azlyn kata

.

Monday, February 22, 2010

Mak Aku Tamak

Tidak aku sangka permintaan mak aku untuk membuat ujian darah membuat ibuku kelihatan seperti vampire. Dia ambil darah sampai 3 tube sekali (!)

Pada mulanya aku tak takut langsung. Rileks sahaja apabila mak aku mula tulis nama dekat tube. Saat yang paling membuat aku teruja ialah apabila mak aku dengan happy cakap

' Mama bawak jarum yang paling BESAR tau '

Muka aku tersenggih-senggih kegembiraan 0_____0 . Terus aku tak duduk diam. Mak aku cakap.

'ELYN! DUDUK DIAM! nak kena cucuk pun takut. apalah '

Huish mak aku nih. Cakap senang. Mama cucuk orang mana tahu sakit dia. sheesh -.-

Mak aku tension. Dia kata kalau semua pesakit macam aku maunya mintak penyepak. Asyik nak tangkap gambar je kerja. HAHA. Nak show off babe aku berani amik darah. kekekeke!

Dalam proses mengambil darah mak aku suruh genggam tangan. Aku genggam gila-gila sampai lah darah tak keluar. Mak aku suruh lepaskan genggaman.

Aku : HUH? mama cakap jangan gerak nanti jarum bergerak :O
Mama : Lepaskan genggam
Aku : Hah betul ni ma lepas genggam?
Mama : Ya lepas. Hish budak nih
Aku : Lepas genggam ?
Mama : YA! cepatlah!

HAHAHA tension tak tension mak aku ambil darah aku. zzzzz -.-


Kau nampak apa yang aku nampak?


YA ! Itu dia. Faeces. Nasib baik mak aku tak ambil contoh yang itu. zzzz

p/s : Blood test aku okay. Darah jenis AB+ . Baguslah tuh. Terserlah sikap kedekut aku. Salahkan jenis darah yea. Bukan salah aku.

-bye-

Saturday, February 13, 2010

Kasih Sayang Anak-Anak Mohd Rosman dan Rogayah Shamsudin

Aku ingat lagi, bila aku kecik-kecik dulu, tak sah kalau tak gaduh dengan abang satu hari pun. Cara-cara kami meng-expresskan perasaan sayang antara satu sama lain amat unik. Baling-baling permainan kereta kecil atas kepala masing-masing menjadi rutin harian kami. Sambil baling sambil menangis. Mungkin kerana perasaan terharu yang teramat sangat.

Mengacau salah seorang dalam tandas juga sebati dalam jiwa kami. Sampailah sekarang. Lebih kurang. Tapi sekarang kami dah tak main ketuk-ketuk pintu kuat-kuat. Menjerit-jerit seperti beruk . Bukan aku beruk. Abang aku lah. Masing-masing suruh cepat. Aku mandi memang lama. HOHO

Sekarang dah lain. Masing-masing dah matang. Masing-masing bertolak-ansur melayan kerenah masing-masing. ERK ya ka? Bermula dari tahun lepas dah lain sebab abang aku belajar kat Kedah membuat matrikulasi. So kalau dia balik memang spend time together di rumah. Maksud spend time together tu duduk dalam rumah yang sama tetapi masing-masing buat kerja masing-masing. Sangat style kan.

Kemesraan abang terhadap adiknya
Adik : Abang! tolong amik cawan dengan air untuk adik. Pastu tolong..blablabla
Abang aku bukan main baik keluarkan cawan dan air. Sebijik macam lembu. Dengar cakap. Siapa nak buat suami? Hadapi aku dulu.

Kemesraan adik terhadap abangnya
Abang : Elyn! Tolong amikkan abang cawan dengan air
Adik : Amik ah sendiri! Malas tol! Gerak banyak sikit kasi kurus! *terus berlalu dari dapur sambil gelak seperti syaitonirojim*

.................................................................................

Kemesraan abang terhadap adiknya
Jam menunjukkan pukul 11 malam lebih
Adik : Abang! Teman turun bawah cari makan. Laparlah
Abang : Jom!

Kemesraan adik terhadap abangnya
Abang : Elyn! Jom turun bawah. Lapar
Adik : Malas! turun sendiri. PENAKUT! orang tengah diet suruh orang teman makan. HOHOHOHO * gelak seperti Betty La Fea tetapi tetap turun kerana perut aku pun lapar -.- *

Lagi satu, sebelum naik ke atas aku cepat-cepat tutup lampu dapur dan lari terus naik ke atas walaupun tahu abang aku masih di situ. Syiok berlumba lari di atas tangga.

