azlyn kata

.

Saturday, January 30, 2010

Pertemuan Teddy dan Encik Kacang

Untuk pengetahuan anda, Teddy telah berhijrah ke Malaysia mengikut tuan barunya, Nur Azlyn. Tatkala aku sedang berwebcam dengan Encik Kacang di negara asalnya Teddy datang berjalan-jalan...Ikutilah episod seterusnya...




Sedang berwebcam dengan Encik Kacang

Teddy sedang mengambil jalan lewat malamnya..

Apabila ternampak Encik Kacang di skrin, dia tersenyum lebar
Sampai hatinya menutup muka aku. CIS! tak hormat pada tuan baru langsung!

Terlampau teruja melihat tuannya yang dulu. Ingin memberikan goodnight kiss tetapi malangnya dia tidak sedar itu hanyalah imej di skrin laptop..

Aku sedih melihatnya beredar dengan hati penuh kecewa..
p/s : mulut dia tak boleh buat muka sedih kerana baru sahaja menerima suntikan botox berlebihan


Sedih sungguh :'(


To Syazana : Teddy ni masih hidup. Dah 5 tahun :) Tapi selepas webcam dengan Encik Kacang dia menyakiti dirinya dengan mongoyakkan diri di bahagian leher belakangnya. Bukan salahku dia koyak @.@ Dengan kepakaranku, ku tidak menjahitnya balik. malas..heeee :P macam reti je -.-'

otak aku menjadi sangat lame(bahasa omputeh) baru-baru ini

Wednesday, January 27, 2010

Keretaku Berpusing

Perasaan membawa kereta laju membuatkan ku teruja. Sama seperti ku melihat jiran ku begitu teruja mengorek hidungnya. Perasaan itu boleh dikatakan sebagai satu nikmat yang diberi.

Masa latihan memandu, cikgu yang duduk di sebelah aku berkata ' Ai lajunya bawak' . Pada masa itu aku berada dalam gear 4. Bila dengar dia komen aku dah berdebar . Dia suruh masuk gear 5. Tanganku pergi mencapai handbreak. Kereta terus berpusing. Ala-ala game need for speed underground yang selalu abang aku main dulu. Hebat tak hebat aku menipu? Okay berbalik pada topik. Aku gelabah. Terus terpusing stereng ke kiri. -.- Aku tak suka jalan kat Shah Alam. Dahlah jalan sana tak rata. Lori besar sepanjang jalan. Jantungku berdenyut laju. Darah memancut laju nak terkeluar dari badanku ala-ala kolam air pancut. Teringat aku kat chocolate fountain -.-''

Mataku rabun. Tidak ku nampak warna traffic light. Cikgu selalu bertanya ' Nampak tak?' saya menjawab 'Tak cikgu.' Semakin dekat dengan taffic light cikgu bertanya lagi, 'nampak tak?' saya menjawab .' Saya tak nampak cikgu!' . Lampu MERAH! aku berhenti.. -.-

Cikgu ni sentiasa bertanyakan aku tentang signboard. Mula-mula dia mengajar menggunakan Jalan 1. Cikguku cakap tadi ada signboard had laju.
Cikgu : Had laju tadi tulis berapa?
Aku : Mana ada signboard cikgu!
Cikgu : Lyn kamu ni biar betul. Tak mengapa. Tadi ada satu signboard. Had laju dia 50 km/j.

Kemudian dia mengajar pula menggunakan Jalan 2 .

Cikgu : Kamu nampak signboard tadi?
Aku : Tak cikgu >.<
Cikgu : Kamu ni biar betul Lyn. Warna traffic light kamu tak nampak. Signboard pun kamu tak nampak. Kamu ni dah bangun ke separuh tidur Lyn?
Aku: Saya dah bangun cikgu! ...*perut laparlah -.-* bisikku.. -.-

Time di traffic light aku suka menekan pemecut dan melepaskannya. Kereta jadi macam kuda. Suka aku melihat cikguku punya kepala ke depan dan ke belakang. Headbanging pada aku. Boleh tahan rockers jugak cikgu ni.Dendam yang aku simpan selama ni hanya separuh terbalas. Kawanku yang duduk di belakang pun turut sama bergerak ke depan dan kebelakang. Dia buat bodybanging. Tergelak-gelak dia tanda suka. Tak perlu membeli i-Gallop di mana lelaki teruja melihat perempuan naik sambil mengangkat tangan membuat muka high -.-

MODEL TERBARU


CIKGU MAZLAN GARANG! >.<

Hari ni aku dan mama lawat Wan Ateh. Dekat Cheras. Dia dihantar ke Rumah Penjagaan Orang Tua. Upah private nurse terlalu mahal. Sebelum aku masuk aku berhenti di pintu depan rumah.

