azlyn kata

.

Thursday, October 22, 2009

Mengandung = Trend Sosial Terbaru?

'Weyh kau tau tak.. dia MENGANDUNG doh'

... Agak-agak apa reaksi korang kalau dengar kawan-kawan membuka topik ni di sekolah? Lagi-lagi yang melibatkan budak sekolah kita sendiri.. Dalam fikiran perempuan yang normal 'Gossip pedas nih..slurpss' okay just ignore that -.-''

Zaman sekarang senang sangat kalau nak dengar cerita tentang perempuan yang telah 'diusik' .Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang? Eh elyn pun masih budak yea.Satu hari ni kita dengar tentang budak nih, keesokan harinya dengar pasal budak tu plak..orang yang mendengarnya biler plak?..WOI!! GILER APER!! mintak dijauhkan daripada semua benda ni..AMIN..

Mengikut mitos-mitos dari mana ntah ramai kata kalau nak tahu diaorang ni masih suci atau tidak..haaa yang dah kurang mas kawen tu lah yang jalan terkangkang-kangkang..terkangkang-kangkang mcm mana plak nih? >.< ntah lah..tapi Elyn pun jalan kangkang..tu la sebab ejek pak cik jalan kangkang kan dah terlekat -.-'' ..biasanya org yg jalan terkangkang nih ada bisul kot..eee pengotor..Eh Elyn normal okayh~~

Kalau dah tahu apa akibat membuat benda-benda ni kenapa tak ambil langkah berjaga-jaga.Ni dah melekat sape yang susah.Diri sendiri jugak kan.Umur dua-dua orang dah pun mencecah 17 tahun.Otak yang ada tuh buat taik je ke dalam otak ?..aku ni yang dok simpan taik dalam perut tak keluar-keluar pun menderita gila dlm tandas..eh merepek ape plak nih >.< ..

Pada pandangan saya, anda teramat sangatlah tabah untuk menyimpan bayi tersebut.Dengar kata bayi due Disember ni.Gud luck la gua boleh cakap..

Abang ada kat rumah sekarang, jadi dia pun ceritalah cerita 'panas' kat Kolej Matrikulasi Kedah.Selalu kena tangkap kat setor.Nak jugak pilih tempat yang berhabuk dan kotor.Banyak bakteria tuh.Nak sangat buat kenapa tak pilih bilik sendiri? pergh!! Dua perempuan dah mengandung.Pada mereka tiap-tiap tahun tak sah kalau tak ada satu kes.Yang membuat lagi sakit hati tuh ialah fakta yang mengandung tu mereka yang memakai tudung.Bukankah orang yang memakai tudung ini lebih kuat imannya dari yang lain? Tudung sekarang dah banyak disalahgunakan.Ada yang pakai tudung pun sebab nak tutup kaler rambut yang tertumpah cat..eh highlight..kesian aku tengok >.< Pakai tudung tu kalau nak pakai biarlah ikhlas beserta dengan niat yang betul.Kalau tak, tak payah la.Buat tambah dosa jer..

Kepada yang membaca, kalau-kalau ada yang terasa tu....PADAN! Taubat lah selagi masih sempat.Ingat di sisi tu sentiasa ada yang mencatat segala amalan kita..uiks jadi ustazah la plak >.<

Okay tutup topik di atas.Semalam Pak Long datang ke rumah.Dia baru balik dari tengok specialist kat tempat mama kerja. Terkejut Elyn tengok bukak pintu dari jauh nampak macam hantu pocong mana pulak yang terlepas. Tengok dua kali, laaa Pak Long punya tangan kena ikat macam orang patah tangan. Buat saspens je.Mula-mula dah ready dah nak baca jampi ngan nak bukak ikatan kat kepala..Boleh buat kain untuk cadar tilam -.-''

Teringat zaman-zaman dulu di mana tangan Elyn pun pernah kena ikat macam tuh.Time tu masih kecik lagi. Patah dua-dua belah plak tuh..wee~~ Tapi patah one at a time la of coz.

Yang tak boleh blahnya kes patah tangan tu sebab satu panjat buaian then sesuka hati main lepas tangan nak bereksperimen..lepas jatuh buat bodoh..tangan tak leh bengkok.Lari-lari terus tanya mama.. ''Mama, kenapa tangan adik tak leh bengkok ah?'' Apa kejadah la tuh..
Kes Kedua ..Elyn panjat dinding separuh jalan kena geletek ngan kazen..GEDEBUK! ..jatuh daaa..patah la lagi satu..hebat azlyn, anda sangat hebat >.<

Apa lagi yang kena.. Dagu pernah kena jahit.Dijahit oleh ibuku sendiri. Pernah accident tetapi lepas kena langgar buat macam biasa..pelik tak rasa ape-ape. Jatuh basikal ..Buku lali nampak tulang habis >.< Brutal tak brutal Elyn zaman kecik dulu? Wadooh...

p/s : If u need me, just call or leave me a text message..i'll b there for you whenever you want me..Elyn akan mendoakan supaya dia cepat sembuh =D i know you're strong..but if there's anything..IM HERE =)

7 comments:

Razman said...

ko mmg hebat...naseb baek jari tak patah..klu tak, xleh tulis pnjg2 cmni..

! N e n a G a b b a n a ! said...

elehh elyn pun mngandung kan skrang ?? HAHAHA mngandungkan taik tk kluar2 . XD eeee memalukan org btudung btol . hakktuih !

nur azlyn said...

Razman: agak2. haha tunggu masa je..uiks xmau lorh @.@

Nena: HAHAHA banyak la tu Nena..tak dgr ke brite dah bersalin semalam mlm ..hahaha..eeee

bG said...

mengandung adalah rezeki

yuccababbaluca said...

hahahhaha
anak pompuan ke laki??
:)

Anonymous said...

haha..thanks azlyn =)
-shi2

nur azlyn said...

Amir Ariff: ish3 dgn cara yg salah? ..oh tidak..

yuccababbaluca: nyah kak oi =P

shi2: welcome =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...