Suasana pagi yang indah dicemari dengan perkara-perkara kotor. Punca utama --> Aminah Hanum
Aku bangun pagi macam biasa. Blur yang teramat sangat sambil mata pejam buka pejam buka luas-luas banyak kali sambil duduk hujung katil pandang ke arah Amie. Amie dengan biasa berkain batik PINK yang sentiasa lucut-tak-mahu,bukak-terus-mahu sambil minum madu cuka epal yang dibeli dari Giant Klang. Degar kata banyak khasiat minuman tu. Amie mula merapatkan silaturahim dengan aku
Amie: Bulu mata kau panjang eh, tapi tak melentik langsung. straight terus
Aku: IYEEEEE. ramai cakap bulu mata aku macam unta
Amie: Unta bulu mata melentik, kau straight
Aku: ye la ye laa. bulu mata lembu. amikkkk. ramai komen bulu mata aku
Amie: Kau tahu tak, unta tu sebenarnya, haiwan yang sangat pemalu. Kalau dia dapat tangkap kau tengok dia tengah beromen, kau akan mati.
Aku: Beromen?
Amie: Eh bukan, bersetubuh
Aku: Macam tak kena je perkataan tu
*suasana senyap* masing-masing fikir perkataan yang betul. Amie tak sabar, terus jerit ' ANA! kucing buat dengan kucing, apa orang panggil tu?'
Ana semangat jerit dari tandas, 'mengawan!' . Ana bab-bab ni laju je kan. hahahahaha
Amie: ha! mengawan. kalau unta nampak kau tengok dia tengah mengawan, dia akan pastikan kau takkan hidup
Aku: takkan la sampai mati
Amie: sampai mati tu aku tak pasti la, tapi belasah itu pasti
Aku: tapikan, let's say aku pergi sana vacation, aku naik kapal terbang fly, unta pun ikut naik eh?
Amie: itu TAK LA. kau ni kan
Dialog pagi ni sangat bodoh, tapi, yang tak boleh tahan, perbincangan ni dilakukan secara serious.
pagi-pagi dah cakap pasal mengawan. produktif sungguh -_____-
Okay anak-anak. Pengajaran kita pada hari ni, jangan tengok unta buat hal kalau nak panjang umur. sekian.
3 comments:
first: PINK ea??? nape besar?
second: what do you mean by "lucut-tak-mahu,bukak-terus-mahu"
third: kau ade perasaan nak mati awl x? mention name aku dengan name sebenar..lau nak letak ame sebenar pun..kne letak cmni..
eg: aminah hanum (bukan nama sebenar)...
kan PERFECT!!!
**bukan pervert ea
kau tgh pakai kain batik warna apa skrang amie? haha
kain kau, sentiasa nak terbukak kan. aww aww :D
ada tu ada, tapi tak nak aku mati di tangan kau. lain kali aku try buat :p
HAHAHAHAHAHAHAHA. -______________________________________-"
Post a Comment