azlyn kata

.

Sunday, March 27, 2011

teka tekok

Bila kancil menjadi babi? ha, jawab! jawab!













Bila parking lot kat shopping mall penuh dan tiba-tiba harapan muncul pabila ternampak tiada kereta di celah-celah kereta. Dah cucuh sikit lantas terlihat sebuah kancil di dalam. BABI! oh, hal ini jadi tadi. Berevolusi dalam imaginasi wa

Thursday, March 24, 2011




yeah, we had fun :)
18032011

Monday, March 21, 2011

Bukan rasuah, hampir-hampir saja





oh, dia tutor physics kitaorang kat palam.

haha senonoh sungguh perangai aku :p

Thursday, March 17, 2011

hati sangat sakit sebab bayar yong tau fu rm 8, tapi terubat balik selepas tengok ana rempuh pintu yang jelas tertera ' tarik ' :D

wuuu, sangat rare

Ini Entri Serious. Tajuknya Forum 18++

POST EDITED

Pada suatu hari, suatu masa, suatu tarikh ini, tarikh 14 Februari. Ramai perempuan bertudung labuh ligat ronda dalam cafe rafflesia puncak alam. Yang jadi target semuanya perempuan dan lelaki yang duduk sama berdua-duaan. Tak pun yang berdouble date. Tiang lampu sungguh. Ada la jugak jelous, kenapa akak-akak tu tak tegur aku. Oh lupa, sebab aku tak duduk kat cafe. Aku lepak dewan angsana dengar forum. kihkih. Mereka sibuk sambil sebar-sebarkan flyer. Yang nampak jelas cuma huruf 'HARAM' . Haram luar, haram dalam, haram sana sini. Besar gedabak. Mungkin size font yang digunakan size 8. hmm, boleh tahan besar la jugak. Nak distribute flyer separuh A4.

AMARAN: TULISAN SELEPAS INI ADA BANYAK PERKATAAN CINTA. KORANG GELI? AKU LAGI GELI.

Minggu itu, memang penuh dengan ceramah agama tentang cinta. Budak-budak seronok pergi, lagi-lagi topik-topik ni kan. Lagi-lagi ada kupon. Lagi-lagi, tak ada pape dah. Benda pertama yang keluar dari mulut ustaz, ' apa itu cinta? ' . Katanya cinta itu fitrah. We need love in order to survive. Sebahagian daripada nafsu juga. Makan, ego dan seks. NO NAFSU, NO SURVIVING. Samalah macam uitm selalu cakap kat student lepas final, NO SUFO NO RESULT. macam haram.

Ustaz kata, kalau cinta tak best, manusia tak biak. biak? tambah populasi ke pembiakan otak ustaz? teehee. Cinta memanglah semuanya panas mula-mula, lama-lama boring. Panas, sejuk, makin sejuk, sejuk menggigil, panas membuak tiba-tiba, itu yang clash. Ustaz kata, lelaki ni ego sangat, sebab nak pertahankan diri. HAHA. fine, aku yang cakap -.-

Ada 3 sebab cinta. First, sebab lawa dan cantik. Kebiasaannya ni menjadi sebab utama lelaki. Second, sebabkan kebaikan. Yang ini pulak dituju pada perempuan. Asal lelaki ayat je dah cair. Jangan nak jadi lilin sangat. Third, sebab sayang. Cinta sebab rahmat Allah. Cinta yang ini katanya paling mahal. hmm

Bila bercinta semuanya comel. amboi. Ada adab pergaulan. Ahhhhh aku malas nak hurai panjang-panjang. Aku kasi isi je. Karangan kau buat sendiri okay

1. menundukkan pandangan. bukan pada perempuan sahaja. lelaki pun sama. jangan mengada nak terbeliakkan mata. gatai naaaa.
2. ada pembatas antara lelaki dan wanita. Habuk pun jadilah. HAHA. no no no.
3. tak berdua-duaan. susah nak praktik kan? i understand, i understand
4. suara. tak perlu nak beralun-alun sangat. Baca al-Quran pun tak beralun, bila cakap kemaen~
5. jangan pegang-pegang. tak perlu sibuk-sibuk tiba-tiba cari semut dalam rambut ke sebab curious kot-kot ada kutu. bertepuk, bertampar, bercuit-cuit..mentang-mentang free of charge kan. no no no

Ustaz kasi contoh ni

Lelaki : Assalamualaikum, tak jawab dosa.
Perempuan : Waalaikumusalam

Perempuan tak ada choice melainkan menjawab kan. Ustaz suruh tambah kat belakang ayat, mengorat dosa! Problem solved . HAHA. lameeeeeeeeeee

Oh, and kebiasaannya, bila dah bercinta ni, orang yang tak reti berpantun, bersyair, mengarang tetiba reti la pulok. Menimbulkan kemusykilan. Setan punya kerja lettew .

' jangan percaya kepada kegagahan seorang lelaki yang tak berpegang pada amanah, bla bla bla bla, kerana mereka bukan lelaki sejati '


One more thing mamat-mamat comel di luar sana, oh tak dilupaka juga perempuan-perempuan yang gojes, janganlah cinta sehidup semati. Sorang hidup, sorang mati. Kot iya pun nak bercinta, jangan bercinta dengan batu nisan. Scary. Perfume kemenyan tiap-tiap hari halau hantu *geleng kepala*

Rasanya ni lirik lagu lady boss kuttt

Cinta itu..
Boleh diumpamakan bagai..
Makan sambal belacan..

