azlyn kata

.

Friday, November 26, 2010

Dan Sesungguhnya



Dan sesungguhnya, niat sebenar aku nak tangkap gambar secomel yang mungkin bersama teddy bear amie, tapi keluar gambar sebegini

Sesangatlah lucah TT___TT


Gambar ni baru betul :)

Ini lah housemate SEBENAR aku ♥
ni gambar masa semester 1
aku suka merempat rumah orang. hoyah ! :D

Wednesday, November 24, 2010

i used to be jealous when i see couples walking together
but not anymore
im happy for those who are happy with their loved ones
macam hari ni
pasangan jalan together-gether
the smile on their faces
it's just precious :')
senyuman yang menandakan kebahagiaa.
awwwwww. comel je
tak guna ada relationship kalau tak happy
but of course there ada pasang surut kan
itu yang menghangatkan perhubungan
haha
suka tengok diaorang :)
eventhough im single now
i kinda enjoy my life right now
bersyukur dengan apa yang ada okay :)

Monday, November 22, 2010

eh eh, macam comel. bleh :p

tapi kenapa nampak macam cacat jugak?
mulut tu. macam orang kena strok -___-

yay! saya tak ada class hari ni! ceramah saja
tapi sedih, tak ada orang online ym :(

page facebook pun tak boleh bukak during office hours
tu yang ligat sangat update blog kan azlyn -___-

Kembali ke Penjara

Dah 6 minggu cuti, tarikh 21 November jadi tarikh sejarah dalam hidup. Masuk UiTM Puncak Alam balik. Ingat lagi waktu aku mula-mula masuk sini. Nak cuci baju pun aku tak reti.

Hari pertama aku di sana, aku tunggu lewat malam. Nasib baik roomate aku masuk tandas. Aku minta tolong tujuk ajar dari dia. So well, now i know how to wash my clothes :) teruk kan? seorang perempuan tak reti nak basuh baju guna tangan sendiri. Well, at least aku sanggup nak buat .

Makanan kat puncak alam ni mahal ya rabbi. Aku jimat duit sangat-sangat kat sini sampai berat pun senang sangat nak turun. Lauk biasa ayam goreng, tak pun ikan keli masak cili tambah dengan sayur seciput. itu dah RM 4.00. Sekali je aku pernah dapat paling murah. Rm 1.50 berlaukkan nasi, tempe 3 dengan tauge yang tak seberapa. Mana tak cengkung muka aku?

Tapi sekarang kira okay. Aku tak berjimat sangat. Balik puncak alam hari ni, makanan yang aku stok 6 bulan yang lepas, masa aku mula-mula daftar, masih ada T__T jom tanya soalan sama lagi. azlyn, mana tak cengkung?

Tapi tak kisahlah kan, balik rumah terus naik 5 kg. fuiyoh

Nak tengok almari aku?

amik kau, dulu tak penuh macam ni pun almari aku, kosong je, sekarang penuh dengan baju kurung, i loike :)

endahkan tuala wanita di sana. Kalau nak beli buat hadiah ke, belilah jenama kotex. heh. wth -.-

Leceh pakai seluar, aku tengok budak-budak lain kemaen lagi bergaya pergi kelas. Dengan make-up tebal 1 inchi. amboi~ ingat nak pegi Pavi ke apa? Contohi lah aku, bangun pagi, mandi 10 minit, sarung baju kurung, bubuh lipbalm terus gerak masuk dewan kuliah. Ada macam lelaki tak perangai aku? zzz -___-

Itu je lah kot. Haih. Kebosanan. Tapi aku rasa kali ni semester 2 mesti best, sebab kuliah aku dah campur dengan kumpulan lain, maksudnya ada lelaki, Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Boleh cuci mata di saat ketensionan belajar. ALHAMDULILLAH :D

Ataghfirullahalzaim Azlyn, buruknya perangai. tak boleh teruk lagi ke? -_____-

Tu je lah, nak tidur. Malam pertama Azlyn dan Puncak Alam. Ya ampun, ayat nak lucah je . ish -.-

Sunday, October 17, 2010

Bila Azlyn Membuka Bicara

status update aku di muka buku sekarang : semua lelaki sama je kot kan rasanya. haih. dahsyat :/

Secara jujur aku cakap, aku tak faham kenapa lelaki yang setia dengan baik semua makin kurang sekarang.

Aku bengang. Masa mula-mula lelaki cuba dapatkan perempuan yang mereka suka, sweet kemaen lagi tau. Tapi bila dah dapat, segala belang diaorang tunjuk. Lelaki, cuba terangkan boleh tak? Tak reti-reti ke korang buat macam tu, perempuan tak suka.

Aku pun tak faham dengan lelaki yang tak cukup dengan seorang. Kenapa perlu pasang dua? pasang tiga? pasang lima? perlu ke?! Tolonglah jangan tamak, please..

