azlyn kata

.

Saturday, July 3, 2010

UiTM di Hatiku. Pehh

Mesti ramai yang dah muak dengan emo post kan. haha. Lek luuuu.

Semenjak aku masuk UiTM Puncak Alam aku tak pernah cerita pengalaman. Meh aku nak cerita sikit. Mula- mula kau tengok gambar ni

Menggeletar tak menggeletar kepala lutut kau tengok. Itu baru tiga perempat gambar tangga. Belum penuh lagi. TIAP-TIAP hari aku kena panjat tangga ni semata-mata nak pergi tempat kuliah aku. Sehari ada jugak kena panjat 2 kali. Makin menuju puncak, makin steep tangga tu. Tension sungguh.

Lagi tension, dalam kuliah lebih 200 orang tapi kerusi dalam dewan ngam ngam 200. Naharam sungguh! Tangga-tangga tetap menjadi labuhan bontot panas budak-budak. Tangga baru dapat rasa kepanasan bontot aku dua kali sahaja baru. HOHO

Tension lagi. Semua perangai meng-cop kerusi awal - awal. Semua sanggup turun ke lecture hall awal 30 minit untuk dapatkan tempat duduk. Tidur aku pun terpaksa aku korbankan :(

Lagi-lagi tension, makanan sini MAHAL. Ada 2 jenis kafe. Kafe Anggerik dan kafe biasa. Kafe Anggerik ni untuk orang-orang up aku rasa. Aku pernah menjejakkan kaki di sini. Set nasi campur RM 9.90 sekali makan. Macam yang aku cakap, aku jejak kaki je. Lepas nampak harga aku terus blah. Tebal tak tebal muka aku , argh aku tak kisah. Asalkan dapat jimat duit. Harga tu boleh kasi aku makan tengah hari dan malam. Seorang budak ni boleh dikatakan tiap - tiap hari makan kat Kafe Anggerik. Kaya betul. Tapi rasanya dia dah tak ada. Dapat terbang ke Jordan rasanya. Suka aku. HOHO

Dianggap sebagai orang yang asal dari Sarawak sudah menjadi perkara biasa aku duduk sini. HAHA. mekacih ya. Kamek orang Sarawak -.-'' Rasa-rasa aku, kalau aku tukar hometown aku kat facebook , Sarawak, memang semua akan tertipu. zzz. Orang Sabah pula dah 3 kali aku kena. Sabar Azlyn, sabar. haha

Satu perkara yang aku suka akan tempat ni ialah --> ada LIF! hoyah. Bukan apa. Aku suka buat dajjal. Time-time orang nak cepat jugak aku tekan semua tingkat yang ada. Macam blok aku ada 7 tingkat, so..yeah :D Aku duduk tingkat 2. LAGI BEST. Tak payah nak berhenti semua tingkat. Setakat ni 4 orang dah menjadi mangsa. Hanya hiburan aku semata-mata aku di sini. Tak salahkan?

Lif - lif ada jugak main-main dengan budak-budak UiTM . Suka perangkap budak-budak. Suka buat-buat jatuh jugak. Tu yang aku suka tu. Berdebar jantung. Lagi haram bila lampu lif tak ada. Ada lelaki dan perempuan. Terdengar sayu-sayu suara lelaki berkata ' Astaghfirullahalazim, mak aku tak ajar aku benda-benda macam ni weyh ' . Lagi haram -.-

eh kejap, tak nampak logo UiTM kat labcoat

ha, itu dia. dekat dada belah kiri aku. kecik je . LOGO tu.