' Ma, adik takut'
Itulah ayat yang keluar secara spontan dari mulut aku. Tak bersemangat aku nak menjejakkan kaki ke dalam. Mak aku cakap ..' Macam mana adik nak jadi doktor? Adik ni tak boleh jadi doktor. Mental strength tak ada.'

SIAPA CAKAP ADIK NAK JADI DOKTOR?! Terus aku menjadi bersemangat melawan. CIS! *isu sensitif*

Sumpah aku cakap. Nak nangis aku tengok keadaan dia. Of course dia nampak lebih terurus sebab nurse-nurse yang jaga semua baik-baik belaka. Dia makin kurus. Sebelah mata dah tak nampak. Ada dua luka di kaki. Lukanya kecil tapi dalam gila. Ngeri aku tengok. Wan Ateh nampak sakit sangat bila nurse tersebut bukak balutan. Aku... :'(

Imej kaki arwah pak cik aku kembali bila aku tengok luka. Berlubang. Hanya nampak tulang dan berbau seperti bangkai. Bukan aku tak boleh lihat benda-benda macam ni tapi tak sampai hati melihat orang dalam kesakitan. Tapi kalau buat dan tengok orang sakit hati tu xda hal lah bagi aku. HOHO. Perangai macam cipan je -.-'

Kemungkinan akan berjumpa dengan kura-kura oren sepetku esok. Doakan aku supaya panjang umur. Aminnnn. ;P

Cilaka punya h/p!! Sesedap hantar text message ' iloveyou' kepada orang-orang. Aku tipu. Text kosong -_- Padahal aku ingat dah lock keypad!! AKU BARU JE TOP UP!!!!!!!!!!!! T_T pampasan!!!!!

Saturday, January 23, 2010

Paling Aku ANTI

Aku pelik dengan orang-orang kat myspace. Bukan apa. Lelaki - lelaki di sana 90% amat menyeramkan. Termasuklah jugak yang perempuan tak terkecuali.

1
Perkara mintak nombor telefon tu memang biasa. Kadang aku tengok macam murah je. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Agak - agak laaaaa. Kalau kenal orang tu tak pe lah jugak. Ni setakat tahu and baru je kenal untuk beberapa hari dah mintak nombor telefon. Yg itu memang maunya mintak penyepak dari aku. Yang paling aku rasa nak tergelak siap mempromotekan diri meninggalkan message dalam inbox kasi nombor. Despo lah -.-' Tapi ada jugak yang memahami kalau ada yang bertanya pada aku. Tak da la nak emo macam sesetengah orang sampai terus tidak membalas komen. Entry ni bukan nak menunjukkan aku ni perasan ke apa sebab aku tahu semua pengguna myspace mesti pernah kena. Tak yah nak tipu kalau kata korang tak pernah kena..Melainkan ada yang buat account dan tak sign in buat selamanya 0_0

2
Paling aku tak faham dengan orang yang tak boleh eja betul-betul. Lagi -lagi lelaki. Ada seorang ni aku tengok album gambar dia bertajuk ' kitew punyew' . WATAFAK? Pada aku itu adalah sangat sangat gay. Yang perempuan pun sama. Ejaan pelik - pelik kadang aku tak faham nak membacanya. Aku rasa orang - orang sastera mesti bengang dengan golongan ini. Mermatabatkan bahasa melayu dengan cara yang salah .wth -.-'' Ejaan yang boleh dieja dengan pendek nak jugak diaorang tekan keypad banyak - banyak. Kalau jari tu gemuk aku faham lah jugak nak kasi exercise, but then..... =.=

p/s : facebook tak ada pun hal-hal macam nih .. >.<

pesanan dari belalang : kepada orang-orang di luar sana, jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang. Kalau orang dah menyampah maka parahlah hidup kamu. Tidak akan aku layan kamu seperti mana aku layan mu dahulu. INGAT~ (upin & ipin -.-'' )

teringin seutas rantai dan teddybear besar gebu..siapa boleh belikan? akanku pakai setiap hari ;)

Monday, January 11, 2010

Mau? Tamau?