Pernah tak korang try memahami perasaan perempuan yang diduakan? ditigakan?? dilimakan??? Pernah tak bubuh diri korang dalam situasi perempuan tu. Kalau perempuan tu tak sayang lain cerita. Kalau perempuan tu sayang dengan sepenuh hati? Hancur hati dia. HANCUR.

Aku sakit hati bila tengok kawan aku dilayan macam tu. Sebab aku tahu macam mana perasaan dia. Itulah salah satu sebab utama aku down dua bulan yang lepas. Sakit sangat rasa dia. Sakit..

Kenapa lelaki tak dapat bezakan antara perempuan yang nak main dengan perempuan yang betul-betul nakkan relationship. Bukan semua perempuan suka tipu lelaki. Get that right please. Lelaki yang pernah disakiti dengan perempaun yang suka menipu, tolong jangan samakan dengan golongan-golongan kami yang tak ada niat nak sakiti hati orang yang disayangi. But i tak pernah nak salahkan you, cause i know, you've been hurt a lot before, banyak kali. But kenapa i yang kena dapat balasan macam ni. I wanted to show you bukan semua perempuan sama, but i guess tinggal macam tu, but at least, at least i setia, tak pernah ada lelaki lain. Sorry, hal peribadi pulak masuk. Kembali pada topik general .

Bila perempuan tu rapat dengan lelaki lain, bukan main marah. But for me, aku tak kisah, cause it shows that he cares. For some girls yang memang nak main lebih, itu aku tak tahu. Tapi lelaki, bila dia rapat dengan perempuan, bila kaum perempuan marah, kita yang kena marah balik. The reason why we did that cause we know, korang tak akan dapat control diri. We are afraid of losing you. Bukannya kongkong.

Lagi tak tahan kalau lelaki layan perempuan macam taik. Yang dok tengking-tengking. Bila dah ada yang lain, kira boleh nak layan orang macam tu eh? Dahlah menipu, marah lagi. Haih. Sampai hati korang. Benci betul yang suka marah-marah. Perempuan bukan tempat nak melepaskan geram. Tolong ingat tu. Dalam Islam sendiri pun cakap, layan perempuan dengan baik. Bukannya kasi semua layanan teruk ni.

Aku tahu bukan semua lelaki macam tu. Aku post ni pun sebab tak puas hati gila bila dengar cerita kawan aku. Ada seorang hamba Allah ni, dia kata jangan salahkan lelaki seratus peratus. Hubungan yang lancar, lelaki dan perempuan perlu ada komitmen. Sama macam apa yang cousin aku pernah cakap dulu juga. Both parties must work together for a long lasting relationship. Kalau seorang sahaja yang berusaha, baik lupakan sahaja. Ye acip, you lah kan. haha. Kalau ada yang terasa tu, tolonglah, tolonglah berubah. Don't expect layanan yang baik kalau sendiri tak mahu beri yang terbaik. And guys, jangan mengharapkan perempuan setia kalau diri sendiri pun tak setia. Hipokrit namanya tu. Haih.

emosinya post ni. haha okay okay. kembali ceria :D

p/s: kalau ada yang terasa aku minta maaf, padan muka :)

Thursday, October 14, 2010

bleh



ni dah kenapa pun aku tak tahulah
HAHAHAHAHAHAHAHA
-.-

Monday, October 11, 2010

mama :')

i cried on the first day of raya this year
sbb mama terlupa birthday adik
bila adik nangis, mama pun nangis.
sorry mama
sebab sepanjang umur adik,tulah kali pertama mama lupa
adik tak pernah salahkan mama pun sebenarnya
smpai sekarang mama rasa bersalah
takpe, adik faham, sume busy prepare utk pagi raya kan :)
make-up yang nadjwa baru bubuhkan pun hancur. haha. sorry
sebab tu aku mengharap sangat satu orang tu call
boleh la ubatkan sikit hati sedih time tu
bila dia wish macam tu je memang rasa sedih sangat
but thanks to asikin for calling
iqhreen, ifa, izam and siapa-siapa yang ada kat background nyanyikan lagu birthday through phone call
seriously terharu sangat time tu sebab tak pernah orang buat :')
perkara-perkara sedih tu aku dah try lupakan :)

harini tiba-tiba mama janji nak belikan rantai untuk adik
cakap nak tebus kesalahan mama
haih, mama, mama tak buat salah pun
banyak kali dah adik cakap
tapi apa pun, thank you mama
mama nak pergi operate awal nov nanti
nasib baik adik masih cuti
boleh la adik teman mama dekat hospital nanti
adik pasti mama sure kuat, sebab dah pernah kan operate sekali dulu
tapi tu tempat lain kan, leher
kali ni kaki, rasanya tak sakit sangat kan
apa-apa pun harap semuanya berjalan lancar
adik akan sentiasa doakan
i love you mama <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...