Sambungan lain kali. Malas -.-

Friday, April 30, 2010

Aku Rindu Sekolah

Setiap kali aku nampak budak sekolah aku akan memperli ' eh eh baju sekolah ' . Tapi bila aku fikir balik, hakikatnya aku rindukan sekolah, sangat. Pahal bunyi emo semacam -.-

Masa aku Tingkatan 1 aku ingat lagi. Perhimpunan sedang dijalankan. Time aku, Tingkatan 1 masih lagi sekolah pagi. Nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu SMK USJ 13 tu memang wajib setiap isnin. Aku kalau beratur selalu nak duduk tempat yang paling hujung sebab cikgu tak nampak. Sedang - sedang semangat semua berdiri tegak tatkala lagu SMK USJ 13 berkumandang tiba - tiba aku terasa sebatan belakang bontot aku. Kemudian orang depan aku pulak kena. Orang sebelah aku pun kena. Toleh - toleh rupanya pengetua sedang merotan. Tak pasal - pasal aku dan kawan kena marah sebab tak nyanyi lagu sekolah. Pagi yang sejuk dan semangat yang berkobar - kobar terhadap sekolah menyebabkan suara tak terkeluar. Habis saja lagu sekolah pengetua mengarah aku dan budak lain jumpa beliau selepas perhimpunan tamat. Aku dah cuak. Aku mana pernah nyanyi lagu sekolah sampai habis time zaman tu. Tune lagu pun aku tak hafal. Macam mana kalau dia suruh aku nyanyi? Hati ku berdebar - debar. ohh~~

Masuk saja dalam bilik beliau, perkara pertama yang aku tenung mesti tahi lalat di hidung beliau. Very irresistable. HAHA. Okay. Kembali pada topik -.- Dengan suara lantang beliau bertanya , ' Kenapa kamu tak nyanyi lagu sekolah tadi?! ' Aku menjerit balik ' Suara itu aurat cikgu! ' . Agak - agak lah aku berani macam tu. Suara tak keluar pun untuk menjawab. Air mata yang keluar ada la. Takut sangat punya pasal. Bongok. Jatuh air muka aku. HAIH. Itu cerita ketika aku Form 1. Pengetua aku ni jenis yang tak boleh cakap sekejap - sekejap. Ucapan sepatah dua kata menjadi berjuta - juta kata. Setiap kali kalau hujan semua murid bersyukur tak payah dengar ucapan 45 minit beliau.

Kisah Tingkatan 2 pun agak lawak. Buku Kawalan kelas bahagian kesalahan ada mencatat. *toot toot toot* menampal tuala wanita jenama kotex di pintu belakang kelas. Memang tak boleh blah. Yang menampalnya seorang lelaki -.- Pada petang tu pula orang ramai kecoh kondom di kaki lima kelas kitaorang. Aku pun tak tahu menatang apa itu. Pada aku benda tu nampak macam plastik lutsinar koyak -.-

Dari Tingkatan 1 sampai lah Tingkatan 3 aku berada dalam kelas yang mejoritinya kaum cina. Bila aku naik Tingkatan 4 aku mula bergaul dengan melayu. Aku rindu kelas Matematik yang diajar oleh Puan Tay . Dia ni cepat sangat stress. Tu yang aku lagi suka menyakat. Kemudia naik Tingkatan 5 Pn Nor Diana pulak yang mengajar Matematik. Lagi aku suka kacau. Cikgu panggil aku nyamuk. Aku panggil cikgu mak nyamuk. Adil lah kan. Ini negara demokrasi. HOHO

Kelas Bio aku lagi klasik. Kelas Bio samalah juga dengan kelas tidur aku. Cikgu ni memang cepat tension. Tak habis - habis cakap nak pencen. Satu hari ni aku bengang dan cakap, sambil sorok bawah meja ' haiya asyik ckp mau retire but then tak retire. retire je laaaaa' . Aku tahu, dia tahu yang aku yang cakap begitu.Tengok sekarang Bio aku dapat B+ untuk SPM . HAHA. Aku tak kisah sangat pun sebab aku mengharapkan D. haih. Semua murid tension dengan dia sebab setiap kali dia marah dia akan tutup lampu projector or whatever you call that thing. Lepas tu dia on balik. Bila marah dia off balik. Lepas off dia marah - marah macam kambing kemudian masuk cerita tentang nenek dia, kadang - kadang mak dia. Kemudian senyum kembali. Cepat sungguh marah dia reda.

