azlyn kata

.

Sunday, October 17, 2010

Bila Azlyn Membuka Bicara

status update aku di muka buku sekarang : semua lelaki sama je kot kan rasanya. haih. dahsyat :/

Secara jujur aku cakap, aku tak faham kenapa lelaki yang setia dengan baik semua makin kurang sekarang.

Aku bengang. Masa mula-mula lelaki cuba dapatkan perempuan yang mereka suka, sweet kemaen lagi tau. Tapi bila dah dapat, segala belang diaorang tunjuk. Lelaki, cuba terangkan boleh tak? Tak reti-reti ke korang buat macam tu, perempuan tak suka.

Aku pun tak faham dengan lelaki yang tak cukup dengan seorang. Kenapa perlu pasang dua? pasang tiga? pasang lima? perlu ke?! Tolonglah jangan tamak, please..

Pernah tak korang try memahami perasaan perempuan yang diduakan? ditigakan?? dilimakan??? Pernah tak bubuh diri korang dalam situasi perempuan tu. Kalau perempuan tu tak sayang lain cerita. Kalau perempuan tu sayang dengan sepenuh hati? Hancur hati dia. HANCUR.

Aku sakit hati bila tengok kawan aku dilayan macam tu. Sebab aku tahu macam mana perasaan dia. Itulah salah satu sebab utama aku down dua bulan yang lepas. Sakit sangat rasa dia. Sakit..

Kenapa lelaki tak dapat bezakan antara perempuan yang nak main dengan perempuan yang betul-betul nakkan relationship. Bukan semua perempuan suka tipu lelaki. Get that right please. Lelaki yang pernah disakiti dengan perempaun yang suka menipu, tolong jangan samakan dengan golongan-golongan kami yang tak ada niat nak sakiti hati orang yang disayangi. But i tak pernah nak salahkan you, cause i know, you've been hurt a lot before, banyak kali. But kenapa i yang kena dapat balasan macam ni. I wanted to show you bukan semua perempuan sama, but i guess tinggal macam tu, but at least, at least i setia, tak pernah ada lelaki lain. Sorry, hal peribadi pulak masuk. Kembali pada topik general .

Bila perempuan tu rapat dengan lelaki lain, bukan main marah. But for me, aku tak kisah, cause it shows that he cares. For some girls yang memang nak main lebih, itu aku tak tahu. Tapi lelaki, bila dia rapat dengan perempuan, bila kaum perempuan marah, kita yang kena marah balik. The reason why we did that cause we know, korang tak akan dapat control diri. We are afraid of losing you. Bukannya kongkong.

Lagi tak tahan kalau lelaki layan perempuan macam taik. Yang dok tengking-tengking. Bila dah ada yang lain, kira boleh nak layan orang macam tu eh? Dahlah menipu, marah lagi. Haih. Sampai hati korang. Benci betul yang suka marah-marah. Perempuan bukan tempat nak melepaskan geram. Tolong ingat tu. Dalam Islam sendiri pun cakap, layan perempuan dengan baik. Bukannya kasi semua layanan teruk ni.

Aku tahu bukan semua lelaki macam tu. Aku post ni pun sebab tak puas hati gila bila dengar cerita kawan aku. Ada seorang hamba Allah ni, dia kata jangan salahkan lelaki seratus peratus. Hubungan yang lancar, lelaki dan perempuan perlu ada komitmen. Sama macam apa yang cousin aku pernah cakap dulu juga. Both parties must work together for a long lasting relationship. Kalau seorang sahaja yang berusaha, baik lupakan sahaja. Ye acip, you lah kan. haha. Kalau ada yang terasa tu, tolonglah, tolonglah berubah. Don't expect layanan yang baik kalau sendiri tak mahu beri yang terbaik. And guys, jangan mengharapkan perempuan setia kalau diri sendiri pun tak setia. Hipokrit namanya tu. Haih.

emosinya post ni. haha okay okay. kembali ceria :D

p/s: kalau ada yang terasa aku minta maaf, padan muka :)

Thursday, October 14, 2010

bleh



ni dah kenapa pun aku tak tahulah
HAHAHAHAHAHAHAHA
-.-

Monday, October 11, 2010

mama :')

i cried on the first day of raya this year
sbb mama terlupa birthday adik
bila adik nangis, mama pun nangis.
sorry mama
sebab sepanjang umur adik,tulah kali pertama mama lupa
adik tak pernah salahkan mama pun sebenarnya
smpai sekarang mama rasa bersalah
takpe, adik faham, sume busy prepare utk pagi raya kan :)
make-up yang nadjwa baru bubuhkan pun hancur. haha. sorry
sebab tu aku mengharap sangat satu orang tu call
boleh la ubatkan sikit hati sedih time tu
bila dia wish macam tu je memang rasa sedih sangat
but thanks to asikin for calling
iqhreen, ifa, izam and siapa-siapa yang ada kat background nyanyikan lagu birthday through phone call
seriously terharu sangat time tu sebab tak pernah orang buat :')
perkara-perkara sedih tu aku dah try lupakan :)

