azlyn kata

.

Monday, January 31, 2011

Pengajaran

Kunci pintu tandas sebelum mengencing atau melabur atau kedua-duanya sekali atau yang sewaktu dengannya


azlyn, azlyn, puasa puasa pun buat dajjal. Aku insaf dah.






p/s: HAHAHAHAHAHAHHAHA, sori, tak tahan.
saya minta maaf, ikhlas.

Saturday, January 29, 2011

Hujan, alkisahnya cicak

Tengok-tengok file gambar dalam phone cikai. Adolah gambar cicak ni. Bila aku bukak tingkap dulu, terjerit la jugak. Sikit je pun. Nasib baik roomate tak ada.




Tu la cak, jangan urban sangat nok. Mesia ni panas tak macam kat London nak main sunbathing. Kalau lah cicak berblogging, ayat apa diaorang baca ah? zzz
p/s: yang lain, sila ambil pengajaran. cak cak cak


Peram dalam bilik Amie hari ni. Hujan di palam. Kabus tak berapa nak tebal kali ni. well, yeah, bangunan bawah besar-besar tu fakulti. Jauh kan dari bilik? -___-

p/s: gambar cam cipan. skejap blur skejap clear. eish

Cak, kalau kau sunbathing hari ni, mungkin kau survive lagi semester dua ni. haih..

sayang, i tak kaya youuuuu

' Anda semakin hampir mendpt 100 min PERCUMA ke nombor Celcom. Hanya reload min RM5 x 4 kali lagi '



Sungguh tak menahan ayat akhir. pale hotak kau jambul nak aku top up lagi RM20.

celcom memang suka hantar message pelik-pelik eh. pendekatan yang sangat unik. i loike . heh

Thursday, January 27, 2011

Malaikat Ekonomi

Alarm subuh aku biasa berbunyi pukul 615. Subuh tak Subuh tu lain cerita. Aku terbangun awal hari ni sebabkan text. Pukul 607. Tak sempat aku nak tunggu pukul 615, tiba-tiba cahaya sipi sipi nampak dari tepi pintu. *DUSH* pintu terbukak laju, dengan suara garau tak garau berkata ' BANGUN~ ' . Keadaan luar bilik yang terang, dengan keadaan dalam bilik yang gelap. Kelihatan seperti malaikat yang bangunkan subuh. Yang slacknya, malaikat lepas mandi pakai tuala kuning, baju biru dengan rambut serabai baru lepas syampu keluar tandas. BEST TAK? macam ngeri pun ada. Amie, Amie.. HAHAHAHHAHAHA!

Tiba-tiba aku terbayang kau pakai skirt ballet warna baby pink, dengan kepak besar warna putih tambah dengan bulatan berbulu atas kepala. Oh imaginasiku~ Baru lah macam happy ending sikit cerita kejutan subuh, iya idok?

Ada Gaya Dr Rozmey Tak?


ARGH TIDAKKKKK! Eh , apa ni! apa ni! ni memang dia. jap jap..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


haaaaaa. spot the difference? dia ada rambut, kau ada? tak ada kan? so senyap. ngahaha

Alkisahnya, budak ni budak lecture hall aku. Budak-budak perempuan yang belah kiri gambar tu taksub sangat dengan budak ni

So , lets begin the story. 22 January 2011 hari tu, maka bergala-gala la budak uitm puncak alam di SACC. Dinner tersebut bagaikan dinner budak-budak puncak alam di mana syaratnya, ' paku bontot anda di kerusi, jangan berjalan-jalan' . Apa kejadah. Bosan teramat. Orang yang tak berjanggut pun boleh tumbuh janggut, orang yang mengalami masalah sembelit pun lebih rela masuk tandas meneran dari duduk dalam dewan yang bosan. Oh, kali ni aku tak termasuk dalam kategori itu. wiwi.