Aku rindu kelas agama lagi. Ustazah Halizan sentiasa kena dengan aku. Ustazah marah aku, aku marah balik Ustazah. Ustazah pukul aku, aku pukul balik ustazah .Nampak hubungan silaturahim yang terjalin di sana? Takkan aku duduk diam je -.- Lagi-lagi kalau belajar di surau. Lagi aku suka. Baring terus :D Ustazah tahu aku tak suka memeluk orang. Aku kekok. Tapi hari tu aku lawat sekolah. Senang je aku nak peluk ustazah. Tak rasa kekok. Sedap. Sebab badan ustazah lembik. teehee :P

Majlis restu ilmu Tingkatan 5 diadakan lepas Hari Raya, semua murid sibuk menghulurkan tangan meminta restu. Aku sibuk mengucap selamat hari raya , maaf zahir dan batin. Kali ni aku tak emo macam majlis restu ilmu Tingkatan 3. Aku nangis waktu dulu. Sebab Cikgu Mahani peluk aku. Aku rasa ..entah apa yang aku rasa. Tapi sebab dia terlalu keibuan. Tu yang aku nangis. Ada seorang cikgu yang palingggggg aku benci. Memang ramai yang benci. SEBAB aku pernah gaduh dengan dia. Ada yang panggil dia Patrick-Star, ada juga yang panggil dia Black Charcoal from the bottom of Bikini Bottom. Faham - fahamlah korang kenapa black yea. Aku cadang tak mahu bersalaman dengan dia. Plan aku sebenar ialah hulurkan tangan tetapi tiba - tiba tunduk bawah nak ikat tali kasut, kemudian senyum dan berlalu. Tapi sebab aku ni educated.. HAHA..salam je laaaaaaa.







p/s : bentuk muka ku berubah-ubah. Harap maklum ni gambar tahun - tahun lain -.- FINE LA AKU GEMOK! HAHA . ish. puas hati.



HIDUP SMK USJ 13!
rindu doh :')

Tuesday, April 27, 2010

Movie Review



Looking at this picture makes me smile. Happy gila orang dalam gambar tu. Tak leh blah sial. Ingat aku jealous ke? Pergh! MEMANG PUN -.-

Geram! Geram! GERAM!

Pernah ke Sizuka text Nobita pepagi buta? Ada tak selalu? Kalau tak , mesti ada sebab kan kenapa Sizuka text Nobita pepagi buta. Sebab Sizuka perlukan Nobita sangat-sangat! SANGAT-SANGAT! Malam tu Sizuka tak boleh nak tidur. Tak boleh nak sepak dinding, Sizuka sepak katil kuat-kuat. Sizuka ni pun ganas orangnya. Jangan main-main.

Sizuka ni text Nobita sebab dia nak orang tu cuba tenangkan dia . Sizuka tak kisahlah nak cakap apa asalkan Nobita ada. Nobita cakap nak text jugak but then tak cuba pun untuk sambung conversation. Mana Sizuka tak marah. Time tu Sizuka sedih sangat ..sedih sangat... :'(

Nobita tanya bila nak jumpa. Sizuka semangat je. Gatal jugak Sizuka nih. Nak tahu kenapa Sizuka mengganas hari ni? Sizuka geram. Nobita macam tak tahu je yang Sizuka ni susah keluar. Bukan main payah Sizuka nak minta permission keluar rumah. Mentang anak dara orang kan. Hish. Orang Jepun. Ketat jugak undang-undang keluarga.

Sizuka cuma nak luahkan - Nobita, akira,toshiba,toyota,hyudai... haa amik kau. jenama jepun keluar habis. Okay. Kembali serius. Nobita, Sizuka ni jenis yang tak kisah kalau pentingkan kawan. Tapi cuma satu hari pun takkan awak tak boleh nak luangkan masa dengan dia. Itu pun tak sampai satu hari. Cuma 3 jam. Dia tak kisah. Tak pergi mana-mana pun asalkan dapat duduk bersebelahan pun dah cukup walaupun tak cakap apa-apa. Dengan adanya awak kat sebelah Sizuka tu, dia dah cukup happy, asalkan awak ada sebelah dia; dapat feel haba badan. cukup bahagia :)

Hari ni Sizuka call and text awak. Dua-dua pun tak terjawab. Patutnya Nobita keluar dating dengan Sizuka hari ni. Tapi rasanya Nobita tidur. Tidur mati. Tak boleh ke Nobita ni tidur awal. Awal satu malam so that ada tenaga nak jumpa Sizuka. Muka bertenaga. Semangat bertenaga. Macam dalam iklan Coca Cola brrrrrrrr tu. Just one night. Can't you do that for Sizuka?