Sometimes, smiling doesn't mean happiness at all. Because maybe it's just a way of saying ' I can manage.' but sometimes, smiling is just a way of saying ' I'm tired of crying.'



SENYUM SLALU! :)


- saya sudah penat -
salam

Friday, January 8, 2010

Otak Penuh Taik

Orang kata kalau air keluar dari mata kiri dahulu maksud dia itu air mata menandakan kesedihan
Orang kata kalau air keluar dari mata kanan dahulu maksud dia itu air mata menandakan kegembiraan

Kalau keluar ikut tengah?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

JERAWAT PECAH!
Mari kita lihat gambar close up jerawat

Gambar selepas pecah

SUMPAH! Aku kebosanan! CHET!

sekarang kerja aku cuma meng-spam chatbox orang. Kepada siapa-siapa yang ada blog tu lihatlah chatbox masing. Mana tahu kalau aku ada meninggalkan taik untuk korang -..-

p/s: baik korang komen. penat aku melukis -.-'' . maka celakalah barang siapa yang tidak mengomen post ini *tiru ayat nena* hohoho

argh! aku nak kerja! cipan!

Toyol-Toyol Aku Memang Sah Toyol!

Pada pagi yang indah hari ini, aku berjalan-jalan banyak di .....rumah. Keluar masuk bilik -.-'' Bak peribahasa Wan, berjalan-jalan, luas pemandangan >0< Aku terserempak dengan teddybear aku kat atas meja komputer. Haha. Yea aku suka teddybear. Especially yang besar. Suka aku peluk. Mainan aku masa kecil lah. Ada masalah? heh kisah apa aku -.-

Aku perasan ada kelainan dari rupa mereka. Aku perasan. Teddybear beruang biasanya mana ada bulu mata dengan kening. Hari ni aku tengok memang lain macam. Dibelek-beleknya aku beruang tuh. Ada dua patung aku menjadi mangsa conteng. Toyol-toyol yang mencontengnya. ARGH! geram aku! Ingat lagi kakak dan adik yang aku ceritakan dalam post yang lepas? Hish! Kalau bulu mata dan kening warna hitam lawa la jugak. INI?! warna BIRU!! Kalau nak conteng pun at least ajaklah aku sekali. Guna eyeliner Maybelline ke, silky girl ke..at least ada class sikit. Ni pen entah-entah kilometrico korang guna. Comot habis :'( sedih je aku. Dah lah kening berjarak-jarak 0.3cm . Siap aku ukur. Aku tipu -.-

Belikan teddybear baruuuuuuuuuu!!!!! wuek!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Budak ni tipu aku! pfft! @.@

Dah berapa minggu aku ada masalah nak tidur. Tidur dalam pukul 4 atau 5 pagi walaupun bapakku tutup connection internet seawal 12 malam T_T.

Guling, dan guling, dan guling, mengengsot, berdiri terbalik, angkat kaki, masuk tandas, semua tak menjadi. Chibi maruko chan ni bila dia tak dapat tidur katanya kena kira kambing. Budak nih kira kambing sampai 3 dah terlelap. Aku cuba lah petua nih.

Beratus-ratus aku kira kambing. Okay lah. Aku kira sampai 170 lebih..aku hilang kiraan -.-' Mentang-mentang dah lama tak pergi ke sekolah. Hish! mula balik dari 1...2...3....



AKU TAK DAPAT TIDUR LAGI!!! -..-

Lain kali cuba kira babi. Menjadi kot. Haih.

p/s : seronokkah anda lihat anakmu merana? Kalau bukan sebab papa ada penyakit jantung, dah lama adik lepas!! Ever heard of give and take system? URGH!

nak lari dari rumah!!! ada siapa-siapa nak sponsor tempat tinggal aku? chet! aku 'gurau'. pergh!

Akan ku ceritakan detik-detik aku mencari kerja. Menarik sungguh. Aku tak ada mood nak berlawak -.-

Kenapa zaman sekarang banyak orang perangai tak bertamadun. Siapa nama tuh? Flinestone? Flystone? Stone tepi jalan? haaaa yang kartun zaman dulu tu pun lagi bertamadun tahu tak. rawr!