Meh aku perkenalkan sikit orang dalam lecture hall aku.

bha, azza, dhiya, fadz, hazirah, fadz, ammar
dhiya kata gambar ni nampak suspicious . ya, itu ayat-ayat orang dengki :p


Groupmate F1


Prof. Madya Haji Ahmad
Ada gaya macam bini muda tak? HAHA -.-

Prof ni antara lecturer yang paling aku respect. Prof ni lah yang mengajar aku PHY093 semester 1. Kelas pertama , semua student menyesal duduk barisan depan dewan kuliah. Maksud surah Al-Fatihah yang ditanya. Tanya la gravitational energy ke, Coulumb's Law ke, kan kena pada subject -__- . Kuliah yang ke berapa, aku pun tak ingat, tiba-tiba aku disuruh baca doa naik kenderaan. Sumpah, sampai sekarang aku tak hafal. Prof kasi aku masa seminggu. Dia lupa masa kelas seterusnya. Alhamdullilah. Next class, dia ingat. Sampai ke akhir dia ingat. Setiap kali dia tanya, ' mana student saya yang saya suruh dia baca doa naik kenderaan?' *semua gelak-gelak* Aku dok menyendeng-nyendeng sorok-sorok. cis!

Final exam semester 1 start dengan paper physics. Jujur aku cakap aku tak ready untuk paper tu. Sejam awal aku turun, kosong je kaki lima dewan peperiksaan 4. Bayangan Prof Ahmad kelihatan. eceh. Aku duduk bersila tepi kaki lima sambil baca buku Giancoli. Takut. Prof datang tersenyum kat aku, sambil cakap, ' kamu nampak tak tong sampah kat sana? ' . Aku jawab, ' nampak prof ' . ' Kamu tutup buku tu, baling dalam tong sampah ' , sambil tersenyum ikhlas. Aku cuma mampu geleng kepala cakap ' tak boleh, tak boleh, saya tak ready '. Tak lama lepas tu, air mata aku mula mengalir. Sejam sebelum aku turun fakulti pun, nafas dah tak betul, kaki menggeletar. Prof sangat baik, dia mencangkung depan aku. Aku ulang balik, MENCANGKUNG , sambil cuba kasi nasihat. Dapat jugak tips-tips terakhir. Aku bersyukur actually dapat bertembung dengan Prof sebelum masuk examination hall, kalau tak, memang aku blank sebab hati tak tenang.

Malam dinner selepas bergambar dengan Prof, aku bertanya, ' Prof, ingat saya lagi tak? ' . Prof jawab, ' Of course, kamu yang menangis sebelum masuk examination hall, yang kamu bercerita kat saya yang kamu fail test 2 physics masa semester 1, doa naik kenderaan pun, but i just kept quite as you don't want to be recognized ' jawab Prof dengan sangat tenang tapi ceria. Aku cuma mampu gelak :)

Prof Ahmad nampak aku dari jauh, gelak-gelak tengok aku kibas-kibas kain pario nak betulkan. cam harem. benci kain pario. dah lah menampakkan perut orang yang lagi buncit -.-

Prof, jujur cakap, walaupun saya tak faham satu habuk pun dalam lecture Prof, saya rindu sangat Prof mengajar. Ilmu semua keluar sebab gelak cam setan time belajar. Sekarang Miss Arda yang mengajar. Dia pun boleh tahan hebat , masih muda yaww.

Miss Arda sweet berbaju biru . She won the best dressed that night :)


Last but not least, MEREKA KESAYANGAN AKU, cantik-cantik belaka

okay, i look fat and old. damn it. DIAM

Friday, January 21, 2011

kecoh je

2 hari selepas derma darah ( 2 minggu lepas )


semalam


hari ni

nak cakap aku tak jaga diri, aku macam jaga je, entahlah..
orang lain punya tangan dah elok, tangan aku je yang makin teruk
faezah lagi jujur, ' ehhhh, hodohnya '
haha, kejujuran yang teramat sangat ye di sana
uhm.. biarlah dulu. zzz

ouh, ni tangan yang tak boleh guna hari tu untuk derma darah sebab darah aku beku