Bukannya dapat jumpa selalu. Takkan alarm clock pun wont work. If you're eager to see Sizuka mesti dapat bangun. Everytime Sizuka nak jumpa awak mesti dia kena tunggu. Dia tak kisah semua tu. Dia sanggup tunggu lama mana pun. Panas tak panas. Sejuk tak sejuk. But today benar-benar buat Sizuka kecewa. Tunggu lama tapi cuma satu perkataan yang dilihat dlm inbox message phone. The word 'sorry' .

''Why there are police and Laws if Sorry is enough for everything''

Ni ayat yang Yoon Ji Ho cakap kat Geum Jan Di dalam drama Boys Over Flower. Sekarang Sizuka nak sampaikan ayat tu pada Nobita. Cheh sempat lagi.


I know tak ada orang yang perfect dalam dunia ni. I know lately I ada banyak marah you. Wanna know why? cause when you want me ,you come down and find me. when you dont need me you just ditch me off like that. Your friends are more important. yeah. That's what you make me feel right now. Kata - kata manis dah cannot go lah. Now air mata dah susah sangat nak jatuh. Hati dah keras. Stok air mata dah habis. But setiap hari without fail, when i close my eyes to sleep, air mata jatuh dari pipi membasahi pipi dan kemudiannya ke bantal. HUHU. okay cam bangang. But it's the truth. Yea say whatever. Mengada- ada. That is me. That's who I am. I'm a cry baby. so what? Masa baby I digelar Radio Kajang because melalak je manjang kerja I. But who cares. It's makes me feel better sometimes. But I do wanna change. Takkan setiap kali nak kena makan hati.

Today my cousin said to me, in a relationship, BOTH parties have to work together for a happy ending relationship. No matter how hard one tries but kalau hanya seorang yang berusaha kuat , harapan tinggal harapan. Im not saying that you're not working on this relationship but I'm expecting you to work harder. Yes I'm selfish. Im sorry. Masing-masing ada kelemahan. Let's work together shall we? Awak sudi tak? :)

p/s : i just want to feel loved and appreciated wanting a little bit of your time for me. boleh tak? is that too much for you to give. Kalau berat sangat, saya undurkan diri. Minta maaf.



INGAT AKU APA NAK KASI MOVIE REVIEW. GOOGLE SENDIRI LA. HAHAHA



Thursday, March 18, 2010

Monyet Indonesia Ada TASTE

.
.
.
.
.
.
.
.





p/s : kepada siapa yang nak poskad untuk menyambut merry christmas boleh la print gambar paling atas. style~

erkk..syurga di bawah tapak kaki ibu.zzzz

hahahaha! masing-masing muka lawak :D

Saturday, March 6, 2010

Cara Efektif Untuk Menenangkan Fikiran. Terbukti BERKESAN!

Tataplah muka ini

Gerenti! Ketika makan, sangat kenyang menyebabkan anda perlu mengeluarkan duit yang banyak kerana perlu menstokkan makanan di rumah. Apabila duit makin berkurangan, mulalah anda tidak tenang. Apabila keadaan sebegitu muncul, bukalah blog ini .

Apabila anda tatap muka ini gerenti mandi terlebih basah. Bil air pun makin meningkat. Kepala menjadi gila. Duit makin kurang. Fikiran tidak tenang. Kembalilah ke blog ini untuk menenangkan fikiran.