.....................................................................................

Kemesraan abang terhadap adiknya
Abang aku makan maggi lewat malam. Senyap - senyap aku amik garpu cukai sikit. Dia marah. Kisah apa aku. Asalkan dapat merasa

Kemesraan adik terhadap abangnya
Abang : Elyn, nak rasa.
Adik : HOI! jangan sentuh! dah lah orang tengah lapar. Buat ah sendiri. Hish.
Lepas tu cepat-cepat aku habiskan makanan aku. Sangat syok.

........................................................................................

Aku ingat lagi masa zaman-zaman sekolah dulu. Aku sentiasa bangun awal. Aku benci orang lewat. Aku benci orang yang buat aku menunggu. Memang lakhanat betul la kalau orang-orang sengaja buat aku sakit hati kasi lewat. Macam abang aku. SETIAP HARI selalu berak last minute. Lambat gila. Memang aku menjerit-jerit suruh dia cepat. Bukan kerana aku jealous tidak boleh pergi ke tandas seperti dia tiap-tiap hari tetapi kerana aku tidak mahu pergi ke sekolah lewat. Last-last aku suruh mak aku bukak enjin kereta kasi dia cuak. Kena naik basikal pergi sekolah. Itu masa zaman aku Tingkatan 2 dan 4.

Aku bangun awal pun masuk tandas mandi dulu. Tugas aku bangunkan abang aku setiap kali habis mandi. Memang aku bangunkan. Aku bangunkan dia setiap hari ada lebih kurang 10 kali. Boleh anda bayangkan. Dulu -dulu aku rajin je keluar bilik setiap 5 atau 10 minit untuk bangunkan dia. Last-last aku dah tak sabar. Aku bangunkan dua kali sahaja. Satu kali pukul 6. Satu lagi pukul 6.55. Memang nasib ah. Malas aku nak menunggu. Dengan hati yang gembira, aku pergi ke sekolah naik kereta dengan mak aku. Amannnnn.

Sekarang cara aku gerakkan abang aku dah lain. Sekali sahaja terus dia bangun. Ternyata cara ayah aku amat berkesan atas abang aku. Caranya amat senang. Buat serangan mengejut pada pintu biliknya. Ketuk dan sepak sekuat hati. Konpem! Tidak sampai satu minit dia buka pintu dengan muka yang teramat blur. Kalau sekarang ayah aku guna cara tu, sah sah! ....aku takkan bangun. Sebab dah biasa. Aku selalu tidur mati. Elektrik mati pun aku tak sedar, Tapi kalau dia sms aku dapat bangun pulak. Ceh! mengada :P



Okay, sebenarnya aku teringin seorang kakak. Siapa nak, sila isi borang di sini

Nama :
Umur :
Penderaan yang sanggup ditanggung :
Sanggup menjadi kad kredit azlyn : ya _ tidak _

p/s : hari ni kura-kura oren cakap dia tak rindu. Patutkah aku bogelkan dia dengan merampas cangkerangnya?


perangai tak senonoh. berak depan orang. Maafkan dia :P
Jangan tanya aku mengapa matanya begitu, sebab di dunia realiti memang macam tu .nyot nyot. comel je. ahaks! :D

Eh tidak pun aku buat sup kura-kura masak lemak cili api. Nak salai pun boleh. Buat jeruk tak sedap kot sebab kura-kura kerja dia mandi laut je. Dah cukup masin.
p/s: sayang sangat pada dia sehinggakan sanggup buat post special. terharu kah anda? hoho.ampun pak beribu ampunn :P

sekian.mekacih yea.

Monday, February 8, 2010

Seluar Merah Yang Memikat Hati

Baru-baru ni mimpi-mimpi yang aku dapat pelik sungguh @.@

Pelik sampai tahap yang tidak logik. Aku mengandung dah 3 bulan. Tak pasal-pasal. Sehari sebelum, kempis je perut. Keesokan hari perut boroi. Comel je. Tak kecik tak besar. Haih. Kalau nak mimpi pun at least mimpilah episode by episode. Baru boleh sikit aku faham jalan cerita.