harini tiba-tiba mama janji nak belikan rantai untuk adik
cakap nak tebus kesalahan mama
haih, mama, mama tak buat salah pun
banyak kali dah adik cakap
tapi apa pun, thank you mama
mama nak pergi operate awal nov nanti
nasib baik adik masih cuti
boleh la adik teman mama dekat hospital nanti
adik pasti mama sure kuat, sebab dah pernah kan operate sekali dulu
tapi tu tempat lain kan, leher
kali ni kaki, rasanya tak sakit sangat kan
apa-apa pun harap semuanya berjalan lancar
adik akan sentiasa doakan
i love you mama <3

Friday, October 8, 2010

sedikit (banyak) fakta tentang aku

1. bosan

2. aku tak suka mc donald. kalau nak belanja aku makan, belanja aku kfc. tak pun pizza hut. nandos aku terima. yang lagi mahal lagi lah perut aku terima. teehee

3. aku paling benci nasi ayam. kalau aku cakap setail kelantan ' nasi ayam tak dapat memberahikan aku' . memang lucah habis. erkk -__-''

4. aku sangat suka sushi. tapi bila dapat tahu sushi tu tak halal, aku dah stop makan. buat sendiri la alamatnya sushi. tapi malas. haish. eh pahal semua pasal makanan ni. dah dah.

5. ubat? mmg paling aku anti. kalau aku makan ubat memang kau takkan nampak aku berhenti peluh. lagi-lagi ubat selesema pagi. nama dia clarinaz. kalau aku pakai kain, memang boleh nampak basah. astaghfirullahalazim. sial, bukan kencing.

6. aku sangat suka menangis. kalau orang care sikit pun, contoh. aku tengah demam. orang tanya aku macam mana or letak tangan atas dahi aku je mata aku dah mula berair. lagi-lagi tengok drama korea yang sedih and romantik, memang meleleh habis la. untuk pengetahuan semua, hati aku ni lembut sebenarnya. ehem. HAHAHAHA. dah. cukup -,,-

7. bila aku demam, apa jadah tu tuala basah-basah letak atas dahi tu. haa tu. aku paling tak suka. tapi aku suka kalau tuala basah tu letak atas kepala rambut. kepala rambut?? heh -,,-

8. sepanjang umur aku, first relationship aku masa aku umur 17. sedih kan? haha. tak pe. at least aku serious time tu. tahan untuk setahun 2 bulan. ececece. bangga. haha :)

9. masa aku kecik, aku pernah patah dua-dua belah tangan. tu sebab tangan aku mcm cacat kalau aku straightkan

10. jantina aku perempuan :0

11. aku tidur kadang mata tak tutup habis. tu masa aku kecik

12. berat yang paling berat aku pernah cecah is 63 kg. HAHA. boleh cayaaaa punya

13. aku paling benci cross jalan. bukan apa. aku tak berapa reti. kalau kau nampak perempuan yang cross jalan lari sambil jerit 'TAK NAK! TAK NAK!' sambil buat muka nak menangis, haa tu aku. Ya Allah, malunya membuat pengakuan -___-

14. aku jalan tak tengok orang. aku pandang lantai. lagi-lagi kalau jumpa lelaki. lagi-lagi yang datang sekumpulan. ikut mood aku la. kalau aku malu memang pandang lantai. kalau aku bad mood memang muka ketat habis aku tunjuk.

15. tahap kesabaran aku sangat tinggi. laptop lama memerlukan 15 minit untuk start. 10 minit untuk tunggu boleh tekan benda-benda lain. dalam keadaan di mana laptop itu sudah semestinya hancur di bawah jagaan orang lain, aku ni amat penyayang. haha . sudah berakhir kisah cinta aku dengan laptop lama. now laptop baru. tak sampai 2 minit dah boleh guna. hee. bayangkan betapa sabarnya aku

16. memori aku teruk. lagi-lagi dalam bab-bab menghafal. kalau nama orang lagi lah lemah. nak ingat jalan? tu lagi lah harapan. tu sebab aku selalu sesat. haish. sangatlah blurrrrr

17. aku trauma dengan ular. tima aku form 2 hampir kena patuk dengan ular senduk. tu pun nasib baik ada kaca sliding door. kalau tak memang dah kena patuk kat muka. oh my precious face. pehh -____- . dalam hidup aku dah dua kali aku berdepan ngan makhluk badan sejuk nih.

18. kucing yang paling aku sayang dulu mati kena langgar. tapi aku tak menangis. lagi gelak cerita ada. mata dia terkeluar dari soket. mungkin dia tahan sakit sangat sampai terberak-berak. mungkin itu cara aku menghadapi situasi masa tu. haish..lepas tu kena marah dengan mama cakap aku kejam tak sedih. haish..