Apabila anda tatap muka ini, muka nak sembelit pun ada. Mana lah tahu aku dapat memberikan feel kepada anda-anda di luar sana yang mengalami kesukaran di dalam bilik air. Usus besar kosong, hati pun gembira, fikiran pun tenang tidak perlu memikirkan adakah angin taufan yang ingin aku keluarkan ini wangi semerbak setelah sekian lama menyimpan cenderamata berbagai-bagai bentuk di dalam usus. Ucapkanlah terima kasih kepada blog ini.

Apabila anda tatap muka ini.. okay dah dah. Nanti ada yang nak masuk meminang pula :D

Sebelum semua menyumpah seranah aku, baik aku tamatkan entri ni. I come in peace (^^)v
p/s : yang dah menyumpah itu aku maafkan. maklumlah aku ni jenis yang pemaaf kan.tidak dengki :P *lari*


--> Nenek saudara yang aku selalu cerita dalam blog ini telah menghembuskan nafas terakhir pada 3 Mac 2010 jam 8.15 malam. Arwah selamat dikebumikan pada keesokan hari. Moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Termasuk juga arwah ayah nena gabbana. Bersama kita sedekahkan al-fatihah..

Nak jugak bercerita tentang anak saudara perempuan aku ni. Seperti biasa, budak kecil suka bermain. Dia mengajak aku main kebumi-kebumi. Rasa nak sepak ada. Rasa nak join pun ada -.-'

Comel kan anak saudara aku? Nama dia Irsalina. Aku tanya mak dia, macam mana nak dapat anak comel macam ni? Maknya menjawab nanti bila dah kahwin tau ye sambil tersenggih-senggih -.-' Okay..aku faham. Soalan yang sangat bodoh aku tanya.zzz

Monday, March 1, 2010

Cousin Aku Brutal

Tiga hari yang lepas, cousin aku, Bija (Rizal) telah selamat diijabkabulkan dengan Kak Ida (Zafidah). Aku memandang tinggi terhadap Kak Ida. Dia cakap aku kelihatan comel memakai selendang. Aku suka akan kejujuran beliau . Satu hari ingin aku bersikap jujur sepeti beliau. Kalau aku cakap hodoh tu hodoh ah maksudnya. HOHO





Ni antara gambar-gambar perkahwinan cousin aku. Lawa kan. Cousin aku merupakan salah satu crew group ni tapi time perkahwinan dia takkan la dia nak snap gambar kan -.-

Siapa-siapa yang nak photographer untuk majlis tertentu boleh pergi usha blog diaorang . onetwojuiceonline.blogspot.com. Apa-apa calling-calling la :)

Tatkala habis majlis persandingan pada hari Sabtu. Keluarga Ayah Di balik dahulu. Anak yang paling kecil. Ihsan ditinggalkan belakang kerana ingin bermain bersama cousin yang lain. Sasha pula spesies miang aku rasa. Sasha ni cousin aku juga. Masing-masing masih kecil tapi yang perempuan ni agak ganas.

Mari aku perkenalkan


Sasha


Ihsan

Cousin ku Sasha sempat berdialog dengan abahnya

Sasha : Abah. Ihsan has not gone back yet. So tonight i want to sleep with Ihsam (ye dia panggil Ihsam. Nenek aku pulak panggil Hisyam. Aku pun tak tahu kenapa -.-')
Abah : Hey you cannot cannot sleep with Ihsan. You are not married. You must carry marriage first.
Ayah Man : Ho siak kena tangkap basah weyh male nih (slang klate)
Abah : Ho ganas weyh anak tino aku! BRUTAL!

pelik-pelik sungguh pakcik-pakcik aku nih. Bab-bab buat lawak bodoh memang diaorang lah yang pertama -.-'

Budak Sasha ni speaking sikit. Cinoi campur punya darah. Ye mak cik aku mualaf :)

Ok lah. Dalam keadaan bad mood aku malas nak berlawak. Sorry lah entry ali ni sangat lame (omputeh)
DIPERBUAT BEGITU HANYA SEKALI, SEKALI SAHAJA, SUDAH CUKUP UNTUK AKU

p/s: stop giving me shit people.do what you love and fuck the rest.


(via yellowcardigans)

arghhhhhhhh!!! :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...