azlyn kata

.

Monday, April 25, 2011

how time flies huh

 tak menahan sunggoh. zaman kecik-kecik dulu dah serupa mafia -.-

gambar atas dari kiri ke kanan:
1. umur 6 tahun tak silap aku. sungguh..innocent, sama macam sekarang. ehem
2. umur 11 tahun tak silap. pakai baju baru raya tuh gambar tu. kena marah dengan mama sebab tak raya lagi.
3. gambar sekolah tingkatan 1. cukup brutal? muka orang kalah judi pun ada rupa gini

gambar bawah kiri ke kanan:
1. umur 15 tahun. tahun pentingmenjadi gemuk. eh eh. PMR
2. umur 17 tahun. nampak macam penagih dadah mahupun amah. 50 kg
3. umur 18 tahun. nampak seksi. 55 kg. HA HA HA 

oh well, gambar passport pakai tudung tak amik lagi. bila la tu nak amik -_____- tunggu kurus nohhh.

Saturday, April 23, 2011

Amboi, starting pakai perenggan. Setting salah malas tukar

Naik kereta heading to Kedah dengan speed 186 km/h itu tak cool okay wa cakap lu. Kalau ajak langsuir racing sebelah kereta papa, konpem isi-isi terburai jatuh tercicir-cicir nak keep up speed. Ada la juga sesaat dua aku terasa aku mengalahkan speed superman terbang. Sedikit riak ya di sana. Ampun.

Sampai ke Kolej Matrikulasi Kedah, terasa diselubungi lelaki-lelaki kacak. kekeke. Dan semestinya abang aku tak termasuk. Lepas dari Changloon terus naik feri ke Langkawi. Tak ada lelaki kacak. Hampa. Sesudah sampai ke Langkawi, oh tempat yang indah khabar dari rupa. Baju berlambak-lambak jual ' i langkawi '. I'm eyeing for ' i hate langkawi 'serious shit. Oh well, dapat jumpa kucing cop langkawi, lembu langkawi, cicak langkawi, mat salleh hot dan minah salleh berbikini, eh eh, manusia langkawi pun jadilah. 


 huh beli jugok -.-
*tak bermaksud untuk tonjolkan diri tau tau tau. aku serious ni


Hati ku yang fragile terasa sakit, bila cable car sana tutup. pfft. dapat bergambar dengan signboard ' Langkawi Cable Car ' pun jadi lah. Asalkan dah sampai sana kan kan kan. Pathethic. To those yang nak pergi Langkawi, tolonglah jangan pergi from 17-30 April. Tempat tu tutup yearly okay for maintainance. Parasailing, i didn't get the chance to try it too. Nothing much la actually Langkawi ni. Tempat Beras Terbakar pun tah hape-hape. Kamon la makhluk-makhluk Langkawi, at least goreng ah beras kasi hangus ke apa ke tabur kat jalan merata-rata. Hampa tahu tak tak nampak beras terbakar langsung.


Saya pergi Taman Hidupan Liar jugak tau rakan-rakan. Pegang ular sawa batik. wuuuu *muka teruja. I guess trauma aku pada ular dah hilang kot walaupun still berdebar, huh. Dapat pegang telur burung unta. Telur bercangkerang ya. Muka dah cukup teruja bila pak cik cakap boleh berdiri. Tapi bila disebut boleh tahan tahap 50 kg, i don't wanna be the mak burung unta yang menetaskan telur tu okay. Kang pecah tak pasal-pasal siapa yang susah? AKU jugak yang susah kena basuh seluar kotor kena telur, bukannya mak burung unta.


Rekod pertama dibuat di Langkawi, iaitu masuk cybercafe and actually use the computer. Second time aku jejakkan kaki di cc. No joke. Style tak? Okay kanak-kanak, itu bukan style, itu jakun namanya. Kegelabahan terserlah cari cc kat Langkawi, Uniten punya pasal. Aku guna 3 minit je wey, kena charge singgit. One word. Kejam. Aku minta maaf kepada orang-orang yang diganggu aku and i appreciate all of your help, seriously. Yang kenal macam tu je tak pernah bersua muka pun, sangat baik menolong. I guess i'm lucky to have good friends like them. Feel the love? definitely! Awwwwwww. okay, cut the crap. 


Yada yada yada. Balik rumah naik feri. Yeah, sampai subang naik feri. Penat tahu. Now rumah penuh dengan cokelat, Lets get high. Saya tengah tension sebab gemuk sangat dah. Ada siapa-siapa nak tolong sedutkan? 

Of course la aku tak sampai rumah naik feri, budus. Oh btw, sekarang aku tahu Kubang Pasu kat mana *mendabik dada tanda bangga. Ingatkan kat Perak.

Friday, April 1, 2011

OH MA GAhhhhhhhhhhhhhhh.
haram jadah apa ni wey.gelimat *geleng2
dapat tahu ada kenalan join sini, as in post gambar kat wall *double geleng
feel free to join? -.-

Johan cakap, ' renung-renung kan dan selamat beramal '



im not a fan of ceramah-ceramah agama, tapi ceramah ni sangat..inspiring i would say
bila aku lupa nak bersyukur, i'll watch this again and again
i promise

p/s: he reminds me of my uncle though. handsome :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...