azlyn kata

.

Thursday, January 13, 2011

Derma Darah Punya Hal

Aku pengsan sebentar, pitam kat tepi jalan depan dewan rafflesia selepas itu. okay. fullstop




ARGHHHHHHHHHHHHHHH! MALUUUUUUU!

scary tapi lawak

1 - sambil dengar mp4 , aku berkata-kata.. eceh. dah macam ayat novel .

Aku: weyh, aku tak berapa nak dengar
Farhana : Cuba kau bukak NI (earphone)
*sangat kebengongan di sana. haha. aku bukan tak boleh dengar sebab dengar lagu kuat
Aku: hahahaha. mata aku blur weyh. Rilek jap *cangkung tepi jalan*

2 - aku bangun kuatkan diri, jalan beberapa tapak. ' weyh, rehat jap' , Azlyn kembali berkata-kata. Aku duduk atas benda apa tah tu, menatang sebelah pavement. tak larat sangat rasa nak jatuh jadi aku labuhkan bontot atas jalan. otak sangat high , semua benda jadi hitam, badan gila lemah, makin terbaring, makin terbaring. ala, yang gaya orang pengsan, haa, macam tu lah dia gaya aku. Dhiya pun sempat la berkata

' Apa minah ni nak berbaring-baring kat jalan pulak. haha ' dan bersambung dengan jeritan dari Farhana dengan Dhiya ' AZLYN! AZLYN! AZLYN! '
Dhiya: Farhana, cepat mintak tolong! cepat mintak tolong!

aku tak pasti budak diploma atau degree datang offer kan air. yang aku dengar orang cakap berkali-kali ' kipas, kipas, kipas ' . Farhana menggeletar tangan nak bukak biskut. Marah biskut pulak tuh. hahaha. Suruh aku gigit. Nak mengunyahnya pun kemaen payah dia. Nampak aku mengunyah, bibir pucat aku jadi merah balik. Tuan-tuan dan puan-puan, Farhana amat teruja bila bibir aku darah. Semangat dia cakap ' DAH ADA DARAH! DAH ADA DARAH! . hadoi mak. then terus nak suruh aku minum air.

Aku masih tak berapa nak betul, then cakap la kat Farhana
Aku: nanti..nanti..
Farhana : minum air ni
Aku: nanti..tak nak..
Farhana : eeeeee! degilnya! MINUM AIR NI! MINUM SEKARANG! *sambil letak mulut botol kat bibir aku, tuang air masuk dalam mulut*

minum sampai tumpah-tumpah air . sempat lagi kitaorang gelak-gelak macam orang gila time tu walaupun masih tersadai.

kat perempuan yang offer air tu, terima kasih banyak-banyak :) saya tak dapat cam muka awak
kat dhiya, sorry kau kena tahan badan aku dari jatuh, aku berat kan. hahaha
kat Farhana, kegelabahan kau comel sungguh . haha. tenkiu tuangkan air dengan suapkan biskut. jangan marah biskut tu sebab patah. haha

thanks korang . bertuah kan ada yang sayang . hee :')

ha, itu hal selepas derma darah. hal derma darah, lain cerita pulak

Fakta 1: Tangan kena cucuk kiri kanan. Tangan kiri cucuk salah, and darah yang keluar pulak beku, so abang tu cucuk tangan kanan pulak.

Fakta 2 : Masa salah cucuk kat tangan kiri, boleh pulak dia gerakkan jarum besar tu ke dalam ke luar macam nak cucuk daging nak buat sate tapi daging tak masuk betul. Balik bilik, tempat tu sakit. Nak angkat takbir, pehhhhhhh, tu tak yah cakap la kan. haha

Fakta 3 : Aku boleh kira orang last menderma. Aku paksa dhiya dengan farhana derma dulu. sangat takut. tangan aku kalau ukur suhu, ada dalam 10 darjah celcius kot. haha. farhana derma darah dulu, boleh la aku rembat tangan dhiya nak panaskan tangan. dhiya dah pergi, aku kepitkan tangan macam nak pergi kencing.

Fakta 4 : Lutut aku tak berhenti mengeletar sepanjang aku derma darah.

Fakta 5 : Bila beg darah dah penuh, aku usap perlahan-lahan , layan macam anak. hee. panas je darah aku.

Fakta 6 : Derma darah dapat makanan free tau u ols . hee. dapat dua biskut lexus, satu biskut yang macam-macam tu dengan roti dengan chrysanthemum tea. hee. dengan ubat -.- memang haram la aku nak sentuh ubat tu. minta maaf~

Kejadian berlaku semalam. Sangat penat. Tu yang tidur awal, tidur pun tak lena, asyik terbangun-bangun.

berteraburnya entri ni. hadoi mak -____-

nah buat tatapan ramai

kat warna biru tu dia ada tulis Pusat Darah Negara tau :p

2 comments:

zahirlunatik said...

apa jadah wei!
tak kuat langsung!
LEMBIK!

nur azlyn said...

woi woi woi bang jaher. aku panjat tangga batu cave tu lepas derma darah tau. kau ada? haa. tak da kan. hahahha. diam -.-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...