Sambungan mimpi yang paling tak boleh blah, aku mimpi masa tu ayah aku pandu kereta. Semua orang tak duduk dalam kereta tapi duduk luar kereta. Bawaknya slow tahap kura-kura. Kura-kura sayang oi. Nasib bukan warna oren :P Okay berbalik pada topik. Aku duduk di tempat paling depan. Tiba-tiba ayah aku brek kecemasan. Kecemasan la sangat, tahap kura-kura kan -.-' Entah macam mana aku jatuh tergolek depan. Mungkin kerana berdasarkan konsep inertia, .... kau bacalah sendiri buku teks fizik Tingkatan 4. Malas aku nak huraikan. Kalau orang mengandung memang trauma la jatuh, betul tak? Aku trauma ,terus bangun dari tidur . Alamat datang bulan kot. Haih

Tarikh 5 Februari yang lepas merupakan hari ulang tahun mak aku yang ke 49. Mak aku lagi tua dari ayah aku. Beza 7 bulan je pun. Tahun lepas, mak aku menanam niat nak mula pakai tudung. Tapi malangnya tak start lagi sebab tudung-tudung yang ada semua tak match dengan baju dia yang lain -.-

Sempena ayah aku pergi ke Bandung, semua manusia di dalam rumah aku menjadi ringan tulang. Kaki kami bagai mahu berterbangan ke semua tempat kerana tiada konkongan di rumah. Ayahku bagai warden asrama. Haktuih! Nak keluar bukan main payah. Jadi kami gunalah peluang ni untuk ENJOYYYYYYYYYYYYYYYYY! Ibu dan anak menjadi begini

dancing cat Pictures, Images and Photos

itu mak aku . tak bertamadun betul.haha.sorry mama .zzz

dancing kitty Pictures, Images and Photos

aku mcm ni.BAHAHAHA!!

Kegembiraaan melanda berganda-ganda. Mana mak dan aku tak happy. Kalau keluar, tension memikirkan nak balik rumah sebab muka ayah bukan main masam. Sebiji macam muka orang kalah judi. Macam lah kita orang ni keluar tak balik rumah bertahun-tahun -.- Jadi mama dan aku, mak cik dan nadjwa mengajak keluar pergi ke Midvalley untuk birthday treat. Makan di Chilis. Tatkala menunggu meja, sekumpulan manusia keluar dari restoran tersebut.

Seluar merah menyala menarik perhatian aku. Badannya begitu kurus. Jalannya ala-ala squidwalk. Pelik semacam aku tengok. Rambut dia, fulamak! Aku rasa kalau masuk mana-mana iklan shampoo, tak laku babe! Sekali aku pandang rupanya sungguh kelakian. Dua kali aku pandang, memang lelaki . Aku tengok, dia berpayu dara! As in ,kalah aku punya. Sumbat dengan berapa roll tisu tandas pun aku tak tahu. Weyh, aku ni yang tak berapa ada pun tak ada nak main sumbat-sumbat -.- Ingat ikan sumbat goreng ke nak main sumbat-sumbat. GELI SIOT AKU TENGOK! tetapi mungkin rakan aku Akif akan meminatinya. Tidak sia-sia dia berusaha untuk tampak seperti wanita tulen (tengok aku masukkan nama kau.puas hati? ) :D

Keesokan harinya kami berjumpa lagi. Tapi kali ini di Bangi. Mak cik bawa kami ke kedai Ariani untuk membeli tudung. Pada aku, orang yang beli tudung di Ariani memang.... BAZIR DUIT T_T Kalau aku, aku lebih sanggup beli tudung di Mydin sahaja. Bapak mahal! Selendang yang lawa-lawa tidak ada yang berharga kurang dari RM90 @.@ Alang-alang mak aku mencari tudung dan selendang, mak cik aku hadiahkan dua helai selendang. Hadiah yang sungguh bermakna pada aku. Seruan untuk menutup aurat.

p/s: post ini sangat bersepah. minta maaf.

YES! akan cuba bekerja dengan cousin aku untuk membuat baju raya emak. pewitt! cuak jpj test 18 ni wai..OMG OMG OMG!!!

iloveyousayang :)

Thursday, February 4, 2010

Cerpen Aku

Aku suka makan. Siapa suka mengunyah? Tolong kunyah untuk aku. Malas seyh -__-



p/s : Trust takes years to built just seconds to destroy it. Menipu sekali aku boleh accept. Menipu kali kedua aku maafkan TAPI ......... boleh jalan la weyh .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...