Wednesday, January 19, 2011

Serabut Dinner

Budak-budak ramai texting dengan boypreng dengan girlpreng masing-masing. Aku apa barang nak texting-texting dengan boypreng. Girlpreng boleh la, kan anje ana kan kan. Okay. Aku sibuk texting dengan mama. Sweet gitu tak? Kalau kawan-kawan tanya, uish Azlyn, sibuk text dengan siapa tu? Kan rare bila jawab 'MAK' . Nampak la sikit ada gaya anak mithali ye idok .

Aku text mama pun sebab nak bertanya keadan baju kebaya untuk grand dinner asasi sabtu ni. hik hik. Hantar alter kasi lawa sikit. hik hik. Okay, cukup di sana cerita baju kebaya.

Agak susah nak bergerak ke SACC Convention Centre dari Puncak Alam. Anak yang mithali ni pung mintak la izin mak nak menumpangkan parasit-parasit yang aku sayang.

Mama : Brape orang nak datang?
Adik : 4 orang tak silap
Mama : Hulamak mana nak sumbat bro. Ok ok. Boleh
Adik : Amboi, ni abg eh? takkan mama sms macam tu. hahaha. habislah abang. Kawan adik, Amie tanya abang ada rumah ke tak. haha. habislaaaa.
Mama : Eh tak ni mama yang reply. Siapa amie? Kenapa tanya abang?
Adik : Heh, biar betul ni mama. Macam ganas semacam je. Kawan. Dia cakap abang comel. Nak muntah dengar. HAHA
Mama : Ohh tak sangka anak mama handsome . haha
Adik : Eeeeee ni abang! gediknya!
Mama : Hoh ( O.O )

Aku tak tahan tengok statement second last tu. pergilah mati~ HAHAHA

................................................................................................

Asasi Sains Grand Dinner hari sabtu ni. Sumpah, aku teringin sangat pakai dress. Tak pernah dalam hidup aku pakai dress lawa berjela-jela, sapu lantai berkilat seperti menggunakan Ajax Fabuloso sambil buat muka oh-aku-hot-kau-dengki-cakap-lepas tu-orang-pijak-kain-jatuh-tersembap-padan-muka. Tapi sebab tak sanggup tengok elaun berkurang, aku pakai la kebaya hitam pario hari raya dua tahun lepas tu. Tema masquerade aku campak jauh-jauh, tema tradisional lagi sweet kan. hik hik. Belanja kat kasut je dengan ticket untuk dinner, kan jimat. wink wink. Tak pe lah, maybe one day ada peluang pakai kan. hik hik. Lepas aku cerita semua ni, tak ada ke insan yang terdetik dalam hati nak belikan acessory ke apa ke? Tak ada? pasrah~

Make-up satu hal lagi. Hadoi mak. Bencinya! Nak perm rambut time dinner boleh? hik hik hik.

Esok pergi sunway. Nak tengok movie, dah lama tak tengok movie :')

Nak menyelit sikit, banyak benda yang aku teringin sangat nak buat
1. Pergi taman metropolitan. serius shit dari hari tu lagi. sampai sekarang tak kesampaian. haih
2. Pergi genting dengan budak-budak kesayangan. Last sekali aku jejak sana masa darjah berapa entah
3. Pergi Broga Hills tengok either sunrise or sunset. sumpah nak tengok :(
4. Pergi KL ke ? yang ada masuk dalam bola lepas tu kita golek-golek
5. Pergi wall climbing
6. White water rafting. tapi mahal sangat. tunggu la kumpul duit dulu. zzz.
7. Nak tengok movie tu boleh dimakbulkan esok. yay!:D

Nombor 1 dengan 3 tu, kalau pergi dengan lelaki mesti bestkan? hik hik. Astaga, Azlyn -____-''
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...