19. bila aku darjah berapa, tapi masih lagi kecik, aku pernah patahkan satu key piano. mungin sebab terlalu marah. orang yang membaiki terkejut bila dapat tahu aku yang patahkan sebab bukan senang nak patahkan. dengan tengok saiz badan aku masa aku kecik, memang mustahil. welll, bila dah marah , macam-macam boleh jadi kan.

20. walaupun aku mula belajar piano masa umur aku 4 tahun, tapi aku tak ada bakat semula jadi. aku dah habis belajar dah cuma aku tak amik teacher's grade dan tak sambung diploma untuk ABRSM. abang aku amik separuh jalan. tapi dia sangat berbakat. dari keck lagi aku jealous dengan dia. listening skills dia sangat hebat. dia tak perlukan notes untuk main lagu. aku perlu. yang lagi aku tak puas hati dia cuma belajar separuh jalan. aku belajar sampai habis. tapi dia lagi terror. well.. lagi tak puas hati, dia reti main guitar, bass, piano, drum. pfft. dunia ni tak adil kan? haha

21. ni rahsia yang aku simpan dah lama. aku pernah vakum sekor hamster ni dulu. dia mati. gosh. bukan sengaja okay! it was an accident! sebab aku malas nak keluarkan tapak dia so aku vakum je sawdust. siapa suruh menatang tu gatal sangat gerak , kan dah kena vakum :/ darah keluar ikut mulut. saya tidak bersalah. waaa. hey! at least aku gali lubang tanam dia okay. dalam pulak tu, tak nak kasi kucing makan. sorry. zzz

22. aku sangat lah kedekut nak keluarkan duit sendiri. lagi-lagi time ekonomi. nasi pun control gila. sebab makanan kat puncak alam mahal gila . beg yang aku bawak pergi training pun ramai dah tegur ' azlyn, lawanya beg' . hahaha aku rilek je. biar lah lusuh macam mana pun. asal boleh guna lagi. ingat lagi tu hadiah hari jadi aku time aku darjah 4. mama yang kasi. ye. beg biru yang tak nampak macam beg tu ha. tapi kalau bab-bab benda yang memang aku nak memang aku belanja habis. and kalau belanja kat orang pun aku senang keluar duit. contoh, hadiah je la kan. haha

23. aku suka orang wish aku good morning and good night. makes me feel so spesial . heh

24. aku kalau makan maggi sekali 2 paket. tambah telur yea. kalau makan perisa kari, tambah cili api 5. teehee

25. aku suka termenung. ngeh. it's either aku termenung kosong or termenung fikirkan benda. but kebanyakannya termenung kosong ah. hee . suka buat orang suspen.

26. baju masa aku darjah 5 yang aku tak muat dulu sekarang dah longgar :0 fakta ni baru tahu tadi -,-''

27. aku tak suka tengok orang-orang sekarang panggil orang kesayangan diaorang. baby. dear. honey. eeeeeeeee. baik babi terus kan. pada aku SAYANG jugak sedap :)

28. walaupun aku black belt dalam taekwondo. tapi kalau orang nak pukul aku menjerit lari dulu. hee :p maklumlah aku in lembut orangnya. blehhh

29. aku cepat sayang orang. tapi aku setia okay. blehh

30. antara semua orang, ramai mak orang ckap perangai aku kebudak-budakan antara semua kawan-kawan aku. heh. oh tidak, aku matang. bila aku gila je jadi *high*

31. dalam seumur hidup aku, aku tak pernah kena chicken pox. suntikan BCG pun aku tak amik.

32. aku pernah dua kali je naik kapal terbang. satu masa pergi johor rumah mak cik aku dulu. heh johor? mak aku tak reti drive ke sana time tu. haha. second masa pergi bandung indonesia. mahu pergi lagiii. shopping shopping :D

33. pemakaian aku teramat sangat selekeh. pakai track bottom dengan baju lusuh pergi tuisyen dengan bag yang aku cakap tu. haa itu aku. haha. tapi pergi luar aku jaga lah jugak penampilan

34. aku tak reti nak bermake-up. kalau setakat pakai bedak tu aku tahu la. aku tak suka muka rasa kena tempek dengan debu. kesian kulit aku tak leh bernafas :(

35. kalau aku drive, aku selalu pegang stering pukul 7 and pukul 2. aku drive suka memecut and suka break lambat. mak aku takut. aku pun takut. heh -____-

36. sangat menepati masa. kalau lambat pun lambat 5 atau 10 minit. aku tak tahan orang lambat. lagi-lagi laki. apa jadah lambat. serious tak tahan. tapi some tu aku bear with it je. kawan atau sayang punya pasal kan. takkan nak marah kawan sendiri -____-''

37. aku sangatlah malas nak add orang. aku add masa first-first je then dah tak add. kalau aku add tu maksudnya aku kenal atau tahu orang tu. kalau approve tu emua orang aku approve. yang kena delete tu sebab kurang ajar dengan aku or aku tak suka. peace.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...