azlyn kata

.

Wednesday, January 19, 2011

Serabut Dinner

Budak-budak ramai texting dengan boypreng dengan girlpreng masing-masing. Aku apa barang nak texting-texting dengan boypreng. Girlpreng boleh la, kan anje ana kan kan. Okay. Aku sibuk texting dengan mama. Sweet gitu tak? Kalau kawan-kawan tanya, uish Azlyn, sibuk text dengan siapa tu? Kan rare bila jawab 'MAK' . Nampak la sikit ada gaya anak mithali ye idok .

Aku text mama pun sebab nak bertanya keadan baju kebaya untuk grand dinner asasi sabtu ni. hik hik. Hantar alter kasi lawa sikit. hik hik. Okay, cukup di sana cerita baju kebaya.

Agak susah nak bergerak ke SACC Convention Centre dari Puncak Alam. Anak yang mithali ni pung mintak la izin mak nak menumpangkan parasit-parasit yang aku sayang.

Mama : Brape orang nak datang?
Adik : 4 orang tak silap
Mama : Hulamak mana nak sumbat bro. Ok ok. Boleh
Adik : Amboi, ni abg eh? takkan mama sms macam tu. hahaha. habislah abang. Kawan adik, Amie tanya abang ada rumah ke tak. haha. habislaaaa.
Mama : Eh tak ni mama yang reply. Siapa amie? Kenapa tanya abang?
Adik : Heh, biar betul ni mama. Macam ganas semacam je. Kawan. Dia cakap abang comel. Nak muntah dengar. HAHA
Mama : Ohh tak sangka anak mama handsome . haha
Adik : Eeeeee ni abang! gediknya!
Mama : Hoh ( O.O )

Aku tak tahan tengok statement second last tu. pergilah mati~ HAHAHA

................................................................................................

Asasi Sains Grand Dinner hari sabtu ni. Sumpah, aku teringin sangat pakai dress. Tak pernah dalam hidup aku pakai dress lawa berjela-jela, sapu lantai berkilat seperti menggunakan Ajax Fabuloso sambil buat muka oh-aku-hot-kau-dengki-cakap-lepas tu-orang-pijak-kain-jatuh-tersembap-padan-muka. Tapi sebab tak sanggup tengok elaun berkurang, aku pakai la kebaya hitam pario hari raya dua tahun lepas tu. Tema masquerade aku campak jauh-jauh, tema tradisional lagi sweet kan. hik hik. Belanja kat kasut je dengan ticket untuk dinner, kan jimat. wink wink. Tak pe lah, maybe one day ada peluang pakai kan. hik hik. Lepas aku cerita semua ni, tak ada ke insan yang terdetik dalam hati nak belikan acessory ke apa ke? Tak ada? pasrah~

Make-up satu hal lagi. Hadoi mak. Bencinya! Nak perm rambut time dinner boleh? hik hik hik.

Esok pergi sunway. Nak tengok movie, dah lama tak tengok movie :')

Nak menyelit sikit, banyak benda yang aku teringin sangat nak buat
1. Pergi taman metropolitan. serius shit dari hari tu lagi. sampai sekarang tak kesampaian. haih
2. Pergi genting dengan budak-budak kesayangan. Last sekali aku jejak sana masa darjah berapa entah
3. Pergi Broga Hills tengok either sunrise or sunset. sumpah nak tengok :(
4. Pergi KL ke ? yang ada masuk dalam bola lepas tu kita golek-golek
5. Pergi wall climbing
6. White water rafting. tapi mahal sangat. tunggu la kumpul duit dulu. zzz.
7. Nak tengok movie tu boleh dimakbulkan esok. yay!:D

Nombor 1 dengan 3 tu, kalau pergi dengan lelaki mesti bestkan? hik hik. Astaga, Azlyn -____-''

2 comments:

Razman said...

eh, macam lama tak bce blog kau ni. kemain dah ada bf. haha. blog lagi satu private?

NUR AZLYN said...

eh aku mana ada bf der. haha. blog lagi satu wajib private. haha. sorry :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...