Aku naik 3 kg!! ARGH!!! kena banyakkan proses melombong emas . Emas hitam. unik tak aku ? unik tak? HOHOHOHO -..-

guess who's back?? ;D


-bye-

Thursday, January 7, 2010

Quote :)

No one can know everything about one person
But the person we know, at least we know what kind a person he/she is

-geumjandiyoonjihoo-

Sunday, January 3, 2010

Gunalah Pantene Hair Fall Control


-.-''

Aku dah tukar shampoo .. LOL! >.<

Okay la. Sebenarnya aku tak ada idea nak meng-update. Haha. So mai aku ceritakan tentang pegalaman membawa kereta bersama pak cik garang. WTF! Aku dapat cikgu garang siot. Enjin mati sekali kat atas bukit. Susah betul . Benci ah bukit tuh! @.@

Cikgu tu ajar banyak step sekali gus. Dahlah memori aku low. Lagi2 suruh menghafal. Nak guna otak ni payah beno. @.@ Kalau otak aku boleh isi memory card m2 bertuah weyh -.-'

Cikgu tu pening sebab aku banyak tanya. Dahlah bahasa aku berterabur. HAHA. Dia cakap dia tak faham apa yang aku cakap. Aku cakap bahasa melayu bai. Nak aku cakap bahasa Inggeris kang kau cakap aku cakap bahasa cina pulak. Baik aku cakap bahasa Azlyn lagi senang -.-''

Aku belajar bahasa sarawak weyh ;D

kamek sayang kitak
mek mok kentut aiee -.-''

Aku bukak tagged akaun aku setelah sekian lama tak bukak. Terdengar lagu yiruma kiss the rain bahagian komen -.- .Woah romantik gilaks! Meh aku post video zaman aku dulu. Hadiah New Year dari aku :)




Banyak salah tapi. Enjoy :)

-tata-

Saturday, January 2, 2010

New Chapter In My Life

Haha tajuk yang sedap diberi oleh pasangan lesbian ku , Asikin ..me love~

Kepada yang lain ..ni diary aku. so tak best. Aku warn awal2. Tak nak baca, jangan baca.

Yeap. Pejam celik pejam celik 2010 dah datang ;) cepat betul. So Happy New Year! Have a blessed year ahead of you.

Tahun baru, hidup baru, azam baru, baju baru, KAWAN LAMA =)

Well hidup sudah single. I lied when i said he would have the same fate like others @.@ Satu malam tak cukup laaa -.- dush dush

Hari ni mama buat aku tak terkata. Mak aku cuti. Ayah aku pulak pergi birding kat Kemensah. Mak aku cakap jom kita pergi shopping. Kalau boleh ajak lah Iqhwan sekali. Kita pergi makan2. Mama nak jugak berkenalan dengan orang yang curi hati anak mama. Aku terdiam sebentar. Sudah satu hari. Inbox pun sudah kosong. Tidak ada lagi warning. TEXT MSG FULL 90% . Hish tension aku mendelete text org lain. :|

Time tu aku baru bangun tidur. Aku buat2 tidur balik. Mak aku bersungguh-sungguh mengajak. Aku cuma cakap ..' Ma, ..dah tak boleh..tak bersama lagi dah lah' . Mulalah mak aku kasi ceramah. Sedap aku sambung tidur. Haha tidak lah. Dalam diam mata aku berair..

Sepatutnya hari ni aku cadang nak tengok game dengan kawanku Asikin di Shah Alam. Dia main. Tapi mak aku cakap lewat petang tak boleh. T__T Aku tanya merata pun semua kata tak ada bas nak pergi Shah Alam. Mau naik teksi pun mesti mahal. Jadi aku pun follow mama pergi shopping sakan hari ni.

Berada di Sunway Pyramid selama 7 jam . Syok habis! Beli banyak sangat barang. Dalam lif aku terserempak dengan Zulfazli. Budak main bola gak. Haha, See the pattern? Aku pandang tepat dalam mata dia. Dahlah melalui pantulan dalam lif. Nasib tak cair aku.. :P Sungguh gentleman di dalam lif . Dia tahan pintu untuk aku..LOL! Untuk semua orang lah ..tsk tsk -___- . Teringat tahun lepas bila mula sekolah. Hanya Farhana yang tahu ;D agagaga. Ya ampunn bila aku mula menggatal semula...dasat~~ ;P


Shi Shi!! bila mau webcam?! LOL!



p/s : eventhough you're no longer mine, i will not change your name from my heart till i've found another man .. i love you, ..friend :') haha

jealous pun xda guna kan.. cant help it.. nvm :)


chill friends..i need time :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...