tu lah dia bila dah malas sangat. tulisan kalau dah buruk, ni lah jadinya. benci bio !!!!!!!!
Thursday, December 30, 2010
Confession
Wednesday, December 22, 2010
Unta Merupakan Haiwan Yang Sangat Pemalu Rupanya
Suasana pagi yang indah dicemari dengan perkara-perkara kotor. Punca utama --> Aminah Hanum
Aku bangun pagi macam biasa. Blur yang teramat sangat sambil mata pejam buka pejam buka luas-luas banyak kali sambil duduk hujung katil pandang ke arah Amie. Amie dengan biasa berkain batik PINK yang sentiasa lucut-tak-mahu,bukak-terus-mahu sambil minum madu cuka epal yang dibeli dari Giant Klang. Degar kata banyak khasiat minuman tu. Amie mula merapatkan silaturahim dengan aku
Amie: Bulu mata kau panjang eh, tapi tak melentik langsung. straight terus
Aku: IYEEEEE. ramai cakap bulu mata aku macam unta
Amie: Unta bulu mata melentik, kau straight
Aku: ye la ye laa. bulu mata lembu. amikkkk. ramai komen bulu mata aku
Amie: Kau tahu tak, unta tu sebenarnya, haiwan yang sangat pemalu. Kalau dia dapat tangkap kau tengok dia tengah beromen, kau akan mati.
Aku: Beromen?
Amie: Eh bukan, bersetubuh
Aku: Macam tak kena je perkataan tu
*suasana senyap* masing-masing fikir perkataan yang betul. Amie tak sabar, terus jerit ' ANA! kucing buat dengan kucing, apa orang panggil tu?'
Ana semangat jerit dari tandas, 'mengawan!' . Ana bab-bab ni laju je kan. hahahahaha
Amie: ha! mengawan. kalau unta nampak kau tengok dia tengah mengawan, dia akan pastikan kau takkan hidup
Aku: takkan la sampai mati
Amie: sampai mati tu aku tak pasti la, tapi belasah itu pasti
Aku: tapikan, let's say aku pergi sana vacation, aku naik kapal terbang fly, unta pun ikut naik eh?
Amie: itu TAK LA. kau ni kan
Dialog pagi ni sangat bodoh, tapi, yang tak boleh tahan, perbincangan ni dilakukan secara serious.
pagi-pagi dah cakap pasal mengawan. produktif sungguh -_____-
Okay anak-anak. Pengajaran kita pada hari ni, jangan tengok unta buat hal kalau nak panjang umur. sekian.

