azlyn kata

.

Monday, February 8, 2010

Seluar Merah Yang Memikat Hati

Baru-baru ni mimpi-mimpi yang aku dapat pelik sungguh @.@

Pelik sampai tahap yang tidak logik. Aku mengandung dah 3 bulan. Tak pasal-pasal. Sehari sebelum, kempis je perut. Keesokan hari perut boroi. Comel je. Tak kecik tak besar. Haih. Kalau nak mimpi pun at least mimpilah episode by episode. Baru boleh sikit aku faham jalan cerita.

Sambungan mimpi yang paling tak boleh blah, aku mimpi masa tu ayah aku pandu kereta. Semua orang tak duduk dalam kereta tapi duduk luar kereta. Bawaknya slow tahap kura-kura. Kura-kura sayang oi. Nasib bukan warna oren :P Okay berbalik pada topik. Aku duduk di tempat paling depan. Tiba-tiba ayah aku brek kecemasan. Kecemasan la sangat, tahap kura-kura kan -.-' Entah macam mana aku jatuh tergolek depan. Mungkin kerana berdasarkan konsep inertia, .... kau bacalah sendiri buku teks fizik Tingkatan 4. Malas aku nak huraikan. Kalau orang mengandung memang trauma la jatuh, betul tak? Aku trauma ,terus bangun dari tidur . Alamat datang bulan kot. Haih

Tarikh 5 Februari yang lepas merupakan hari ulang tahun mak aku yang ke 49. Mak aku lagi tua dari ayah aku. Beza 7 bulan je pun. Tahun lepas, mak aku menanam niat nak mula pakai tudung. Tapi malangnya tak start lagi sebab tudung-tudung yang ada semua tak match dengan baju dia yang lain -.-

Sempena ayah aku pergi ke Bandung, semua manusia di dalam rumah aku menjadi ringan tulang. Kaki kami bagai mahu berterbangan ke semua tempat kerana tiada konkongan di rumah. Ayahku bagai warden asrama. Haktuih! Nak keluar bukan main payah. Jadi kami gunalah peluang ni untuk ENJOYYYYYYYYYYYYYYYYY! Ibu dan anak menjadi begini

dancing cat Pictures, Images and Photos

itu mak aku . tak bertamadun betul.haha.sorry mama .zzz

dancing kitty Pictures, Images and Photos

aku mcm ni.BAHAHAHA!!

Kegembiraaan melanda berganda-ganda. Mana mak dan aku tak happy. Kalau keluar, tension memikirkan nak balik rumah sebab muka ayah bukan main masam. Sebiji macam muka orang kalah judi. Macam lah kita orang ni keluar tak balik rumah bertahun-tahun -.- Jadi mama dan aku, mak cik dan nadjwa mengajak keluar pergi ke Midvalley untuk birthday treat. Makan di Chilis. Tatkala menunggu meja, sekumpulan manusia keluar dari restoran tersebut.

Seluar merah menyala menarik perhatian aku. Badannya begitu kurus. Jalannya ala-ala squidwalk. Pelik semacam aku tengok. Rambut dia, fulamak! Aku rasa kalau masuk mana-mana iklan shampoo, tak laku babe! Sekali aku pandang rupanya sungguh kelakian. Dua kali aku pandang, memang lelaki . Aku tengok, dia berpayu dara! As in ,kalah aku punya. Sumbat dengan berapa roll tisu tandas pun aku tak tahu. Weyh, aku ni yang tak berapa ada pun tak ada nak main sumbat-sumbat -.- Ingat ikan sumbat goreng ke nak main sumbat-sumbat. GELI SIOT AKU TENGOK! tetapi mungkin rakan aku Akif akan meminatinya. Tidak sia-sia dia berusaha untuk tampak seperti wanita tulen (tengok aku masukkan nama kau.puas hati? ) :D

Keesokan harinya kami berjumpa lagi. Tapi kali ini di Bangi. Mak cik bawa kami ke kedai Ariani untuk membeli tudung. Pada aku, orang yang beli tudung di Ariani memang.... BAZIR DUIT T_T Kalau aku, aku lebih sanggup beli tudung di Mydin sahaja. Bapak mahal! Selendang yang lawa-lawa tidak ada yang berharga kurang dari RM90 @.@ Alang-alang mak aku mencari tudung dan selendang, mak cik aku hadiahkan dua helai selendang. Hadiah yang sungguh bermakna pada aku. Seruan untuk menutup aurat.

p/s: post ini sangat bersepah. minta maaf.

YES! akan cuba bekerja dengan cousin aku untuk membuat baju raya emak. pewitt! cuak jpj test 18 ni wai..OMG OMG OMG!!!

iloveyousayang :)

9 comments:

Unknown said...

hahah..memang bersepah la Elyn,sampai dah tak tw mana satu mimpi mana satu realiti..takpe..tetap enjoy membacanya..hehe

nur azlyn said...

hahaha otak terlampau excited sangat ketika menaip :D

Encik Psychopath said...

bersepah. x reti kemas ke?
anak dara kn?

nur azlyn said...

aku anak dara versi unik.amacam?

Koje said...

klaka tu klaka...tp bersepah smpi xphm....huhuhuhu.....

Anonymous said...

x , kau x unik . anak dara versi sepah sepah . aku baling terompah baru tau . haha .

nur azlyn said...

firdausrazali: haha akan saya perbetulkan

feefa: nak baling baling ah kasut lembut.boleh dibuat bantal busuk :D

Zack Medek said...

hahaha agak comel kucing tu.

nur azlyn said...

zack medek : hahaha yg mana satu? mak aku dah tak available weyh! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...