Walau pedas..
Hingga mengalir air mata..
Masih mau dimakan jua..

Cinta jangan dibuat macam goreng pisang..
Sungguh enak bila makan panas2..
Bila ia sejuk jadi kurang enak.. Hohoho
Goreng pisang sedapnya..!!

p/s: banyak lagi, but then aku akhirkan di sini je la. Kan dah jadi ustazah, hadoi mak

mereka keluar. aku duduk diam-diam

Awal pagi mengejutkan orang lain dengan jeritan. Jeritan hasil menggeliat, kerana tersepak muka sendiri dengan tangan apabila menggeliat pagi. Kena tepat pada bunga yang tumbuh di tepi kening hasil dari pengeluaran hormon estrogen dan progesterone yang menggila.

Masuk rumah, keluar rumah ingin membuat air milo untuk bekalan tenaga menjawab kertas last fizik. Kembali masuk rumah yang betul, masuk bilik yang salah. Apa lah bengong sangat kepala ini hari. Dari malam semalam aku terkinja. Berlepas turun ke fakulti, ramai berbaju lengkap baju, seluar stok-stok budak pavi. Aku tetap ayu berbaju kurung. tettttttt. Menanam niat lepas habis final, balik rumah cuci baju, kemas bilik. Tidak terdetik sama sekali di dalam fikiran ingin pergi keluar ( pegilah mati~ *kedengaran sayup-sayup suara kawan mengomen*)

Semester 1, fizik paper first. Mungkin niat uitm nak kasi budak-budak taubat. hmmm, ada jugak kemungkinan tu. Tanduk-tanduk sem 1 semua jadi tumpul masuk semester 2. Final kali ni aku banyak luangkan masa call orang nak kurangkan debar, lagi-lagi mama. Urm, dengan papa cakap 3 minit je. Itu pun bertanya tentang resipi. hah? hahahaha, aku pun tak tahu kenapa -..- Yang sudi angkat call, terima kasih. Yang aku tak call, sebab aku tak berani nak call.

dan qatamlah hidup aku di puncak alam. hoyahhhhhhhhhhh, happy gila, but not for long. tak dapat nak keluar senang dah lepas ni. sob sob. tapi yang paling penting, dah boleh makan rambut Taylor Swift perisa tomyam. awwwwwww, saat-saat penungguan amat seksa tau.

lokasi malam esok --> kelong :D

' ayuh sahabat kita bergembira, bermain menyanyi bersama menikmati indahnya dunia '

Tuesday, March 15, 2011

orang kat puncak alam pun updated okay ;p

SILA MAKAN BANYAK PISANG.

tak, dan juga bukan untuk menyuruh kamu-kamu semua berevolusi jadi monyet. HU HA HU HA sana sini nuclear power plant meletup, so yeah. makan pisang pun senang berak tau . tak perlu risau memerut lama-lama dalam tandas. nak makan buah lain pun tak da hal lah .

lagi satu, bila dah suka sangat makan pisang, bila nampak pisang, jangan buat muka macam ni. beruk lain nak buat kawan pun takut tau.



take care :)

Sunday, March 13, 2011

Final Punya Pasal

Tahu tak perasaan sangap maggi tu cenggane ? Boleh gila tau tak. Sebulan lebih tak dapat makan. Tapi mungkin gila itu tak seteruk sawan babi perokok bila dah sangap sangat rokok tak dapat rokok kut. eheh?


MAGGI HOTCUP TOMYAM. BRRRRRRRRRRRRRRRRRRR !!

budak uni or budak asrama or yang sewaktu dengannya, kalau korang tak suka makan benda alah ni memang aku pandang serong ah. thumbs up for hotcup maggi tomyam :D


p/s: bersabarlah sehingga khamis ni wahai azlyn yang comel. wiwit.
.


Wednesday, March 9, 2011

When Spongebob Meets The Klates

Ready dok budok-budokk? Ho laa, keptenn! Gaaapooooo diooooo? HO LAAAA KEPTENN! ooo. Podio dok dale buoh lanah dale laut? Spongebob Sluar Kkotok! Sene meresap bewarno kuningggg. Spongebob Sluar Kotak! Kalu demo suko bendo laut hok ngarut. Spongebob Sluar Kkotok! Pah mari la pakat nnopat supo ike. Spongebob Sluar .... Kkotok! Ready? Spongebob Sluar Kkotok, (3x) Spongebobbbb Sluar Kkotokkkkkkkk !!!

Friday, March 4, 2011

Perihal Sunat

Pada suatu hari, kucing reti main jelir-jelir lidah. HAHA -.- Dino under general anae..erm, ubat bius la senang cerita. tak reti nak eja guna omputeh punya pasal. heh


:p

@.@

I can't help but to laugh bila tengok gambar ni. No, bukan tak berperikemanusiaan, but too funny, but at the same time sangat kesian.

According to mama, muka dino stone je after sunat lepas balik rumah. Kepala main geleng-geleng dengan mata high macam lepas sedut siput sedut. Badan tak boleh gerak. Dino tak layan black metal okay u ols.

p/s: erm, dino tak baca newspaper cina okay
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...