Oh, and kebiasaannya, bila dah bercinta ni, orang yang tak reti berpantun, bersyair, mengarang tetiba reti la pulok. Menimbulkan kemusykilan. Setan punya kerja lettew .

' jangan percaya kepada kegagahan seorang lelaki yang tak berpegang pada amanah, bla bla bla bla, kerana mereka bukan lelaki sejati '


One more thing mamat-mamat comel di luar sana, oh tak dilupaka juga perempuan-perempuan yang gojes, janganlah cinta sehidup semati. Sorang hidup, sorang mati. Kot iya pun nak bercinta, jangan bercinta dengan batu nisan. Scary. Perfume kemenyan tiap-tiap hari halau hantu *geleng kepala*

Rasanya ni lirik lagu lady boss kuttt

Cinta itu..
Boleh diumpamakan bagai..
Makan sambal belacan..

Walau pedas..
Hingga mengalir air mata..
Masih mau dimakan jua..

Cinta jangan dibuat macam goreng pisang..
Sungguh enak bila makan panas2..
Bila ia sejuk jadi kurang enak.. Hohoho
Goreng pisang sedapnya..!!

p/s: banyak lagi, but then aku akhirkan di sini je la. Kan dah jadi ustazah, hadoi mak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...